Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Sentapmaknak : Taksub Konspirasi



P/S: Aku tengok bebudak sekolah ni bila tahu pasal simbol tu, lagi diorang nak buat.



Monday, November 14, 2011

12 Teknik Meniru Ketika Exam


Yang Biasa Dibuat
1. Tunjukkan 2 jari kepada rakan, bermaksud nak tahu jawapan kepada soalan nombor dua. Rakan membalas dengan tegakkan 3 jari bermaksud jawapannya C.

2. Lontar gumpalan kertas tertulis nombor soalan kepada rakan. Lepas rakan tulis jawapan atas kertas tu, lontar semula.

3. SMS rakan untuk tanya dan bagi jawapan. 

4. Pinjamkan terus kertas kajang/jawapan tu kat rakan untuk disalin bulat-bulat.

5. Menconteng keyword atau formula pada meja.

6. Menyimpan nota kecil di bawah meja, dalam baju, seluar atau stokin.
Yang Tak Pernah Dibuat
1. Letakkan kerusi di sebelah budak pandai dan berkongsi meja dengannya untuk menyalin jawapan. Pedulikan apa kata orang sekeliling.

2. Lontar kapal terbang kertas yang tertulis nombor soalan berserta sekeping wang kertas RM5 di dalamnya sebagai upah.

3. Buat BlackBerryMessenger group kemudian berbincang ramai-ramai di situ.

4. Minta kebenaran pengawas untuk pinjam kertas jawapan rakan.

5. Tulis keyword atau formula pada dahi, kemudian suruh pengawas peperiksaan bacakan bila perlu.

6. Sorokkan nota kecil dalam lubang hidung. Ikat nota dengan bulu hidung untuk mengelakkan terjatuh.
P/S: Goodluck untuk SPM candidates. Jangan meniru ya! melainkan subjek addmath.



Friday, November 11, 2011

5 Detik Istimewa Pada 11.11.11

11/11/11 yakni 11 November 2011, tarikh yang cantik dan senang ingat kalau ada detik istimewa. Kalau nak cerita pada cucu cicit churpchurp pun takde lah lupa bab tarikhnya macam nak ingat tarikh kematian Parameswara. Jadi, antara detik yang korang boleh create untuk hari ni adalah :
Couple
Kalau susah sangat nak cari calon, carilah sukarelawan/sukarelawati untuk kapel sehari. Sabtu nanti clash lah. Kapel 11 minit pun jadi lah. Nanti boleh cerita pada anak cucu, buat entry atau buat novel terus.
Kahwin
Kahwin dengan 11 persalinan, 11 jenis lauk. Tapi kalau dah takde bajet tu, jangan paksa diri nak 'kahwin' jugak, siap pergi hotel murah bagai. Gilo! Baik pergi solat Jumaat lah kau.
Sunat
Cuti sekolah pun dah mula, memang elok lah kalau nak sunat. Yang dah sunat, kalau nak sunat buat kali kedua apa salahnya. Bagi pink sikit, coklat tak rare. Kalau nak sunat tu, pesan kat doktor, buang hanya 11mm kulit sahaja.
Beranak
Kalau belum sampai masa, push push jugak sambil pakai pashmina. Lagi best kalau dapat kembar 11. Yang baru 5-6 bulan, boleh lah dibedah perut tu.
Mati
Mati jangan dibuat main-main. Tapi kalau dah korang fanatik sangat dengan nombor 11 tu, boleh lah terjun KLCC dari tingkat 11, atau minum 11 large slurpee 7Eleven sampai meletup perut. 
P/S: Yang suka tarikh cantik-cantik ni biasa perempuan je, tapi aku suka tarikh ni sebab 11 memang nombor kegemaran aku.



Friday, July 01, 2011

Penjelasan Isu Hangat KFC



SHAH AYAM: Malaysia baru-baru ini digemparkan dengan video klip jijik seorang pekerja KFC yang menggosokkan ayam bersalut tepung pada tapak kasutnya sebelum digoreng, dan disajikan pada pelanggan for sure. Eh, teromputeh pulak.

Sidang media yang diadakan dengan pengarah Kasut Fried Chicken SDN BHD, Dato' Hey Toyam petang tadi meleraikan segala yang kusut dan kasut. 

"Ya video klip tu memang adalah pekerja kami. Kami tidak nafikan." jelas pengarah Kasut Fried Chicken pula.

"Pekerja kami buat begitu kerana ia adalah polisi kami. Nama syarikat kami sahaja dah ada perkataan 'Kasut'. Polisi tersebut hanya ingin menarik tuah, itu saja. Orang tua kata, "tuah ayam nampak di kaki" bukan? Mana tahu lepas gosok-gosok ayam pada kaki, ada duit terselit dalam stokin pekerja ke." tambah Dato' Hey Toyam lagi.

"Jangan risau, pekerja kami semua amalkan kebersihan tapak kasutnya. Mereka sudah diarahkan berjalan kaki ketika pergi ke tempat kerja bagi mengelakkan terpijak gula-gula getah ketika di dalam bas awam." jelasnya lagi.

P/S: Aku sebagai blogger paling ayam di Malaysia ni terasa kot. Sobs. Busukkan nama ayam! Busukkan nama melayu! Dah agak benda ni akan jadi racial issue. Tengok komen Youtube cukup lah. Memalukan melayu!



Monday, February 21, 2011

Korban Prinsip Untuk Trend

Orang Malaysia ni memang trendy. Tapi yang taksub dengan trend ni biasanya budak-budak sekolah yang tengah cari identiti diri je. Dan trend itu boleh membakar mata. Hari tu aku pergi Sungai Wang, lepak makan dekat food court nya. Pergh, wa cakap sama lu, banyak gila budak-budak sekolah baru nak up bergelantangan dekat situ. Panas je mata tengok budak yang over ni.

Tapi yang aku nak cerita sekarang ni, trend yang maybe orang tak nampak lagi even dah masuk Malaysia pertengahan 2010 dulu. Trend basikal Fixie yang berwarna-warni. Pernah nampak tak dekat jalanan? Kalau dekat negeri lain maybe takde, tapi kalau dekat Selangor ni ada lah jugak beberapa. KL dan Johor pun mesti ada punya.

Memang kalerful. Jalan malam tak payah nak lampu bagai

Setahu aku, budak-budak urban, area bandar ni memang takkan naik basikal. Sebab aku ada lah jugak bercampur dengan beberapa budak urban, kaki clubbing semua, dulu-dulu. Memang lah diorang takkan naik basikal. Jatuh maruah katanya. Sampaikan diorang kata "daripada naik basikal, aku rela jalan kaki, naik bas doh".

Tapi sekarang bila dah ada trend Fixie yang berasal dari Sydney ni, budak-budak urban ikut juga. Sanggup korbankan prinsip, disebabkan fesyen. Wow hebat penangan sesuatu yang bernama 'trend' ni. Bagus jugak sebenarnya trend ni, elok untuk alam sekitar kan.



Friday, January 07, 2011

Shawl Dilaram, Telur Dieram

Kelmarin heboh pasal satu blog anonymous ni buat entry panas pasal budak-budak bertudung. Mana tak panas. Time entry ni ditulis je dah ada 411 komen! Saing-saing Zack Zukhairi the comeback kid jugak lah. Entry dia tu maybe tak salah, meluahkan pendapat. Tapi spoil tang gambar awek aku Fatin Liyana (sekarang dah tukar, sebab aku dah maki dia hari tu. yeye). Dan spoil jugak tang nama-nama blogger yang ditag. Kan baik bercerita dalam bentuk general.

Pasal pendapat dia tu pulak, aku tanak lah komen kan. Aku pun bukan lah baik sangat. Haha. Tapi korang kena ingat, sebelum kita nak mengata orang, judge orang, kita kena tengok diri kita dulu, family kita dulu. Karang, kau mengutuk orang lain, diri sendiri, adik beradik, mak bapak kau dua kali lima je.

Aku ni sebenarnya agak terasa dengan entry dia tu sebab aku pun pernah bertudung.

Dipetik daripada filem Maydayka! Ayu kan aku bila bertudung?



Friday, October 15, 2010

Jutawan Ternoda

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Apa entry panas takleh bagi salam panjang ke? Nak dimulakan cerita, sebenarnya Ayeem ada sorang adik perempuan bernama Ain yang tengah belajar kat UiTM Sri Iskandar. Ikuti perbualan kami adik beghadik melalui SMS di antara nombor 012217**** dengan 015678****.

Ain : Aim, kat paper keluar kes pak guard rogol student kat uitm perak tak?
Ayeem : Takde pon, kenapa?
Ain : Tak keluar lah kot. Sebab uitm memang rahsiakan benda ni. Tapi uitm bayar budak kena rogol tu wang pampasan 1juta.
Ayeem : Gila best! Jutawan teros!
Ain : Tau takpe, nak je aku rompak! Haha. Tapi budak tu tanggung trauma lah. Skang students kalau tengok pak guard teros lari. Hahaha.
Ayeem : Laaa.. lari plak, ingatkan masing-masing dekati pak guard lantas jerit "rogol saya! tolong rogol saya! Saya nak kaya! Saya merayu!" Hahaha.

Tu dia, gempak tak gempak gemok tak gemok lah kan cerita sensarsirap ni. Keluar kat Ayam News je, berita lain tak keluar. Eksklusif! Katanya, time budak tu sidai kain, pak guard muda tu usha dari jauh. Lepas gadis tu masuk bilik, terus pak guard tu terjah ala-ala Nas Ahmad. Bilik gadis tu pulak line clear kosong, member lain ke kelas agaknya. Maka, berlakulah satu adegan mengghairahkan sadis di situ!

Impak selepas kejadian mengikut ramalan Ayeem :
1. Semakin ramai student rajin basuh & sidai kain sendiri. No dobi-dobi!
2. Student suka menghalau-menghalau sesama sendiri keluar dari bilik.
3. Semakin ramai generasi muda bercita-cita nak jadi pak guard uitm.

P/S : Maybe tahun depan Ayeem nak sambung belajar dekat UiTM. Mintak-mintak ada lah pak guard gay kat situ. Hahaha. Kalau korang camne? Keadilan atau RM?
P/S : Bukan lah Ayeem suka sangat orang kena rogol ke apa ke, just taknak jadikan entry ni terlalu serius. Anyway, tunggu je la balasannya. Tak kat dunia, kat akhirat.