ABOUT

Blog Ayeem Ayam ini adalah hak milik Muhammad Zaim bin Jemain 100%. Beliau ialah seorang mamat jawa yang lahir dan bersekolah di Klang. Tetapi beliau belajar di Cheras, KL untuk diplomanya, Diploma in Computer Science. Subjek kegemarannya ketika itu adalah Multimedia di mana subjek itu menggunakan Flash sebagai latihan praktikalnya. Untuk final project juga, beliau memilih untuk membuat aplikasi interaktiviti yang juga menggunakan Flash. Ke-Flash-annya berterusan apabila beliau diterima bekerja di sebuah syarikat Multimedia Islamik di Klang, sebagai 'Game Artist'.

Sebelum membina blog Ayeem Ayam pada bulan Ogos 2010, beliau sudah terlebih dahulu mengenali Ailyl Rozanna di Facebook. Ketika itu tiada satu pun blog mainstream Malaysia yang pernah dibaca atau dilihat. Tidak lama kemudian, Ailyl pun meng'share' blog nya di status Facebook. Ketika itu lah beliau baru tahu bahawa duit mampu dibuat dengan blog menggunakan tapak sewa iklan. Blog pertama yang beliau cipta adalah blog Macam-Macam (dah lama delete). Sebuah blog klise yang menawarkan muat turun movies, games, artikel dan macam-macam lagi. Lebih kurang 3 hari saja beliau dah malas nak update. Letih jugak kalau macam-macam sangat pun.

Lebih kurang sebulan selepas itu, Ailyl sekali lagi telah meng'share'kan sebuah blog di Facebooknya. Entry yang di'share'nya adalah entry komik dari blog AizBatuCampur (dah delete jugak). Ketika itu, Ayeem mendapat satu idea (masa ni belum jumpa blog Zack Zukhairi lagi) "kalau dia buat komik, aku boleh buat animasi/kartun". Dengan semangatnya beliau menubuhkan blog Ayeem Ayam. Semangat tak semangat beliau terus beli domain!

Beliau telah membuat 4 entry kartun terlebih dahulu (IntrodaksyenEksidenGan SelengeRamadhan) sebelum menjalankan promosi besar-besaran dengan berblogwalking. Itu adalah straterginya. Namun blog ini telah pun diketahui sebelum itu lagi disebabkan banner Ayeem Ayam yang Ailyl letakkan di blognya. Terima kasih untuk itu, Ailyl. Ini bermakna, Ailyl yang paling banyak berjasa untuk penubuhan blog ini. Ini juga bermakna segala isi dan penulisan dalam blog ini adalah fresh kerana tidak banyak bertemu dengan top blog ketika itu. Lucahnya juga bukanlah dibuat-buat atau terikut-ikut dengan blog lain. Kelucahan dan jiwa beliau memang sudah sebati sejak azali lagi.

Namun, blog ini telah pun tersasar daripada matlamat asalnya untuk membuat entry kartun sahaja. Mungkin suatu hari nanti bila dah takda idea untuk entry biasa, dah dapat awek melalui blogging, barulah Ayeem Ayam akan memperlahankan produktiviti pengeluaran entry nya. Hendak menjadikan Conteng Conteng sebagai contoh.
Kredit untuk Lutfi, member ofis.



Comments
64 Comments