F.A.Q

Disebabkan ramai sangat tanya pasal itu ini, page F.A.Q (Frequently Asked Question) terpaksa diwujudkan.

1. Macam mana buat header Ayeem Ayam tu?
Aku buat guna software Adobe Flash CS3 Professional. CS4 pun boleh, CS5 pun boleh. Tapi aku selesa dengan CS3, sebab kurang berat. Kalau korang nak, boleh download software tu DI SINI dan belajar macam-macam tutorial DI SINI. Tutorial tu belajar Drawing and Design dulu, then Animation. Tu pun dah cukup.
*kalau link download tak boleh buka, buat tutorial tukar dns.

2. Template Ayeem Ayam ni template apa?
Template ni sebenar template Picture Window yang ada kat Template Designer tu. Then, aku customize CSS sikit-sikit, add dropdown menu apa semua. Dropdown menu punya tutorial ada DI SINI.

3. Yang buku sekolah tu buat macam mana?
Buku tu bukan buat kat mana-mana website. Buat guna software Adobe Flash CS3 Professional jugak.

4. Ada buat header atau banner tak?
Ada, header RM20-40 depends on simple ke, fancy ke. Banner RM10 (1 gambar, 1 title, 1 button). Kalau nak, boleh email ke zaimjemain@gmail.com

5. Ada portfolio header dan banner tak?
Ada, tapi tak complete lah, suku je ni. Terlalu banyak untuk diletakkan semua. Boleh check DI SINI.

6. Dah lama ke berflash?
Agak lama jugak lah. Sejak pertengahan tahun 2009, subjek Multimedia. Lepas habis diploma, kerja setahun sebagai Game Artist, tu pun guna Flash jugak. Memang hidup ni bergelumang dengan Flash saje.

7. Apa tips untuk mahirkan flash?
Buat kartun/latihan banyak-banyak. Kalau ada masalah, sila Google. Kalau nak tutorial lebih lagi, sila Google atau Youtube. Belajar sendiri, explore sendiri akan buatkan kau mahir lebih cepat.

8. Single lagi?
Ye saya. Kenapa?

9. Takde lah. Saje tanya. Soalan macam ni pun boleh eh?
Boleh je. Nak cukupkan 10 katanya. Kahkahkah.

10. Kbai?
K




Comments
0 Comments