Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Tuesday, February 07, 2012

Facebook: Notification Yang Tak Ingin Dilihat

Klik sini untuk baca semua entry-entry Facebook

Game Gift
Ada kawan-kawan kita yang suka ajak main game itu ini. Ada jugak yang baik hati bagi hadiah/gift macam-macam setiap hari. Aku tahu, hadiah-hadiah yang korang bagi tu menunjukkan korang seorang social gamers yang baik, tak kedekut. Even masa main game dulu pun, siap dok paksa member send gift lagi. Hahaha. Tapi, korang harus jugak faham, zaman game facebook dah laaaaaaama tamat! Tak ramai orang main game dah. Dedulu boleh lah main Farmville, Restaurant City, Mafia Wars apa bagai.
Photo Tag
Bila kita ditag pada sesuatu gambar, setiap kali orang komen (pada awalnya), kita akan dapat notification. Memang mengganggu lah. Kebanyakannya tag photo kat kita sebab bisnes. Memang ada tulis 'you may remove the tag bla bla bla', tapi kang terasa hati pulak. Tak pun, nanti kata ni lah orang Melayu, tak nak support orang Melayu. Kalau bisnes produk okay lagi, tapi kalau tag gambar duit bertimbun, duit bentuk kipas, memang tak teragak-agak nak remove tag.
Virus
Kat Facebook sekarang dah berlambak dah virus. Ada jenis virus yang tulis kat wall kita. Ada jenis yang buat status lepas tu tag nama kita. Dua-dua pun sampah. Tolong lah, jangan jadi bangla sampai tak reti nak beza virus atau bukan. Kalau linknya nampak macam pelik je, jangan lah klik. Kalau tulisannya macam desperate sangat suruh klik, pun janganlah klik.
Like Wallpost
Kalau like wallpost okay je, takde masalah. Tapi yang tak okay nya bila seseorang tu like SEMUA wallpost yang ada kat wall kita. Pernah sekali tu aku dapat 17 notification. Dalam hati dah berkata "hot jugak lah aku ni rupanya". Tapi rupa yang serupa-rupanya semua notification friend aku yang seorang tu like 17 wallposts aku. FFFFFUUUUUUUUUUUUUU!
Menyibuk
Ni lah notification yang aku rasa paling tak nak aku lihat. Punya lah sedap borak panjang-panjang dengan awek cun kat Facebook, boleh pulak ada laki masuk campur menyibuk kat dalam wallpost tu. Tak kira lah, laki tu friend aku atau friend perempuan tu. Asalkan dia sama jantina dengan aku. Nak borak pun dah tak best. Bukan komen je, kalau like pun dah kira menyibuk, paham?
P/S: Lagi banyak notification kau dapat, lagi naughty kau. *tetiba*



Thursday, December 01, 2011

Facebook: Hotty vs Hottak

Hotty, a.k.a hot stuff punya wall beza sangat dengan wall hottak a.k.a budak tak hot.

Relationship


Status

Photo

P/S: Bilangan komen dan likes tak bawak masuk kubur pun.



Wednesday, November 16, 2011

Facebook: Manusia Hot di Facebook


Nak jadi hot di Facebook? Mudah! Ikuti langkah-langkah berikut:
Nama Profile
Letak lah nama yang bunyi macam orang putih sikit. Adinda Evans ke, Kakanda Van Mar Yutt ke, Daniel Cullen ke, Fakhri Heineken ke, Senah Bieber ke, atau yang terbaru Kelabuson Chance. Baru lah urban sikit ye tak?
FULL
Letakkan (FULL) di belakang nama, sebagai contoh Rosnah Sidek (FULL). Kalau nak nampak lagi hot gila dan poyo, letak lah Rosnah Sidek (FULL YOU FOOL! FFUUU). Nampak kawaii pulak, boleh letak nama Rosnah Sidek (~FULL HOUSE<3). Walaupun akaun belum FULL, letak jugak sebab ia akan menambahkan keinginan orang untuk add.
Profile Picture
Untuk profile picture boleh letak gambar photoshoot. Mahal tu! Naik 500% saham kalau ada gambar photoshoot ala model. Lelaki perempuan boleh, tapi laki seeloknya bergambar bersama DSLR. Naik saham jugak. Budak sekolah boleh bergambar depan cermin jamban Pavilion atau R&R Seremban.
Profile Info
Wajib letak ayat-ayat seperti "I wont approve people who i dont know, because my father marah" atau "You add you talk, or else I will kick your butt". Ada juga yang buat karangan seperti "hai hai ! awak stalker? haaa add lah cepat. meh meh stalk life saya meh. Saya suka sangat. :) awak tak kenal saya? Awak ingat saya kenal awak? dah dah tak payah add. pergi carik orang lain je lah :)"
Status
Status juga mempengaruhi tahap kehotan anda, contohnya "Ada 3056 friend request, nak approve ke tak nak ya?" atau "Sedang mendelete beberapa manusia yang saya tak kenal" atau mungkin juga "Tadi pergi Jusco terserempak dengan David Arumugam, pandang I macam dah lama menduda. Puhlease!".
Wall
Privatekan wall biar orang lain tak boleh tulis. Artis busy maa, mana boleh kacau maaa. Saya ada banyak photoshoot maa.
P/S: Entri paling ramai sentap. Haha.



Wednesday, November 09, 2011

Facebook: Jenis - Jenis Status Facebook

Program Makan-Makan
"Dekat McD sekarang, tengah tunggu waiter datang ambik order, dah sejam dah!"
"Roti bakar Old Town berada dalam genggaman"
"Makan megi je hari ni, semalam kena rompak"
Diari Harian
"Tadi singgah 7 Eleven, ingat nak cari perfume D&G, tapi takde jual pulak"
"Awok, esok-esok kitew jumpew lagiew okayh! Best detim dengan awok tadiew"
"Malam ni ingat nak buat latihan Matematik, tapi mate saya nak matik. Zzzzz"
Emosi Menguasai
"Weh kau ingat aku nak sangat ke balak kau tu?? Pergi mampos lah!"
"Aku mintak kuah dhal, kau bagi kuah kari! Jilake punye mamak!"
"Fak punya Menyu! 6-1 agak-agak lah woi! Bakar jersi lah esok!"
Buat Duit
"Sesiapa nak produk Minyak Kepala Janda boleh contact saya"
"Login Facebook Dapat RM100! Apa tunggu lagi! Jomlah kena tipu dengan saya"
"Semenjak amalkan jus Vennak, saya dapat rasakan berat badan berkurang, sebab dompet saya menipis kot"
Semua Benda Nak Cerita
"Seharian saya tak berak, rasa bersalah pulak."
"Tadi masa saya makan nasi, saya tergigit cili. Hahahahaha!"
"Lupa lah nak potong kuku hari Jumaat semalam. Tak dapat pahala sunat"
Privasi Melampau
"Sakit perut aih, nak period lah ni, ke salah makan eh. Ermm"
"Baru je lepas buat test breast cancer depan cermin. Negative!"
"Baru lepas layan Awakjizz, pergh puas!"
P/S: Status di atas tiada kena mengena dengan antara yang hidup dan mati.