Showing posts with label meeya. Show all posts
Showing posts with label meeya. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Meeya Ayamor : Iftar Bersama Retis



Assalamualaikum WBT. Hai korannngggg! Kamu semua kenal kan siapa kita? Hari tu kan Ayeem ada perkenalkan kita kan? Tapi dia tipu tau. Kita bukan awek dia lah. Kita kembar dia. Ishh, saje je dia tu. Kentut kat muka tahu lah.

Macam blog-blog perempuan lain, takde apa pun kita nak update. Just nak bagitahu tadi kita iftar kat hotel. Iftar tau. Padahal tak pernah-pernah orang kita sebut dan dengar iftar sebelum ni, puasa tahun ni ramai pulak guna word iftar instead of berbuka atau break fast.

Okay, berbalik pada berbuka, tadi kita berbuka dengan retis tau. Pada yang tak tahu, retis tu artis lah. Kita berbuka dengan geng-geng fashionista! Teka siapa? Tettt, tamat masa. Tak dapat kiss daripada kita. Hihihi. Jawapannya, kita berbuka dengan fashion designer Hana Tajimon. Jangan jeles! Tadi Hana bawak nenek dia sekali, Hanu Takjimak namanya. Kelas youuu nenek dia. Pakai pashmina lagi you olls.

Tapi kita takde gambar pun. Kita takde kamera lah. Kamera handphone pun setakat 1 megapixel, stok rakam video 3GP je. Baik tak payah kan? Hmmm tak sah lah pulak entry perempuan takde gambar kan. Takpe lah, next time okay? Okay, kita nak tidur dah ni. Dah pakai seksi-seksi dah ni. Bye bye! Muahhh!

P/S: Ni entry merepek, aku mana ada kembar. Ni segmen baru Ayeem Ayam



Friday, July 22, 2011

Perkenalkan, Awek Aku

Lepas aku buat entri Pasangan Perlu Ke Sepadan?, ada lah seorang awek ni approach aku dekat Facebooo. Dia add, then borak-borak kat wall dia. Macam-macam lah yang diborakkan. Agak syerasyi bersyama lah bak kata Ajai. Aku suka personaliti dia. Periang, banyak bertanya, banyak cakap. Takde lah main tulis k, x je memanjang. Phuihh!

Rupa dia pulak sedap mata memandang. Pandang kat mana korang jangan tanya lah. Matanya agak bulat bak mata ejen contact lens. Bulu matanya lebat dan likat bak bulu ketiak aku yang disisir rapi. Hidungnya tak mancung tak kembang, just nice untuk dilaga-laga. Bibirnya merah bak bibir Maniam lepas minum air Mirinda Stroberi. Badannya pun nampak ngam-ho lah. Potongannya 50-24-38 tak silap.

Memperkenalkan! (drum roll) Meeya Ayamor! Sepadan tak? Macam telur masin dibelah dua kan? Sweet gitew. Lepas ni Meeya jadi author kat blog ni tau. Hehe.


P/S: meeya|ayeem? Macam tengok cermin. Ini adalah entri merepek.