![]() |
Memang rupa budak CS, skema! |
1. Aku harap dapat tamatkan Degree dengan pointer 3.5 ke atas, sebab tak nak berhutang dengan PTPTN. Macam Diploma aku, MARA kata tak payah bayar.
2. Aku harap ada Kelab Muzik untuk kokorikulum, lama dah tak jamming ni. Sangapppp woii! Lagipun aku nak mantapkan ilmu dan skill drumming aku.
3. Aku harap teman kuliah aku baik-baik, dan rajin belaka, supaya aku pun akan ikut rentak diorang. Tak nak salah campur kawan, kelak binasa.
4. Aku harap takde awek cun dalam kuliah nanti, supaya boleh fokus dalam pelajaran. Lagi-lagi yang stok sanggul rambut nampak tengkuk putih, perghh! memang susah fokus.
5. Aku harap tandas fakulti aku bersih dan wangi sebab berak ialah salah satu aktiviti wajib a.k.a rutin harian aku.
6. Aku harap kafe UiTM punya makanan sedap-sedap dan murah serta menjadi tumpuan awek-awek comel lepak.
7. Aku harap peraturan pakaian kat fakulti aku tak ketat sangat sebab aku tak suka berpakaian skema macam anak haram. Perangai skema takpe, jangan outfit skema.
8. Aku harap blogger yang kenal dan tegur aku, tak ketawakan aku bila aku tersipu-sipu malu. Aku ni pemalu GILA bila kat luar.
9. Aku harap tak ditemukan jodoh di UiTM sebab aku khuatir aku akan lalai dalam pelajaran nanti. Pergh memang prinsip budak nerd sejati.
10. Aku harap tak kena cop poyo bila aku bawa iPad ke U. Motif, aku nak bagitahu korang yang aku dah beli iPad 2 petang semalam. Kahkah!
P/S: Doakan yang terbaik untuk aku ya! Aku harap aku dapat update blog macam biasa lepas ni. Aku ambil course Bachelor in Computer Science, UiTM Shah Alam.