Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Zaman Myspace

Myspace, laman sosial yang pernah jadi trend suatu masa dulu selepas trend Friendster, sebelum trend Facebook. Sebenarnya aku agak rindu zaman Myspace. Tapi memandangkan Myspace sekarang ni pun dah macam Facebook, plus Friend Online pulak equals to 0, ahh tak payah lah kan nak balik sana.

Lagipun aku dah tak mahu dah tengok ayat "tHaNks aDd iTteW. CuMmeNt MuH pIxChA oKaYh! I wiLl cuMmeNt yOuRs BaCk". Macam jilake dulu main collect-collect komen gambar. Sama lah macam arena blogging ni, kumpul-kumpul follower. Huhu. Kiranya siapa lagi banyak komen gambar, dia lagi HOT lah. Lagi ramai friends lagi HOT lah. Sampai ada yang berpuluh ribu friends! Myspace mana ada limit kan? Tak macam Facebook kena buka lebih satu akaun, sebab limit 1 akaun 5000 friends je.

Time tu jugak lah zaman kelab-kelab photography baru naik. Yang paling glemer time tu SAHAJA. Dah semua photographer termasuk modelnya sekali letak [SAHAJA] kat belakang nama. Banyak lagi kelab, macam-macam. Kiranya kalau ada nama kelab kat belakang nama tu kira HOT lah. Haha. Belakang nama aku time tu, JEMAIN je. Nama bapak aku. Lagi HOT. Ngahaha.

Time zaman Myspace ni lah aku jumpa banyak orang, antaranya aku borak dengan adik Shah Jaszle, Jasmin Jaszle. Agak rapat jugak lah, siap komen-komen gambar. Time tu Shah Jaszle tak naik lagi, baru jadi model. Lagi, aku kenal adik Eira Syazira, Syafnida nama dia. Tapi memang HOT siot adik dia. Budak Damansara katanya. Tu sebab dia tak pernah layan aku. Haha.

Macam-macam lah kenangan manis kat Myspace dulu yang buatkan aku hargai Myspace lebih daripada Facebook. :'( Tapi sekarang aku lebih suka main Your World of Text. Tergelak-gelak aku semalam! Siap ada yang luahkan perasaan kat aku. Siapa tu? Baik ngaku! Tapi yang suka delete orang punya tu, memang FFFFUUUUU!


Gambar Kenangan Myspace :

Tugu KPTM di pantai Port Dickson. K stands for Kawaiii! Ngahaha

Time ni Bella tengah lambai kat aku, sebab dia kata dia suka tengok laki pakai Polo + short. Kah3!

Time zaman pokai, zaman diet,  zaman kurus

Beratus komen woi. Haha. Lala Dawson pun ada
komen gambar ni. Tapi ini serius shit hodoh. Haha



Monday, January 10, 2011

Memori - Tolong Ingatkan Aku

Memori - Segmen baru yang aku buat untuk menceritakan semua kisah zaman muda aku. Masih gunakan flash, tapi bukan animation but komik. Tapi aku takkan boleh start selagi tak beli Wacom Pen Tablet. Plan nak beli dengan Robot dalam masa terdekat ni. Untuk introdaksyen, meh cuci mata tengok gambar aku time baby.

Masa baby rajin baca buku. Sekarang rajin baca Playboy

Disusu moyang aku yang berkahwin time 12 tahun. Ditemani abang; dan makcik yang selalu panggil aku 'Cute' time kecik. Tapi sekarang tidak lagi. Kenapa?? *korang tak perlu jawab, nanti aku nangis*

Agak-agak bakal mak mertua siapa tu ya? Angkat misai sikit.

Antara semua gambar kat entry ni, ni je satu-satunya gambar dekat rumah aku. Yang lain semua dekat rumah moyang aku. Rindu rumah lama, rumah papan. :(

Korang ada rasa nak peluk aku tak macam yang abang aku buat ni?

Takde beza. Sekarang pun aku suka melopong. Teropong perempuan pun suka.

Raya tahun bila punya entah. Jambu kan aku pakai baju melayu pink? Saya bukan gay, saya ok.

Merah kuning lambang kebanggaan  (lagu bola Selangor)

P/S : Tahniah Ana Rafali sebab menang AJL25. Kau dah ingatkan aku kepada memori lama aku. Even aku tak setuju dengan almost semua result semalam.