Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Monday, December 03, 2012

Tips Kurus Biasa & Luar Biasa



YANG BIASA...
Gunakan tangga
Nak badan sihat dan menggunakan kalori berlebihan, pilihlah tangga walaupun ada lif atau escalator. Tapi semangatnya tu tak perlulah sampai ke Batu Caves
Makanan panas dan pedas
Makan sambil bersenam orang kata. Makan pun boleh berpeluh tu. Menu paling sesuai tom yam panas, pedas lebih. Fuhh memang berair ketiak
Kurangkan nasi
Kevin Zahri kata kuantiti nasi yang ideal adalah segenggam tangan kita. Tapi kalau nak main tipu, pinjam lah tangan member yang besar-besar. Tapi kalau korang buat gitu, aku sendiri pun tak faham apa motif korang
Berbasikal
Ke kelas atau tempat kerja dengan menunggang basikal. Selain elok untuk ekonomi diri dan alam persekitaran, ia elok untuk kesihatan. Tapi sampai kelas/ofis, kena mandi dulu lah, karang bau kunyit satu kelas/ofis. Kalau agak-agak tak nak kena cop 'budak sekolah', jauhi basikal fixie
Jogging
Jogging di taman berdekatan, tapi ramai yang tak tahan lama. Joggingnya tak sampai seround, usha awek je lebih. Tapi lebih baik jogging sikit daripada takde langsung kan

YANG LUAR BIASA...
Gunakan tangga bersama beban
Ya, gunakan tangga, tapi tambah lah apa-apa beban supaya lebih banyak tenaga dapat digunakan. Contohnya tolong makcik cleaner angkat baldi ke, dukung makcik cleaner tu ke, dukung sekali pak guard ke. Lebih berat bebannya, lebih nanang kesannya. Berat nanang
Makanan panas dan pedas dengan serba hitam
Masih dengan tom yam panas dan pedas lebih, tapi kali ni makan dalam kereta berwarna hitam (jangan buka aircond), dengan berbaju dan berseluar hitam. Kacamata hitam jangan dilupa. Untuk melengkapkan kehitaman, makan sambil pasang lagu black metal. Seperti yang kita tahu, warna hitam menyerap haba. Untuk kesan ekstra, panggil 2 3 orang yang gelap kulitnya temankan korang dalam kereta. Confirm banjir
Upah bodyguard
Kekadang kita ni nekad nak makan sikit je, tapi bila berdepan dengan lauk sedap-sedap, boleh tak sedar kalau tertambah nasi tiga kali. Penyelesaiannya, upah bodyguard seorang. Tugasnya hanya perlu beri 'segenggam' buku lima pada muka korang kalau korang makan nasi lebih dari segenggam
Berlari dan berjalan kaki
Niat dalam hati nak ke kerja/kelas menaiki bas. Tapi korang buat-buat lah tertinggal bas, lalu mengejar bas dengan sekuat kaki. Walaupun sampai bus stop awal, buat-buat tertinggal jugak! Penting tu. Lepas tu kan, korang perlu juga buat-buat tak dapat kejar bas tu. Akhirnya korang perlu ke kelas/kerja dengan berjalan kaki. Sabun buku jangan lupa bawa, bagi mengelakkan bau kunyit hangit
Jogging dengan lebih round
Untuk tidak melunturkan semangat korang untuk berjogging sebanyak round yang boleh, pinjamlah anjing rakan atau jiran. Kalau anjing tu suka makan tulang macam dalam kartun, ikatlah beberapa tulang kat pinggang korang. Untuk menambah kelajuan anjing tersebut, pakai topeng perompak. Sesi kejar mengejar tu... 5 6 round memang dalam tangan lah
P/S: Cuba atas risiko sendiri. Aku takkan bertanggungjawab atas apa jua yang bakal terjadi, seperti dagu senget ditumbuk, diberhentikan kerja, mahupun maut dimamah anjing. Selamat maju jaya!



Thursday, November 08, 2012

Personaliti Pemakai Beg

A - Galas Biasa
Normal saja orangnya, takde apa yang menarik namun jenis suka didakap dari belakang oleh pasangannya
B - Galas Terbalik
Seorang yang berjiwa keibuan/kebapaan dan romantik kerana ingin mendalami dan mengalami perit jerih seorang ibu mengandung 
C - Silang Biasa
Baik hati orangnya kerana dengan murah hatinya memudahkan peragut buat kerja
D - Silang Menyilang
Berhati-hati dengan yang ini, jenis suka sailang member punya balak/awek 
E - Silang Tengkuk
Buat yang mencari suami/isteri, pilihlah yang jenis ini, alim orangnya. Jenis tak sabar-sabar nak  pergi menunaikan haji/umrah 
F - Silang Kepala
Jenis yang ini biasanya orangnya nakal-nakal, samseng dan suka main kepala. Sangkut beg kat kepala tu feeling Rambo lah tu kononnya



Sunday, October 07, 2012

Asal Usul : Bahasa Alien

EW
Contoh ayat : "awak marah kew? saya gurau jew lah" "manew adew marah pun"
Asal usul : Bermula dari kesilapan seseorang yang nak taip 'je', tapi tertekan huruf 'w' yang bersebelahan dengan huruf 'e'. So, jadi lah 'jew'. Budak sekolah yang sememangnya manja melihatkan ia sesuatu yang cool, lalu digunakan hingga kini.
UNK
Contoh ayat : "woi, kalaw korunk nak lepark clunk, gitaw taw"
Asal usul : Bermula dari seorang mamat punk tegar yang berasal dari Ampang yang selalu dilempang bapaknya, seorang penari kuda kepang. Kisah hidupnya yang penuh 'pang' diabadikan dalam penulisan hariannya, dan rakan sebayanya terikut-ikut penulisannya lalu tersebar.
OO
Contoh ayat : "thanks app! kamoo jangan combonx k!"
Asal usul : Bermula dari seorang penternak lembu yang sayang lembu dan suka ber'moo' (bercakap) dengan lembu. Akibatnya, dia dah terbiasa menggantikan 'u' dengan 'oo'. Ejaan ini didapati amat cool oleh awek yang suka buat muka duckface kerana ia membuatkan profile picture mereka hidup, seakan menghayati.
AQ
Contoh ayat : "aq sebenarnya benci dgn owg yg suka eja mcm bebudak ni!"
Asal usul : Bermula dari seorang yang pemalas. Dia mengeja 'aku' dengan 'aq' sebab dia pemalas. Bukan saja mengandungi 2 huruf (instead of 3), malah huruf 'a' dan 'q' duduk berdekatan. Jadi, ia menjimatkan tenaga mereka dalam menggerakkan jari. Kemudian, ia diikuti oleh pemalas yang lain.
AD
Contoh ayat : "awak buad saya marah sanad sanad! mencik!"
Asal usul : Bermula dari seorang pengkaji teori konspirasi wanna be yang sangat paranoid dengan simbol mata, tiga segi dan salib. Jadi, dia memang takkan menggunakan huruf 't' kerana ia menyerupai salib. Lalu dia menggantikan huruf 't' dengan 'd' dan malangnya ia diikuti oleh bebudak sekolah yang lain.
P/S: Bebudak sekolah, mohon jangan guna bahasa alien dalam PMR. Goodluck!



Monday, June 04, 2012

Penjimatan Majlis Perkahwinan


Majlis perkahwinan, orang kata benda sekali seumur hidup (lelaki maybe empat kali), apa salahnya bagi kaw-kaw punya gempak. Buat pinjaman pun sanggup. Tapi, ramai juga yang mahu keep simple, kerana bersederhana itu lebih elok. Tak membazir. Jadi, aku ada saranan yang boleh digunakan untuk berjimat to the max!
Kad Kahwin
Kad kahwin sekarang glamour-glamour. Kad kahwin je habis seribu ringgit. Orang kata kalau nak jimat, tempah kad kat Indonesia. Tapi, aku rasa kalau nak jimat invite guna SMS dan Event Facebook pun dah cukup dah.
Pelamin
Pelamin ni tak payah pun lagi elok. Tapi kalau nak ikut adat jugak, boleh gunakan pelamin kos rendah yakni gabungan meja jepun (meja rendah untuk duduk bawah bersila) dan kerusi plastik kat gerai makan Wak Tholl Bakso. Letakkan kerusi atas meja tu. Tadaaa!
Kompang
Kompang ni agak perlu. Dalam Islam, digalakkan menghebah pernikahan, dengan paluan gendang. Nak menyewa budak-budak kompang pun mahal sekarang. Nak beli basikal Fixie katanya. Untuk jimatkan kos, boleh gunakan MP3. Pasang kat henfon pun jadilah, volume maximum.
Persalinan
Untuk lelaki, pakai baju melayu bersamping kain pelikat cukup lah. Nak bersampingkan jersi Manchester United pun boleh. Tengkolok boleh pinjam kat Monoloque juri Versus tu. Kalau dia tak bagi pinjam, buatlah guna suratkhabar. Macam tak biasa buat topeng guna kertas masa kecil dulu. Untuk perempuan, bolehlah selongkar lemari cari langsir-langsir lama yang dah tak pakai.
Makanan
Untuk makanan, nasi minyak dan lauk pauk memang agak mahal. Apatah lagi katering. Rasanya menu biskut kering cap Ping Pong cicah milo adalah yang terbaik. Roti High 5 ikan bilis pun boleh tahan. Kalau nak jimat melampau, bolehlah buat majlis masa bulan Ramadhan.
Door Gift
Door gift yang agak eksklusif biasanya bagi kek sepapan. Kalau jimat sikit, bagi jajan boleh, sumi boleh. Nak jimat lagi, bagi gula-gula Hacks dua biji seorang dah memadai.

Amacam? Kalau betul-betul ikut pelan di atas, memang jimat 90%.

Dapatkan kad kahwin digital di jemputan.me



Sunday, May 20, 2012

Jenis-Jenis Ketawa di Alam Maya


Bila berborak di alam maya ni, cara ketawa, perlu kena dengan situasi. Kalau tak, ia hanya akan mencacatkan perbualan, dan orang lain akan merasai kejanggalan. Di bawah ini ada lah panduan jenis-jenis ketawa :
Heh
Untuk perkara yang agak sinis. Contohnya, "Bila akak nak bayar hutang saya ni? Padahal nampak je akak beli henpon baru. Heh".
Heee
Untuk menunjukkan ekspresi gembira. Kalau tak letak pun takpe, takde apa-apa makna sangat. "At last dapat jugak beli iPad 3 ni! Heee".
Hehe / Hihi
Untuk perkara yang biasa je. Kiranya kalau tak letak pun takpe lah. Tapi kalau borak dengan perempuan, wajib letak. Kalau tak, akan disangka kita tengah marah. Contohnya, "Awak buat apa tu? Hehe".
Hehehe / Keh Keh Keh
Untuk situasi menggatal/bernakalan atau situasi rasa malu dengan kebodohan diri sendiri. Contohnya, "Nak nombor tipon hehehe" atau "Alamak, salah orang rupanya hehehe".
Hoho / Hohoho / Koh Koh Koh
Untuk perkara yang membanggakan. Contohnya, "Hoho, pendapatan online  bulan ni RM50k. Alhamdulillah" (bersyukur dalam riak).
Haha
Untuk perkara yang kekadang biasa-biasa, kekadang macam kelakar, tapi tak kelakar pun. Contohnya, "Takde, takde! Ko jugak yang kena belanja aku esok haha".
Hahaha
Untuk perkara yang memang kelakar. Contohnya, "Kenapa ko menggigil-gigil present depan kelas tadi weh? hahaha".
HAHAHA / Kah Kah Kah
Untuk perkara yang amat kelakar. Contohnya, "HAHAHA muka ko memang ada iras-iras Ayah Pin masa muda doh".
LOL
Biasanya digunakan oleh manusia jenis membosankan dan tak berperasaan. Mungkin juga terlalu taksub dengan meme komic. Ada juga yang menggunakannya untuk situasi gelak sinis dalam mood serious. Contohnya, "Muka you memang cun sangat, macam Oprah lol".
Wkwkwk/Ckckck
Gelak ini biasanya digunakan oleh indon, tapi dah mula menular ke Malaysia. Contohnya, "Rambutnya kok kayak penyapu. Wkwkwkwkwk!".

P/S: Di alam realiti, gelak ada dua jenis je. Hihihi dan hahaha. Takde pulak bunyi lain.



Monday, April 30, 2012

Surat Permohonan Kepada Rempit


Ayeem bin Ayam
Reban 11,
Kampung Sungai Dedak,
Shah Ayam,
Selangor
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adnan bin Adunan
Kepala Rempit,
Malaysia

Abang,

PERKARA: PERMOHONAN HORMATI ORANG LAIN

Merujuk perkara di atas,

2. Berdasarkan maklumat di atas, saya Ayeem Ayam mewakili seluruh rakyat Malaysia ingin menyeru agar semua mat rempit sumbat ekzos motor dengan span dan bekas/papan telur seperti di studio jamming. Ini kerana bunyi nyaring ekzos motor abang dan rakan-rakan sering kali memecah hening malam, memutus kening ayam, dan menganggu tidur orang awam.

3. Selain dari itu, kalau nak merempit sekalipun, saya memohon supaya mat rempit 'tuck in' atau bahasa skemanya memasukkan baju ke dalam seluar. Ini pula kerana, setiap kali abang dan rakan-rakan menunggang laju, baju kamu semua berkibar-kibar sehingga menampakkan badan. Hilang selera makan saya bang.

Justeru itu, saya berharap abang dan rakan-rakan mempertimbangkan permintaan saya ni, kerana dua perkara di atas melibatkan masyarakat sekeliling. Kalau kamu semua terjatuh semasa wheelie motor, itu urusan kamu, saya tiada masa nak jenguk-jenguk kamu semua. Kalau bab kekah bohsia pula, urusan kamu dengan Tuhan.

Akhir kata, jangan merempit kalau rasa belum cukup banyak pahala.

Sekian, terima kasih.

-------------------------
Ayeem bin Ayam

P/S: Dekat sebulan tak update :p



Wednesday, April 04, 2012

Tunjuk Kemarahan


Bila seseorang tengah marah, perbuatannya pasti akan dilebih-lebihkan (exaggerate) untuk menunjukkan yang dia tengah marah, atau mungkin juga untuk melepaskan geram. Contohnya:
Ayah jentik telinga kuat-kuat, lalu anak menangis kuat-kuat diselangi hentakan kaki yang kuat-kuat ketika menuju ke bilik (masa kawad sekolah dulu pun tak kuat macam tu hentakan kakinya). Lepas tu, anak tutup (lebih kepada hempas) pintu bilik kuat-kuat, kemudian jerit kuat-kuat macam singa nak beranak 8.
Kena tampar laju-laju oleh ayah, anak lari laju-laju menuju ke kereta lalu menghidupkan enjin laju-laju (tanpa memasang radio dan aircond) dan pandu kereta laju-laju sehingga melanggar pokok laju-laju. Laju-laju juga Ambulans membawanya pergi ke hospital.
Dirotan ayah dengan rotan yang panjang-panjang belaka, jerit panjang-panjang (lebih kurang 15 saat), langkah menuju ke biliknya juga panjang-panjang (lebih kurang setengah meter setiap langkah), ikat dan sambungkan kain baju panjang-panjang (dalam 10-15 baju/kain) dan lari dari rumah melalui tingkap.
Mulut dingangakan besar-besar oleh ayah untuk dicili dengan lada yang besar-besar saiznya, lantas anak mengembungkan pipi besar-besar macam Jigglypuff yang sedang marah. Anak kemudiannya mengupdate status Facebook berbaur makian dengan tulisan besar-besar (capslock on).
Dilempang ayah dari kedudukan tangannya yang tinggi-tinggi (ayah angkat tangan/ketiak) dan melompat dari tempat yang tinggi-tinggi (melompat dari kerusi untuk melempang ala-ala gusti). Anak membalas dengan memaki dengan suara yang tinggi-tinggi, ayah lempang lagi dengan kelajuan yang tinggi-tinggi. Akhirnya, anak terjun dari bangunan yang tinggi-tinggi.
P/S: Kesimpulannya, jangan derhaka pada ayah



Saturday, March 17, 2012

Asal Usul : Telanjang

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung di Tanah Melayu, ada seorang lelaki yang bernama Ujang. Dia menyara ibu dan adik perempuannya dengan mengumpul hasil-hasil hutan. Kadangkala, Ujang akan masuk ke hutan seorang diri, kadangkala bersama dengan ibu serta adiknya. Ujang juga secara part-time menjual majalah Ujang.

Pada suatu hari, sedang mereka bertiga sibuk mencari hasil-hasil hutan, mereka diserang oleh sejenis raksasa yang setinggi pokok durian. Raksasa tersebut tidak menyerupai dinosaur, tapi lebih menyerupai manusia. Cuma agak berbulu, tetapi bulunya tidak pula selebat bigfoot. Jadi, ternampaklah ibu Ujang akan aset raksasa tersebut. Lalu, dengan pantas ibu Ujang menutup mata anak perempuan kesayangannya dengan tangannya.

Raksasa tersebut tiba-tiba mengejar mereka. Mereka berlari menuju ke pinggir hutan untuk masuk ke kampung. Dalam sesi kejar mengejar itu, malang bagi Ujang apabila dia terjatuh akibat tersepak akar pokok apa entah. Lalu, raksasa itu dengan rakusnya menangkap dan memakan Ujang. Ibunya dan adiknya tergamam seketika. Sebelum mati, Ujang sempat menjerit "Jilake punya akar!". Mungkin panas hatinya melihatkan trollface pokok tersebut.

Melihatkan jasad Ujang yang sudah tidak bernyawa, ibu dan adik Ujang meneruskan langkah untuk keluar dari hutan. Agak jauh ditinggalkan raksasa tersebut. Mereka juga tidak sesat mencari jalan keluar, terima kasih kepada GPS Mamago. Namun disebabkan lapar perut yang masih belum tamat, raksasa tersebut meneruskan pengejaran.

Di saat itu, ibu dan adik Ujang sudah sampai ke kampung mereka. Mereka meminta pertolongan orang kampung. "Tolong! Ada raksasa telan Jang!". Orang kampung sudah bersiap siaga dengan senjata. Bila raksasa tersebut masuk ke kampung, dengan bantuan Badang, penduduk kampung beramai-ramai kroyok raksasa itu. Raksasa itu mati di situ. Mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama bangkai raksasa itu untuk dimuat naik ke akaun Firstbook masing-masing.

Kisah itu menjadi perbualan orang kampung dan menggelar raksasa tersebut "Raksasa yang telan jang".  Perkataan 'telan jang' itu terus melekat, dan digunakan untuk orang yang menyerupai raksasa itu, yakni orang yang tidak berpakaian.

P/S: Mohon Dewan Bahasa Dan Pustaka tak cari aku.



Wednesday, March 14, 2012

Bersangka Baik

Baru-baru ni, kecoh pasal kes anak tinggalkan ibu lumpuh kat hotel bajet. Tapi, rupa-rupanya anaknya ada sebab buat macam tu dan tak bersalah (wallahualam), sampaikan dia dibuang kerja. Tak pasal-pasal orang yang kutuk-kutuk tanpa asal-usul tu dapat dosa fitnah. Korang makan je apa yang Metro suap. Tu sebab Islam suruh kita bersangka baik. Tapi jangan terlalu bersangka baik pulak macam kat bawah ni.


P/S: Tiga contoh di atas namanya lurus, bukan bersangka baik.



Monday, March 12, 2012

Aku Mampu Menilik

Aku ni sebenarnya ada bakat menilik. Banyak tilikan aku menjadi benar. Antaranya, aku mampu menilik...
...bila akan hujan
Bila langit dah mendung, guruh dah berdentum, astro dah hilang siaran, tandanya nak hujan lah tu.
...bila sesebuah kenderaan tu nak masuk simpang
Bila kereta itu menyalakan lampu signal, bermakna dia nak masuk simpang. Tapi motor susah sikit nak jangka, sebab motor kekadang lupa nak tutup signal. Haha
...bila aku akan masuk tidur
Bila mulut dah menguap luas sampai menangis, dan mata dah berat macam ada syaiton main gym 50kg atas mata.
...bila pelajar akan kelihatan mewah
Bila duit JPA, MARA, PTPTN atau mana-mana loan/biasiswa lain dah masuk.
...bila seseorang tu dah berasa sunyi membujang
Bila asyik update status Facebook pasal cinta, kahwin, lelaki/perempuan *aku lah tu*.
...bila minyak kereta/motor hampir habis
Bila meter dah dekat-dekat dengan garisan merah 'E'.
...bila jalan kurang jammed di pagi hari
Bila cuti sekolah sudah kembali. Tapi tandas Pavillion pulak yang jammed.
...bila kita akan berak
Bila perut rasa sakit dan rektum rasa penuh. Kalau nak tahu orang lain punya pulak, bila dia nampak gelisah, duduk senget, berpeluh, jari tangan tak boleh duduk senyap.
...bila aku akan rasa meluat
Bila melihat iklan drama hantu bersiri dan iklan krim payudara Ombak Besar di TV3.
...bila ramai pasangan yang dah berkahwin akan masuk tidur awal
Bila malam Jumaat tiba.
P/S: Datang kepada tukang tilik pun dah kira syirik walaupun belum menilik lagi. Jadi, membaca zodiak tanpa niat untuk mempercayainya pun dah boleh jadi syirik.



Sunday, February 26, 2012

Mencarut Dengan Sopan


Manusia dengan mencarut tak dapat dipisahkan sebab mencarut salah satu cara nak menunjukkan perasaan marah selain menjerit kuat, menghempas pintu kuat-kuat, hentak kaki kuat-kuat semasa berjalan, dan segala yang kuat-kuat. Kat Facebook lagi teruk, tak marah pun mencarut jugak. Habit dalam menulis mungkin. Jadi, ada 3 cara untuk convertkan carutan tu menjadi sesuatu yang lebih sopan.
Alih Bahasa
Kalau bahasa asalnya BI, kita tukar jadi BM. Contohnya "Fak! Fakri Saarani ni buat aku panas je!". Nampak? Kalau eja "Fak" cam tak kasar sangat. Cuba eja "F*ck"? Kasar kemain. Lagi satu kes, kalau bahasa asalnya BM, kita tukar jadi BI pulak. Contohnya "Woi pussy! Bila nak bayar hutang aku? Aku dah 5 hari makan meggi ni!". "Pussy" kalau dalam BM memang buruk bebenor bunyinya bukan?
Alih Makna
Alihkan terus makna/objek dari carutan asal. Contohnya "Lama dah aku tunggu. Bila kau nak sampai ni baby?!" Dari "babi" ke "baby", kan comel tu? Contoh lagi, "Pokemon kau lah! Yang kau poke mak aku kat Facebook kenapa?!". Dari "puk*mak" ke "pokemon". Again, comel sangat!
Tapisan
Kalau menulis tu, tapislah carutan dengan *. Contoh "Kau ni memang sund*l kan betina! Apasal ko curik pentis aku?!". Kalau mencarut dengan kata-kata pula boleh ditapis dengan bunyi "toot". "Hahaha macam pan-toot perangai. Dengan bantal pun kau nak meman-toot!". Lebih sopan rasanya -__-
P/S: Kalau korang terer, jangan mencarut langsung.



Saturday, February 11, 2012

Esei UPSR : Saya Sebuah Gitar



Saya sebuah gitar klasik yang berjantina betina. Nama saya Kawos (kapok = kawos = padan muka dalam bahasa jawa). Rupa saya ada iras-iras Fauziah Ghous. Saya mempunyai kepala, enam telinga, enam anting-anting (tali), leher panjang dan badan yang ramping. Saya juga mempunyai lubang besar di tengah dada saya. Saya dilahirkan di China, tetapi kemudiannya saya dieksport ke Malaysia. Saya dipamer dan dijual di Mydon dengan harga RM50 saja.

Pada suatu hari, saya dibeli oleh seorang lelaki belasan tahun bernama Redza. Dia seorang pelajar sekolah dan juga seorang pemuzik bawah tanah. Dia adalah gitaris utama untuk kugiran Tiger Red yang membawa genre muzik Nu-Metal. Nama kugirannya sama tahap kepadyapaannya dengan kugiran idolanya, Dragon Red, yang juga membawa genre Nu-Metal. Tapi kugiran Tiger Red itu masih baru, baru nak up orang kata.

Semenjak dari hari saya dibeli, saya tidak pernah lekang dari pelukan Redza. Rasa macam menghampiri zina pun ada. Dipetik-petiknya anting-anting saya tiap masa. Ngilu rasanya! Macam nak putus pun ada telinga ni. Tapi lama kelamaan saya seakan jatuh cinta dengan Redza walaupun saya tahu cinta ini adalah cinta terlarang. Saya berasa tenang bila berada dalam dakapan Redza, di atas ribanya, walaupun bau tengik ketiaknya agak menganggu.

Setahun telah berlalu, pelbagai kenangan manis telah kami lalui bersama. Namun, Redza yang kini bekerja sementara di Kengkaki Fried Cicak telah pun membeli gitar baru. Lebih mahal daripada saya, lebih canggih daripada saya, gitar elektrik jenisnya, Sfender namanya, jantan jantinanya. Gay betul! Kini saya telah dipinggirkan. Saya hanya diletakkan di bawah katilnya. Sudah lah saya takut dengan hantu. Jilaka betul.

Pada suatu hujung minggu, Redza membawa saya bersama Sfender ke sebuah gig di ibu kota. Tiger Red akan mengadakan persembahan pertamanya di situ. Bila tiba giliran mereka mengadakan persembahan, saya masih dipinggirkan. Redza membuat persembahan bersama Sfender, sedangkan saya diletakkan di tepi pentas saja. Bila dilihat pada persembahan mereka, agak berterabur juga persembahan mereka. Tak tight orang kata. Tiga buah lagu cover mereka sampaikan.

Bila lagu yang terakhir hampir tamat, sedang mereka menggoreng-goreng, Redza menghampiri saya. Dipegangnya leher saya. Tercekik saya dibuatnya. Dia berlari menuju ke tengah pentas lalu menghempas badan saya pada pentas dengan penuh garang. Mengucap panjang saya ketika itu. Saya tahan sakit. Dah nazak dah. Tahu dah dia ni nak tunjuk hebat, tapi tak berani nak hempas gitar mahal. Babiuk. Dengan izinNya, ketika dia sibuk menghempas gitar, keenam-enam anting-anting saya tiba-tiba terputus lalu melibas muka Redza. Saya dan Redza mati di tempat kejadian.

P/S: Tahukah anda, Kapok sebenarnya adalah jenama gitar buatan China, tapi perkataan kapok tu terus digunakan orang kita untuk gitar klasik.



Sunday, January 29, 2012

Geli Straw


Pernah tak korang mintak air member korang, lepas tu kan korang jentik-jentik straw tu, tak pun gentel-gentel straw tu, tak pun lap straw guna baju korang sebab geli dengan air liur member korang? Tahu tak perbuatan korang tu mampu menyinggung perasaan tuan punya air? Elok-elok ikhlas bagi air tu kat korang, boleh jadi tak ikhlas pulak. Apa ingat air liur member korang tu air longkang ke? Apa ingat air liur korang tu tak bau parit ke?

Kalau geli pun, jangan lah bagi tuannya nampak. Tunggulah dia pandang tempat lain ke, masuk tandas ke, borak dengan member lain ke baru lah bersihkan cepat-cepat. Nak jentik sampai straw terpelanting pun takpe, asalkan tuannya tak nampak.

Kalau nak buat depan-depan mata dia boleh, tapi cover baik punya lah. Contohnya:

Korang jentik straw tu, pastu cakaplah "Eh, ada pulak anak kucing duduk bertenggek kat straw tu tadi, tu yang aku jentik tu".

Korang gentel-gentel straw, pastu cakaplah "Bentuk straw ni tak bulat lah, dah bentuk segitiga freemason pulak. Tu yang aku gentel-gentel bagi bulat balik tu."

Korang lap-lap straw guna baju, pastu cakaplah "Baju aku ni kotor lah, tu yang aku lap guna straw ni."

Nampak? Sejuk hati tuan punya air. Silap-silap dia suruh habiskan air tu. Silap-silap dia belanja lagi air. Silap-silap dia serahkan segala air yang ada pada tubuhnya.

P/S: Pernah mintak air kat member, sanggup tak lap demi menjaga hatinya walaupun dah nampak betapa berminyaknya straw dia.



Monday, January 09, 2012

Peribahasa Moden #2

Entri lepas: Peribahasa Moden #1

Tahi di hujung tanduk
Seorang matador yang ditanduk tepat pada lubang najisnya oleh lembu jantan yang dipanaskan hatinya dengan kain merah ketika beraksi di Sepanyol.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana Mekdi
Manusia moden yang menjadi bulat/gemuk disebabkan makanan ringan dan segera yang berleluasa di pasaran.

Kalau takut dilambung ombak, jangan baca novel Ombak Rindu
Novel ombak rindu mampu melambung jiwa anda sama seperti memotong bawang, mata dimasuki habuk, serta luka diletak garam dan limau.

Lembu punya susu, Tapit dapat nama
Tapit, seorang blogger yang menggunakan lembu sebagai maskot blognya tanpa membayar royalti walau sesen.

Yang berat sama dipikul, yang ringan kau angkat seorang lah sial
Seorang yang terlalu manja asyik mahu meminta pertolongan orang walaupun hanya untuk perkara remeh.
P/S: Lama tak update sebab sekarang busy dengan freelance projek e-Learning TM.
UPDATE: 2 peribahasa terpaksa diedit bagi mengelakkan kontroversi



Friday, December 23, 2011

Esei UPSR : Gua Sepasang Kacamata Hitam



Gua sepasang cermin mata hitam. Nama gua Reban Wayfurur. Rekabentuk gua diinspirasi oleh Ray-Ban Wayfarer, dengan dua muka yang berwarna hitam 70% penembusan cahaya dan tubuh berwarna kuning. Gua dilahirkan di China, tapi lepas tu dieksport ke Malaysia, dan kemudiannya gua ditelanjang dan dipamerkan di depan orang ramai di Uptown Shah Ayam. Shukri, tauke kedai aksesori di situ melacurkan gua dengan harga RM20.

Pada suatu malam, ada seorang pelanggan bernama Awang bin Uwang, dengan nama samaran Kicap, budak sekolah menengah berumur 15 tahun yang baru saja mendapat keputusan PMR 1A 2B 3C 2D datang ingin membeli kacamata hitam atau bahasa fancy-nya shades. Shades pertama yang dicuba adalah Reban Gladiator berwarna hitam. Setelah melihat-lihat dirinya di dalam cermin dengan bajet hensem, dia tak berpuas hati lalu meletakkan kembali shades itu.

Dia kemudian mendekati gua lalu mencuba gua sambil berposewhore di hadapan cermin. Dia  tampak berpuas hati, mungkin kerana warna kulitnya yang hitam pahit itu amat kontra dengan warna tubuh gua lalu menyerlahkan kenegro-niggah-ghettoan nya. Lalu dibelinya gua oleh budak sekolah yang kelihatan baru nak naik dengan kudis khatan yang masih basah ini.

Tak sampai 24 jam gua dibeli, dia telah pun memakai gua keesokan harinya ketika melepak bersama teman-temannya dia Pavilion KL. Pada masa itu hanya Allah yang tahu perasaan gua, punyalah malu. Semua orang yang lalu sebelah dia akan pandang dia dengan muka tak puas hati. Pandang dia, automatik akan pandang gua. Sumpah gua rasa malu dan marah. Apasal lah dia ni duk pakai kacamata gelap dalam shopping mall. Gua pun tahu ia adalah perbuatan poyo. Samalah juga macam pakai headphone Beats besar gabak jalan ke sana sini. Mana nak letak muka gua ni woi??

Tak cukup dengan perbuatan memalukan itu, dia siap bergambar bersama rakan di dalam jamban di hadapan cermin dengan kelibat bangla pencuci tandas kelihatan di belakang mereka. Masa tu, gua dah putus asa untuk meneruskan hidup di dalam kemaluan, maksud gua dalam keadaan yang memalukan. Selepas bergambar bersama rakan sebayanya, dia tiba-tiba terasa hendak terkencing. Dia pun masuk ke jamban berak tu, malu hendak kencing di luar agaknya.

Ditanggalnya seluar, ternampak kudis yang masih basah tu walaupun dah 3 tahun berkhatan. Dia kencing berdiri, walaupun jamban itu untuk diduduki. Dipancut air kencingnya yang berwarna sama macam gua. "Aiseh, miss!" jeritnya dalam hati. Air kencingnya tak masuk dalam lubang jamban. Tembakannya tak kena pada sasaran. Mungkin kerana penglihatannya yang gelap akibat memakai gua.

Ditanggalnya gua dan diletakkan di atas tangki pam jamban. Pancutannya kali ini mengena. Ketika itu, tiba-tiba terlintas di dalam fikiran gua untuk melarikan diri dari dia. Gua tak sanggup lagi nak menanggung malu bersamanya! Tanpa berfikir panjang, gua terus membunuh diri dengan menerjunkan diri ke dalam lombong kuning hancing tersebut. "Ah, jilaka! Baru beli kot!", itulah ayat terakhir yang gua dengar. Gua kelemasan dan mati di tempat kejadian.

P/S: Aku tak fikir berkacamata di dalam shopping mall atau mana-mana tempat tertutup itu cool.



Monday, December 19, 2011

Tahukah Korang? #8

Entri lepas: Tahukah Korang? #7

1. Tahukah korang Fuuubook telah berubah rupa sebab aku ada terbaca artikel tentang blogger Indonesia yang bina tema blog seakan Facebook telah disaman oleh Facebook?

2. Tahukah korang harga kereta import di Malaysia sebenarnya sangat mahal jika dibanding dengan negara lain, kerana kerajaan mahu menjaga kepentingan Proton?

3. Tahukah korang loyar buruk a.k.a loyar taik itu bukanlah sejenis lawak, tetapi sejenis medium untuk mengharapkan penerajang?

4. Tahukah korang tak semua perempuan yang tak letak gambar sendiri di Facebook itu tidak lawa, tetapi mereka berbuat demikian kerana agama?

5. Tahukah korang follower/pembaca ramai itu memang penting, tetapi follower/pembaca setia itu lebih penting?
P/S: Adakah anda rasa blogger yang telah dipaksa anda untuk follow itu akan betul-betul follow setiap entry anda?



Thursday, December 08, 2011

Malam yang Sepi


Malam yang sepi pi pi,
Pak Mat jual topi pi pi,
Topinya lubang bang bang,
Pak Mat jual gendang dang dang,
Gendangnya pecah cah cah,
Pak Mat jual VCD lucah cah cah,
VCD lucahnya kena rampas pas pas,
Pak Mat jual kipas pas pas,
Kipasnya patah tah tah,
Pak Mat jual getah tah tah,
Getahnya jual putus tus tus,
Pak Mat jual kereta lotus tus tus,
Kereta lotusnya bocor cor cor,
Pak Mat jual pelacur cur cur,
Pelacurnya penat nat nat,
Pak Mat jual ubat bat bat,
Ubatnya beracun cun cun,
Pak Mat jual nombor awek cun cun cun,
Awek cun dah tukar nombor bor bor,
Pak Mat jual obor bor bor,
Obornya padam dam dam,
Pak Mat jual apam pam pam,
Apamnya basi si si,
Pak Mat jual besi si si,
Besinya karat rat rat,
Pak Mat jual kuih tat tat tat,
Kuih tatnya tawar war war,
Pak Mat jual suratkhabar bar bar,
Suratkhabarnya basah sah sah,
Pak Mat putus asa sa sa,
Berniaga memang susah sah sah.

P/S: Pak Mat memang cekal, tapi yang haram pun dibedal. Entri merepek tanpa motif



Thursday, December 01, 2011

Facebook: Hotty vs Hottak

Hotty, a.k.a hot stuff punya wall beza sangat dengan wall hottak a.k.a budak tak hot.

Relationship


Status

Photo

P/S: Bilangan komen dan likes tak bawak masuk kubur pun.



Friday, November 18, 2011

10 Pesanan untuk Penanda Kertas


Dari zaman sekolah, sampai zaman kolej, sampai zaman U guru serta lecturer aku dah banyak kali cerita pasal pesanan, ayat-ayat kasihan yang ditulis pelajar dalam kertas jawapan exam diorang. Memang ada yang jenis suka mengayat-ayat ni, tapi aku memang tak pernah lah. Antara pesanan yang mungkin pelajar akan tulis:
1. *saya tak ingat jalan kerja ;(

2. *maaf, tulisan saya buruk. saya harap puan/tuan jangan tanda kertas saya ketika PMS. Terima kasih

3. *calculator saya habis bateri. Semua tergendala.

4. *saya tertidur malam tadi, tak dapat study betul-betul. Harap kesiankan saya. Terima kasih

5. *ibu saya kata kalau kita tolong orang, banyak pahalanya. Tolong saya bagi extra mark ya. Terima kasih

6. *sila contact 012-3456789, saya akan bayar untuk markah A. Terima kasih

7. *jari saya digigit hamster peliharaan semalam. Saya tak dapat menulis dengan normal, sebab tu banyak yang tak terjawab. Tak sempat! Harap saya diberi keistimewaan. Terima kasih

8. *saya tengah period ni. Nak jawab exam pun takde mood. Harap puan/tuan faham keadaan saya. Terima kasih

9. *dewan peperiksaan ni terlalu sejuk. Beku otak saya! Salahkan pihak kolej, jangan salahkan jawapan saya!

10. *kalau lu bagi FAIL untuk paper wa ni, nahas lu! Jangan ingat wa tak kenal lu!



Monday, November 14, 2011

12 Teknik Meniru Ketika Exam


Yang Biasa Dibuat
1. Tunjukkan 2 jari kepada rakan, bermaksud nak tahu jawapan kepada soalan nombor dua. Rakan membalas dengan tegakkan 3 jari bermaksud jawapannya C.

2. Lontar gumpalan kertas tertulis nombor soalan kepada rakan. Lepas rakan tulis jawapan atas kertas tu, lontar semula.

3. SMS rakan untuk tanya dan bagi jawapan. 

4. Pinjamkan terus kertas kajang/jawapan tu kat rakan untuk disalin bulat-bulat.

5. Menconteng keyword atau formula pada meja.

6. Menyimpan nota kecil di bawah meja, dalam baju, seluar atau stokin.
Yang Tak Pernah Dibuat
1. Letakkan kerusi di sebelah budak pandai dan berkongsi meja dengannya untuk menyalin jawapan. Pedulikan apa kata orang sekeliling.

2. Lontar kapal terbang kertas yang tertulis nombor soalan berserta sekeping wang kertas RM5 di dalamnya sebagai upah.

3. Buat BlackBerryMessenger group kemudian berbincang ramai-ramai di situ.

4. Minta kebenaran pengawas untuk pinjam kertas jawapan rakan.

5. Tulis keyword atau formula pada dahi, kemudian suruh pengawas peperiksaan bacakan bila perlu.

6. Sorokkan nota kecil dalam lubang hidung. Ikat nota dengan bulu hidung untuk mengelakkan terjatuh.
P/S: Goodluck untuk SPM candidates. Jangan meniru ya! melainkan subjek addmath.