Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Ayam Betina Memang Banyak, Tapi...

P/S : Kesian Ayeem Ayam



Tuesday, September 20, 2011

Layanan 5 Stars untuk Si Dia


Kita kenalah bagi layanan istimewa kat pasangan masing-masing, barulah mereka rasa disayangi dan dihargai. Istimewa macam mana tu? Meh aku kongsi tips kat korang meh. Tips ni untuk lelaki, tapi boleh diapply pada perempuan jugak kalau nak.
Ketika Makan
Kalau nak makan tu, sampai-sampai restoran je, sediakan kerusi untuk si dia duduk. Belanja makan tu kemestian lah kan. Kalau boleh, bawak sinki basuh tangan tu pergi kat si dia. Kalau tak boleh, korang kena suapkan lah. Kalau korang baik, korang kunyahkan makanan tu, si dia tinggal telan je. Awww romantiknya, macam najis.
Ketika Menaiki Kereta
Macam dalam filem, bukakan pintu kereta tu memang wajib lah. Tapi, jangan tutup pintu kereta tu, sebab kalau tutup, hentaman pintu tu akan menghasilkan gegaran yang mampu mengganggu si dia. So, rapatkan pintu perlahan-lahan, then seletip je lah pintu tu. Kalau pintu terbuka time layan kona/lap, redha je lah. Beli seletip yang kuat sikit. Disarankan beli seletip cap Selenge, agak kuat.
Ketika Menonton Wayang
Untuk keselesaan maksimum, beli tiket wayang untuk kesemua satu row tu. Contoh row K ada 10 kerusi, beli semua 10 tiket tu. So, nanti takkan ada orang lain kat row tu. Tak ke selesa tu? Kalau terlupa bawak sweater, bagi lah baju atau seluar korang lapik badan si dia. Pastikan si dia duduk di tengah-tengah ya, sebab view lawa. Korang pulak duduk kat tepi sekali, untuk mengelakkan maksiat.
Ketika Berkaraoke
Tak kesian ke tengok si dia nyanyi? Sakit tekak kot. Jadi, korang harus nyanyikan untuk si dia. Kalau korang lelaki, buat-buat suara perempuan lah bagi pihak si dia, dan sebaliknya. Nak lagi feel, si bopren bawaklah baju kurung mak korang untuk feel lebih. Seluar dalam perempuan boleh curi jiran punya. Si dia cuma tonton dan nyanyi dalam hati je.
P/S: Aku tak bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang bakal berlaku bila korang amalkan tips ni. Sekian, terima kasih.



Sunday, August 28, 2011

Ada yang Cun, Tapi...


Ada yang cun, tapi takde respon, langsung tak layan aku.

Ada yang cun, ada respon, tapi kadang-kadang macam takde respon.

Ada yang cun, ada respon, tapi umurnya lebih tua dari aku.

Ada yang cun, ada respon, tapi pelajarannya lebih tinggi dari aku.

Ada yang cun, ada respon, tapi bukan main tinggi lampai.

Ada yang cun, ada respon, tapi dah berpunya.

Ada yang cun, ada respon, tapi susah nak lupakan bekas kekasihnya.

Ada yang cun, ada respon, tapi kegedikannya melampau.

Ada yang cun, ada respon, tapi suka layan laki sana sini.

Ada yang cun, ada respon, tapi terlalu nun jauh di Borneo.

Ada yang cun, ada respon, tapi ada sikap pengikis.

Ada yang cun, ada respon, tapi suka keluar malam.

Ada yang cun, ada respon, tapi terima aku sebagai Ayeem Ayam, bukan Muhd Zaim.

Ada yang just nice, perangai dan personalitinya pun just nice. Niceeeeee!
Tak perlu yang terlalu sempurna semuanya, cukuplah yang just nice.

Tak salah rasanya berjiwang time-time nak raya gini. Kalau orang lain nak ada kereta raya, baju raya, kasut raya, langsir raya, aku nak awek raya. Haha

P/S: Letak flash raya dalam entri korang kalau nak.



Wednesday, July 20, 2011

Pasangan Perlu Ke Sepadan?

Hah, dah lama tak buat entry cinta. Nak buat entry cinta je lah lepas ni. Senang, takde siapa nak cop lucah! (merajuk). Persoalan aku, perlu sangat ke sesepasang, err, sesecocok, err, sesebuah pasangan (lantak lah) tu sepadan? Perlu ke sama-sama lawa dan hensem?

Pada aku, tak perlu kot. Kalau lelaki kurang hensem atau biasa-biasa, tapi si perempuan lawa, itu agak normal juga sebenarnya. Banyak juga aku nampak kat sana sini. Tapi kalau lelaki hensem, berpasangan dengan perempuan biasa, macam susah nak jumpa. Tapi kalau ada, elok lah.

Aku lebih suka tengok pasangan yang laki biasa, perempuan lawa. Series. Sebab aku terbayangkan aku berada di tempat laki tu kot. Haha. Tapi, memang lelaki tak perlukan sangat rupa pun untuk dapatkan yang lawa. Kalau nak dapat perempuan yang jenis sundal malam Sohaimu Babai, kau perlukan duit je. Kalau nak dapat perempuan yang jenis baik, personaliti pun dah cukup.


Perempuan pulak, jangan nak memilih rupa sangat lah, sebab bilangan perempuan kan lebih ramai. So, kalau korang rasa tak nak jadi andartu, andalusia, andanikenapatakkahwinkahwinlagini and so on, sila jangan memilih (ugutan daripada kaum Adam). Kesimpulannya, perempuan hok comei-comei, meh datang kat abang Ayeem single meh. Takyah pilih yang hensem bagai, pilih abang je cukup. Kahkah.

Tak terbayangkan macam mana lah kehenseman Nabi Yusuf yang kacaknya adalah separuh daripada kacak dan cantik seluruh umat manusia kat muka bumi ni. Kira kalau korang lawa atau hensem, cuma 0.0000000000000000000000001% (malas kira betul-betul) daripada keseluruhan agaknya. Walhal Nabi Yusuf punya kekacakan 50%. Tak terbayangkan jugak macam mana kecantikan Ainul Mardhiah, ketua bidadari di Syurga.

P/S: Pasangan tak sepadan ada 1 kelebihan. Dapat banyak pahala akibat diumpat selalu. Haha



Sunday, June 12, 2011

Lelaki Romantik

Biasa yang kita dengar, perempuan suka lelaki romantik. Jarang sekali dengar lelaki suka perempuan romantik. Adakah tak penting romantik itu bagi lelaki? Atau lelaki anggap memang semua perempuan romantik? Itu aku tak pasti, sebab aku gay. Korang percaya aku gay? Nescaya korang gila. Tapi yang aku nak cerita ni pasal romantik lelaki lah.

Dah ramai aku tengok orang tergila-gilakan Seth Tan dalam drama Nora Elena sampai munculnya adik Seth Tan, Ayeem Tan. Ngahaha. Katanya Seth Tan tu romantik gila. Aku pun tak tahu lah romantik macam mana sebab aku pun tak tengok drama tu sebenarnya. Huhu.

Tapi nampaknya memang perempuan betul-betul nak kan lelaki yang romantik. Pada aku, romantik pun banyak jenis. Aku tak tahu romantik macam mana yang perempuan nak ni. Personally, aku bukan lah seorang yang romantik macam dalam talibesen tu. Aku tak reti lah pulak nak bagi bunga apa bagai (padahal dating pun tak pernah haha). Nak ayat-ayat manis pun aku tak reti. Lagipun lama-lama boleh muntah jugak bini aku kalau asyik dok ulang ayat 'I Love You'.

Romantik aku jenis nakal. Aku suka usik-usik, then bila dia merajuk, aku pujuk balik. Lagi satu contoh, konon bila dah berumah tangga, bila isteri tengah masak, aku datang dari belakang, peluk dia, sambil ramas. Kejap, ramas kelapa, nak dapatkan santannya. Seriously, bukan berdouble meaning, memang aku ramas kelapa lah woi! Ish, lucah betul otak korang ni.

Romantik nakal lebih kurang camtu lah. Romantik dari segi perbuatan atau kata-kata yang nakal. Banyak lagi lah, tapi takkan nak cerita. Kang bakal bini aku baca blog ni, dia dah tahu dah apa aku nak buat. Tak seprais lah. Lagi satu, tak meluahkan kata-kata cinta tak bermakna aku tak sayang dia. Ada lelaki memang jenis tak reti nak ngayat ni. So, perempuan sekalian, boleh tak jawab soalan aku? Lelaki romantik camne yang korang nak? Apa yang korang expect dari si dia?

P/S: Permaisuriku, datanglah kau kepadaku. Ku tunggukan kedatangan mu. Bukan ku tak mahu mencari, tetapi aku malu. Kbai



Monday, May 09, 2011

Aku Harap Dapat Jodoh Macam Ni [part 2]

Ini adalah sambungan daripada entri Jodoh part 1. Seperti yang korang tengok dalam ruangan komen entri tu, ewahhh kemain ramai lagi yang cakap "cukup 10" ya! Haha. Betul ke? Agak mustahil kot nak dapat yang perfect 10 tu, dan aku pun tak harapkan si dia cukup semua. Mana ada orang yang 100% perfect ikut kehendak kita. Okay, mungkin betul ada yang cukup 10, tapi nanti dulu. Nah aku bagi lagi 11! Haha.
Hormat Orang Tua
Ini penting oo. Nak tahu dia hormat orang tua ke tak, aku akan tengok lah camne dia layan parents dia. Paling penting dia hormat mak aku. Aku takut bila aku lebihkan emak aku, dia akan mengada-ngada. Padahal Islam sendiri pun suruh si suami jangan lebihkan isteri daripada ibu sendiri.
Belum Diterokai
For sure lah belum diterokai oleh mana-mana lelaki even kissing. Ishh tak adil lah untuk aku. Aku dating pun TAK PERNAH kot, takkan dapat bini yang lobos? Ya, sumpah tak pernah. Tak percaya lah tu. Memang susah nak cari perempuan yang masih terpelihara, tapi tu lah just berharap dijodohkan dengan yang suci.
Mampu Bimbing
Memang perempuan akan cari suami yang mampu bimbing isteri. Tapi, macam mana lelaki yang perlu dibimbing? Secara jujur, aku tak mampu bimbing 100% bini aku nanti. Ada part aku boleh bimbing, ada part aku perlu dibimbing. So, aku nak cari yang mampu saling membimbing dan melengkapi lah.
Rajin Masak
Seperti yang aku dah bincang dalam entri ni, perempuan tak perlu pandai masak pun. Cukup hanya suka masak dan rajin masak. Kalau terer masak, tapi pemalas pun susah jugak ye tak? Masak tak sedap takpe, resepi di internet berlambak. Dan for sure lah, lama-lama dia akan terer masak jugak.
Kurus
Kurus tu kering tak kering lah. Member aku ada cakap, "aku cari yang kurus sebab bila kahwin nanti, sure badan dia akan naik sikit". Betul jugak kan? Lagipun, aku nak dia guide dan jadi inspirasi aku untuk jadi kurus balik macam dulu. Keke. Lagi satu, biar senang nak dukung. Kalau ada emergency ke, cedera ke, senang dukung. Korang fikir apa ni? Oh kalau yang tu pun masuk pakej jugak lah :p
Tegas
Aku suka perempuan yang tegas dan berpendirian. Kalau ada martial art lagi bagus. Haha. Amat penting kalau seseorang tu ada pendirian dan tak terikut-ikut orang lain. Contoh dia ada kawan perempuan yang ajak pergi clubbing ke, merokok ke, 100% dia akan tolak kalau dia tegas. Btw, aku bukan smoker.
Pecinta Fauna
Aku suka kucing. So, kalau dia tak suka, mungkin masalah untuk aku. Kalau tak kucing pun, hamster ke arnab ke, jadi lah. Kalau boleh, dia berani pegang ular, cicak, katak and so on. Boleh dia protect aku, sebab aku geli. Hahaha. Loser siyal.
Pecinta Flora
Aku jugak suka kalau ada banyak tanaman dalam rumah. Tapi aku agak malas nak jaga. Haha. Tapi suasana tu memang mendamaikan. Kalau boleh, nak ada pokok cili, daun kari apa semua ditanam. Jimat sikit. Hehe. Kalau dia terer gubah bunga, lagi bagus kan.
Pembisnes Online
Bila dah ada anak, aku nak aku sorang je kerja. Aku nak bini aku jadi suri rumah, buat kerja rumah dan jaga anak. Tapi mesti lah nak dia bantu kewangan family jugak kan? So, bisnes online adalah jawapannya. Boleh jadi suri rumah and earn money at the same time. Mungkin korang cakap aku ni berfikir jauh sangat, but planning tu penting. Aku jugak perancang kewangan yang baik. Hehe.
Tak Pandang Rupa
Payah kalau seseorang tu pandang rupa semata. Kalau tak, sampai bila pun dia akan rasa tak puas hati sebab lelaki hensem berada di mana-mana. Lagi-lagi, aku ni tak hensem. Aku nakkan perempuan yang pandang personaliti, ilmu dan pegangan. Insyaallah kalau camni, dia akan jadi lebih choosy dan setia.
Subur
Kalau boleh mestilah nak yang subur kan. Tapi benda macam ni tak patut aku listkan, saje je nak cukupkan 11, nombor favourite aku. Haha. Tapi kalau salah seorang dari kami mandul nak buat macam mana. Redha je lah. Hikmah disebaliknya adalah jimat tak payah beli kondom dan pills tiap minggu. -_-"
P/S : Entry ni mungkin bosan untuk lelaki, tapi seronok untuk perempuan. Hehe. Dapat tak dapat belakang cerita, at least aku ikhtiar.



Monday, May 02, 2011

Aku Harap Dapat Jodoh Macam Ni

Dah lama aku single ni. Bila nak double ni? Korang jangan nak kaitkan dengan entry semalam. Aku betul-betul single ni. Dari dulu, kalau orang lain tanya aku pasal ciri-ciri bini, aku boleh jawab precisely. Sebab aku dah kenal betul-betul perempuan macam mana yang aku mahukan. Aku memang suka observe perangai orang.
1. Family First
Aku suka perempuan yang utamakan family lebih dari kawan-kawannya. Aku suka yang anak emak. Biasanya akan lebih banyak duduk di rumah. Kalau dah memang duduk dengan member tu lain cerita lah.
2. Skema
Skema yang aku maksudkan bukan stok spek tebal macam Ugly Betty tu. Senang cerita dia utamakan pelajaran dia lah. Budak baik-baik, berilmu. Bila berilmu sedikit sebanyak akan membentuk personaliti yang menarik
3. Jarang Couple
Aku benci kot dengan perempuan yang baru clash dah dapat yang baru. Macam lahanat tahu? Nampak nau tak setia, senang-senang je lupa ex nya. Takyah nak ambil-ambil masa dah. Aku lebih suka yang lebih lama single daripada couple. Means dia susah nak cari Mr. Right nya, dan dia agak choosy.
4. Bertudung
Aku zaman dulu memang prefer yang free hair, tapi sekarang lebih suka yang bertudung. Sebab mak aku pun lebih suka yang bertudung. Kalau tak bertudung pun boleh lah, asalkan bertudung suatu hari nanti.
5. Sombong
Sombong bukan lah sombong dengan kawan, but dengan strangers atau kenalan. Kenalan dengan kawan lain ya. Aku lebih suka perempuan yang tak approve friends di Facebook sesuka hati. Aku tak suka perempuan yang melayan mana-mana laki entah, baru kenal pulak tu.
6. Suka Gelak
Aku suka perempuan yang suka gelak. Sebab aku suka buat orang gelak. Kalau dia gelak, semacam satu kepuasan untuk aku dapat buat dia gembira. Kalau boleh dia tak lah terlalu lawak, kalau masing-masing buat lawak siapa nak gelak?
7. Tak Gedik
Dari tulisan dah boleh tahu seseorang tu gedik ke tak. Perempuan ni menggedik ingat laki suka ke? Tak tahu lah laki lain, tapi kalau aku, lagi aku nyampah dan benci ada. Seriyes. Kadang-kadang tu dah ada boyfriend dah, tapi dok menggedik-gedik dengan laki lain. Tu sebab pentingnya sifat sombong tu.
8. Berdikari
Berdikari means dia tahu dan prefer uruskan hal kehidupan sendiri. Pandai mencari wang sendiri. Ada perasaan malu untuk menggunakan wang boyfriend. Lebih suka gunakan wang sendiri. Yang macam ni lagi lah aku nak tekankan, sebab aku ni pun jenis berjimat. Jimat, bukan kedekut. Haha.
9. Gila Muzik
Biasa yang gila muzik takkan dengar lagu jiwang-jiwang ni. Aku takboleh lah jiwang-jiwang ni, takut menangis sentiasa. Kalau boleh layan rock sikit. Tak As I Lay Dying, Avenged Sevenfold pun jadi lah. K-Pop minta dijauhkan. Haha. Dan minat berkaraoke juga. Hehe
10. Berbeza Minat
Datuk Dr. Fadzilah Kamsah kata, couple yang terlalu banyak sama minat, boleh jadi bosan. Tak belajar apa-apa yang baru dan terlalu sempurna. Contoh, aku minat Arsenal, bini aku minat Manchester United, lepas tu betting lah. Siapa yang kalah, malam nanti kena 'berada posisi di atas'. Tak ke fun dan romantik tu? Haha.
Panjang tak? Bosan tak? Syok sendiri tak? Ni pun banyak lagi ni. Tapi kang korang muntah pulak baca pepanjang. Bukan apa, blog pun boleh jadi medium untuk cari jodoh tau. Aku nak menyinggel lelama sebab nak jimat, tapi agak kurang kasih sayang lah pulak diri ini. Haha. Biasanya, kalau perempuan yang ada ciri-ciri di atas terbaca entri ni, dia boleh jatuh cinta tau. Untung-untung dapat yang lawa! Haha.

P/S : Aku dulu digelar pakar perempuan atau Dr. Cinta sebab selalu jadi pendengar dan penasihat rakan-rakan. Tapi aku sendiri takde apa. Haha LOSER



Monday, February 14, 2011

Korang Nak Pasangan Macam Mana?

Dah sudah. Aku asyik bercerita pasal pasangan je ni apehal? Nampak sangat dah aku despo nak pasangan ni. Haha. Tapi sebelum nak cari pasangan pun, korang kena tahu apa yang korang nak laki/perempuan yang macam mana.

Biasa manusia ni akan pilih pasangan berdasarkan fucktor err i mean faktor-faktor ni :
RUPA, WANG, ILMU, PERWATAKAN

Okay now, contoh korang ada 100 points (simbolik kepada 100%), macam mana korang nak bahagikan percentage tu kepada 4 faktor kat atas tu? Macam aku kan, aku kan, kan, *gedik-gedik* aku nak perempuan tu ada percentage macam ni :
RUPA - 30%, WANG - 10%, ILMU - 25%, PERWATAKAN - 35%
Gambar hiasan - Tajam sangat ni. Luka lidah nanti

Wang pada seseorang perempuan tak penting sangat. Tapi best jugak lah kalau dia kaya, dia layan aku macam anak ikan apa semua. Haha. Rupa, ilmu dan sikap pada aku lebih kurang sama-sama penting. Untuk rupa, tak nak lah lawa sangat macam artis. Ramai sangat orang nak nanti, susah jugak. Nak yang sedap mata memandang, sedap tangan meraba lah kan.

Ilmu pada aku penting jugak sebab ia akan mempengaruhi cara diorang bertindak, bercakap dan berfikir. Berilmu tak mestinya masuk U ke apa. Ilmu ada dekat mana-mana kan. Perwatakan pulak penting sangat. Ingat kalau dah dapat awek lawa tapi , perwatakan membosankan, tak sekepala best ke? Seriously perwatakan lah yang paling penting sebab ia mampu buat kita bahagia, tahan lama dengan dia. Tahan lama dalam hubungan lah, korang fikir tahan lama apa? Grrr. 

Tu pada pandangan aku lah. Korang pulak macam mana? Cuba habaq mai. Mana tahu ciri-ciri tu aku ada. Haha

P/S : Tapi apa yang kita nak biasanya tak dapat. Tapi tu belakang cerita lah kan.
P/S : Aku suka perempuan yang mampu buat aku ketawa dan yang suka ketawa.