Showing posts with label tahukahkorang. Show all posts
Showing posts with label tahukahkorang. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Tahukah Korang? #9

Entri lepas : Tahukah Korang? #8

Tahukah korang dengan hanya melalui pengiklanan, pendapatan kasar Vijandren Ramadass, founder LowYat.net adalah sekitar RM 8 juta setahun? *syarikat besar besar pulak yang beriklan kat forum tu*
Tahukah korang lipas telah wujud sejak zaman dinosaur lagi, tapi mereka survive sampai sekarang kerana kemampuan mereka untuk berlindung di celahan selain ketahanan kepada radiasi? *kartun Wall-E pun menunjukkan hanya lipas haiwan yang hidup pada ketika itu*
Tahukah korang filem SeeFood yang telah/akan ditayangkan di 90 buah negara sebenarnya adalah karya anak tempatan?
Tahukah korang kucing akan buat bunyi pelik terputus-putus bila ternampak cicak? Mungkin akibat sumpahan ekor putus sang cicak. *merepek tang last-last tu*
Tahukah korang sebenarnya tiada istilah fesyen muslimah/islamik dalam Islam yang sebenar kerana fesyen itu sendiri bertujuan untuk menarik perhatian orang, sedangkan dalam Islam haram hukumnya untuk menarik perhatian lelaki bukan mahram? *sekadar berkongsi kalau-kalau tak tahu*
P/S: Baru tiga hari bekerja dah rasa macam nak demam. isk :(



Monday, December 19, 2011

Tahukah Korang? #8

Entri lepas: Tahukah Korang? #7

1. Tahukah korang Fuuubook telah berubah rupa sebab aku ada terbaca artikel tentang blogger Indonesia yang bina tema blog seakan Facebook telah disaman oleh Facebook?

2. Tahukah korang harga kereta import di Malaysia sebenarnya sangat mahal jika dibanding dengan negara lain, kerana kerajaan mahu menjaga kepentingan Proton?

3. Tahukah korang loyar buruk a.k.a loyar taik itu bukanlah sejenis lawak, tetapi sejenis medium untuk mengharapkan penerajang?

4. Tahukah korang tak semua perempuan yang tak letak gambar sendiri di Facebook itu tidak lawa, tetapi mereka berbuat demikian kerana agama?

5. Tahukah korang follower/pembaca ramai itu memang penting, tetapi follower/pembaca setia itu lebih penting?
P/S: Adakah anda rasa blogger yang telah dipaksa anda untuk follow itu akan betul-betul follow setiap entry anda?



Tuesday, November 22, 2011

Tahukah Korang? #7

Entri lepas : Tahukah Korang #6

1. Tahukah korang, bila dilihat melalui cara permainan, Ferdinand Sinaga (FS) sebenarnya adalah Fakri Saarani (FS) versi Indonesia, dan mereka mungkin selalu berhubung melalui Friendster (FS) dan Formspring (FS)?

2. Tahukah korang, penyokong fanatik bolasepak Garu Dada sememangnya tidak bertamadun, tetapi mereka tidak bermain mercun serta membaling botol seperti penyokong kita?

3. Tahukah korang, nguapan sebenarnya mampu berjangkit melalui cahaya, di mana bila korang terpandang seseorang yang sedang menguap, kebarangkalian korang untuk menguap sama adalah tinggi?

4. Tahukah korang, masa aku sekolah menengah dulu, aku seorang yang boleh dilabelkan sebagai gelap hampir kelabu, tetapi semenjak memakai sabun betik kaler oren, kulit aku dah kurang kenegroan?

5. Tahukah korang, aku baru sedar perkataan 'kbai' itu sangat gedik dan tak sesuai langsung digunakan untuk lelaki?
P/S: Bestnya minggu ni ada dua game bola yang besar.



Wednesday, October 26, 2011

Tahukah Korang? #6

Entri lepas : Tahukah Korang? #5

1. Tahukah korang, bila seorang penunggang motorsikal lalu di sebelah pemotong rumput yang sedang memotong rumput, mata penunggang itu akan terkebil-kebil?

2. Tahukah korang, aku minat Nora Danish semenjak pertama kali aku nampak dia dalam iklan Hotlink 7 tahun lepas (masa tu belum jadi pelakon lagi)?

3. Tahukah korang, aku pernah beraya Deepavali di rumah classmate aku 2 tahun lepas dan ayam rendang ibunya lebih sedap daripada kebanyakan yang orang Melayu buat?

4. Tahukah korang, minum clorox dan makan kapur cikgu tidak akan memutihkan kulit korang tetapi dapat memutihkan tubuh korang dengan balutan kafan?

5. Tahukah korang, blogger yang buat tutorial lah yang harus dipersalahkan di atas kemunculan blog-blog overweight?
P/S: Dua tiga kucing berlari, happy happy Deepavali.



Tuesday, October 11, 2011

Tahukah Korang? #5

Entri lepas - Tahukah Korang? #4

1. Tahukah korang, jajan/snek yang aku paling gemar tapi dah pupus adalah snek sayur Double Decker yang kaler hijau bentuk macam # tu?

2. Tahukah korang, setengah daripada blogger yang komen tak baca sampai habis pun entry korang, tapi kebanyakannya yang silent read akan baca penuh entry korang?

3. Tahukah korang, bertudung itu tidak mengurangkan sedikit pun kecantikan korang malah menambahkan keayuan, seperti Irma dan Wardina?

4. Tahukah korang, Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya?

5. Tahukah korang, 30% lelaki di dunia ini mempunyai moobs a.k.a man boobs dan aku adalah salah seorang daripada 30% itu?
P/S: Kalau nak tengok moobs aku, get ready YM dan topup maxis RM30. Kahkah!



Monday, September 19, 2011

Tahukah Korang? #4

Entri lepas - Tahukah Korang? #3

1. Tahukah korang, agak susah untuk manusia mengeluarkan yayik/tahi ketika iyak/berak tanpa u'uk/kencing terlebih dahulu?

2. Tahukah korang, kentut belon a.k.a kentut vagina sebenarnya tidak membatalkan wudhuk korang?

3. Tahukah korang, pemakai baju T 'Saya Sayang Mak Saya' yang kurang ajar dengan maknya patut bakar saja baju itu?

4. Tahukah korang, ayat 'Saya sedang menjalankan misi mengumpul 5000 followers. Mari  ramai-ramai bersama bantu saya!' adalah lebih FFUUU daripada 'Followed you, follow me back okay'?

5. Tahukah korang, dengan melepuk kepala rakan yang baru bangun tidur mampu membawa maut kepada diri korang?

P/S: Sekarang letih gila sebab semalam sampai tadi join program uitm



Monday, September 05, 2011

Tahukah Korang? #3

Entri lepas - Tahukah Korang? #2
1. Tahukah korang tanpa Aidilfitri, susah untuk orang kita melafazkan perkataan 'maaf' yang biasanya digantikan dengan 'sorry' sahaja?

2. Tahukah korang dodol semakin dilupakan masyarakat Melayu kita ketika Aidilfitri dan akan pupus dalam masa 50 tahun lagi?

3. Tahukah korang Siti Saleha (Nora Elena) adalah adik kepada Sam Bunkface dan bekas awek kepada bekas penjaga gol negara, Syed Adney (adik Sharifah Sofea), selain dia adalah bekas pelajar SMK Methodist Girl School, Klang?

4. Tahukah korang, dalam dunia blog, ramai blogger menjadi talam dua muka bila dua pihak bertelagah dan menggunakan gelaran 'atas pagar' untuk nampak suci?

5. Tahukah korang, setelah dua tahun menyingle, kredit telefon yang terkumpul sekarang adalah RM130+ dan aku memang dah boleh boleh mintak 5 6 nombor telefon awek dah?
P/S: Awek cun sila PM nombor telefon. Kbai.



Saturday, August 20, 2011

Tahukah Korang? #2

Entri lepas - Tahukah Korang? #1
1. Tahukah korang bila korang makan terlebih banyak ketika berbuka, anda akan jadi seorang tonggek yang susah hendak berjalan selepas itu?

2. Tahukah korang perempuan dibolehkan untuk memakai kanta lekap berwarna, tetapi diharamkan bagi lelaki? (Sumber: Ustaz Azhar Idrus)

3. Tahukah korang semenjak skuter aku dibeli pada April 2010, aku baru saje membasuhnya dua kali?

4. Tahukah korang orang yang senyap selepas kita approve di Facebook sebenarnya hendak lihat gambar kita saje?
P/S: Agak-agak korang, font apa yang sesuai untuk blog kita eh?



Wednesday, August 17, 2011

Tahukah Korang? #1

1. Tahukah korang manusia akan berada pada keadaan yang lebih selesa bila ketiaknya tiada bulu dan mata suami akan selesa bila tengok ketiak isterinya licin?

2. Tahukah korang bila manusia sangap yakni gersang, kakinya tak boleh duduk diam asyik nak gesek-gesek pada tilam saje?

3. Tahukah korang separuh daripada manusia yang melanggar lampu isyarat sebenarnya sudah terlewat untuk temujanji atau masuk ke ofis/kelas manakala suku daripadanya memang jenis tak tahu bersabar dan suku lagi sebenarnya hendak terberak?

4. Tahukah korang suku daripada blogger pengamal 'I Follow You, You Follow Me Back' akan unfollow blog yang tidak follow mereka balik?

5. Tahukah korang 'Tahukah Korang?' adalah segmen baru di Ayeem Ayam?

P/S: Tahukah korang, korang boleh meluahkan perasaan tentang AUTOPLAY di sini, dan korang dibenarkan kritik blog paling meriah di Malaysia yakni Terok Ayeem Ayam di dalam entry korang?