Friday, September 30, 2011
Esei UPSR : I Sehelai Spender
Wednesday, September 28, 2011
Blogging Tips #1 - Nama, Nama dan Nama
Contoh untuk 3 nama yang sama
Nama watak : Ali Pailang
Nama blog : Ali Pailang
Nama url : alipailang.com
Contoh untuk 3 nama yang tak sama
Nama watak : Ali Mamax
Nama blog : Roti Canai Itu Menggemokkan
Nama url : makankarimembawahapakketiak.blogspot.com
Jangan letak nama yang bersifat sementara. Contohnya aiman2011.com (tahun depan takkan nak tukar aiman2012.com pulak?), shahsayangrosnah.com (kalau dah breakup camne?), ciknenas.com (kalau dah kahwin nak kena tukar puannenas.com pulak?) dan lain-lain. Memang lah korang takkan ubah, tapi macam tak best lah bila nama blog tu dah tak sync dengan kehidupan semasa kan.
Jangan letak tanda "!", "~", dan sewaktu dengannya kat nama blog. Aku tahu ramai letak "!" kat depan nama blog sebab nak duduk kat ataaaaaaas sekali bila dalam reading list/dashboard Blogger.com. Kan kan? Tapi macam kurang formal lah. Ada ke Facebook buat !~Facebook~!? Of course not. Follow yang professional lah.
Jangan letak huruf kEcIk bEsAr dan ejaan pewliks-pewlieks kat nama blog dan nama watak korang. Sangat lah tak formal. Aku gunakan formal instead of professional sebab professional tu macam poyo sangat. Blog Wordpress boleh lah dapat title professional. Haha.
Jangan letak effect kat nama blog korang. Contohnya, efek tulisan bergerak ke, letak mesej tambahan ke, letak efek typing ke. Bab ni, boleh rujuk nama blog (pada tab) terok.ayeemayam.com.
Monday, September 26, 2011
Cantik Mana Pun Dikau
01. Cantik mana pun dikau, kalau korek-korek hidung ada timah kelabu jugak.
02. Cantik mana pun dikau, kalau lepas makan ada tahi gigi jugak.
03. Cantik mana pun dikau, kalau kena hujan tetap basah jugak.
04. Cantik mana pun dikau, kalau berpeluh celah-celahan bau hamis jugak.
05. Cantik mana pun dikau, kalau pinjam PTPTN kena bayar balik jugak.
06. Cantik mana pun dikau, kalau gagal pelajaran kena marah dengan mak jugak.
07. Cantik mana pun dikau, kalau duduk tepi buaya kena baham jugak.
08. Cantik mana pun dikau, kalau jatuh motor kepala benjol jugak.
09. Cantik mana pun dikau, kalau kentut senyap-panas bau telur jugak.
10. Cantik mana pun dikau, kalau naik bas RapidKL kena bayar RM1 jugak.
11. Cantik mana pun dikau, kalau kencing kena cangkung/duduk jugak.
12. Cantik mana pun dikau, kalau mengandung perut besar jugak.
13. Cantik mana pun dikau, kalau call boyfriend guna telefon rumah kena caj jugak.
14. Cantik mana pun dikau, kalau kena sakat hantu esoknya demam jugak.
15. Cantik mana pun dikau, rupa kau tu pinjaman Allah jugak.
P/S: Hai perempuan cantik, sentap tak? Kalau sentap, jom kapel dengan abang.
Friday, September 23, 2011
Memori: Kencing Masin
Tuesday, September 20, 2011
Layanan 5 Stars untuk Si Dia
Ketika MakanKalau nak makan tu, sampai-sampai restoran je, sediakan kerusi untuk si dia duduk. Belanja makan tu kemestian lah kan. Kalau boleh, bawak sinki basuh tangan tu pergi kat si dia. Kalau tak boleh, korang kena suapkan lah. Kalau korang baik, korang kunyahkan makanan tu, si dia tinggal telan je. Awww romantiknya, macam najis.
Ketika Menaiki KeretaMacam dalam filem, bukakan pintu kereta tu memang wajib lah. Tapi, jangan tutup pintu kereta tu, sebab kalau tutup, hentaman pintu tu akan menghasilkan gegaran yang mampu mengganggu si dia. So, rapatkan pintu perlahan-lahan, then seletip je lah pintu tu. Kalau pintu terbuka time layan kona/lap, redha je lah. Beli seletip yang kuat sikit. Disarankan beli seletip cap Selenge, agak kuat.
Ketika Menonton WayangUntuk keselesaan maksimum, beli tiket wayang untuk kesemua satu row tu. Contoh row K ada 10 kerusi, beli semua 10 tiket tu. So, nanti takkan ada orang lain kat row tu. Tak ke selesa tu? Kalau terlupa bawak sweater, bagi lah baju atau seluar korang lapik badan si dia. Pastikan si dia duduk di tengah-tengah ya, sebab view lawa. Korang pulak duduk kat tepi sekali, untuk mengelakkan maksiat.
P/S: Aku tak bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang bakal berlaku bila korang amalkan tips ni. Sekian, terima kasih.Ketika BerkaraokeTak kesian ke tengok si dia nyanyi? Sakit tekak kot. Jadi, korang harus nyanyikan untuk si dia. Kalau korang lelaki, buat-buat suara perempuan lah bagi pihak si dia, dan sebaliknya. Nak lagi feel, si bopren bawaklah baju kurung mak korang untuk feel lebih. Seluar dalam perempuan boleh curi jiran punya. Si dia cuma tonton dan nyanyi dalam hati je.
Monday, September 19, 2011
Tahukah Korang? #4
1. Tahukah korang, agak susah untuk manusia mengeluarkan yayik/tahi ketika iyak/berak tanpa u'uk/kencing terlebih dahulu?
2. Tahukah korang, kentut belon a.k.a kentut vagina sebenarnya tidak membatalkan wudhuk korang?
3. Tahukah korang, pemakai baju T 'Saya Sayang Mak Saya' yang kurang ajar dengan maknya patut bakar saja baju itu?
4. Tahukah korang, ayat 'Saya sedang menjalankan misi mengumpul 5000 followers. Mari ramai-ramai bersama bantu saya!' adalah lebih FFUUU daripada 'Followed you, follow me back okay'?
5. Tahukah korang, dengan melepuk kepala rakan yang baru bangun tidur mampu membawa maut kepada diri korang?
P/S: Sekarang letih gila sebab semalam sampai tadi join program uitm
Saturday, September 17, 2011
Esei UPSR : Aku Sebuah Telefon Bimbit
Thursday, September 15, 2011
Memori: Tafsir Bayi
Sunday, September 11, 2011
10 Harapan di UiTM
![]() |
Memang rupa budak CS, skema! |
1. Aku harap dapat tamatkan Degree dengan pointer 3.5 ke atas, sebab tak nak berhutang dengan PTPTN. Macam Diploma aku, MARA kata tak payah bayar.
2. Aku harap ada Kelab Muzik untuk kokorikulum, lama dah tak jamming ni. Sangapppp woii! Lagipun aku nak mantapkan ilmu dan skill drumming aku.
3. Aku harap teman kuliah aku baik-baik, dan rajin belaka, supaya aku pun akan ikut rentak diorang. Tak nak salah campur kawan, kelak binasa.
4. Aku harap takde awek cun dalam kuliah nanti, supaya boleh fokus dalam pelajaran. Lagi-lagi yang stok sanggul rambut nampak tengkuk putih, perghh! memang susah fokus.
5. Aku harap tandas fakulti aku bersih dan wangi sebab berak ialah salah satu aktiviti wajib a.k.a rutin harian aku.
6. Aku harap kafe UiTM punya makanan sedap-sedap dan murah serta menjadi tumpuan awek-awek comel lepak.
7. Aku harap peraturan pakaian kat fakulti aku tak ketat sangat sebab aku tak suka berpakaian skema macam anak haram. Perangai skema takpe, jangan outfit skema.
8. Aku harap blogger yang kenal dan tegur aku, tak ketawakan aku bila aku tersipu-sipu malu. Aku ni pemalu GILA bila kat luar.
9. Aku harap tak ditemukan jodoh di UiTM sebab aku khuatir aku akan lalai dalam pelajaran nanti. Pergh memang prinsip budak nerd sejati.
10. Aku harap tak kena cop poyo bila aku bawa iPad ke U. Motif, aku nak bagitahu korang yang aku dah beli iPad 2 petang semalam. Kahkah!
P/S: Doakan yang terbaik untuk aku ya! Aku harap aku dapat update blog macam biasa lepas ni. Aku ambil course Bachelor in Computer Science, UiTM Shah Alam.
Friday, September 09, 2011
Wednesday, September 07, 2011
Esei UPSR : Aku Sebiji Mercun
Monday, September 05, 2011
Tahukah Korang? #3
1. Tahukah korang tanpa Aidilfitri, susah untuk orang kita melafazkan perkataan 'maaf' yang biasanya digantikan dengan 'sorry' sahaja?
2. Tahukah korang dodol semakin dilupakan masyarakat Melayu kita ketika Aidilfitri dan akan pupus dalam masa 50 tahun lagi?
3. Tahukah korang Siti Saleha (Nora Elena) adalah adik kepada Sam Bunkface dan bekas awek kepada bekas penjaga gol negara, Syed Adney (adik Sharifah Sofea), selain dia adalah bekas pelajar SMK Methodist Girl School, Klang?
4. Tahukah korang, dalam dunia blog, ramai blogger menjadi talam dua muka bila dua pihak bertelagah dan menggunakan gelaran 'atas pagar' untuk nampak suci?
5. Tahukah korang, setelah dua tahun menyingle, kredit telefon yang terkumpul sekarang adalah RM130+ dan aku memang dah boleh boleh mintak 5 6 nombor telefon awek dah?
Saturday, September 03, 2011
Pantun Raya Budak Nakal
Mereka beraya naik basikal,
Diketuknya pintu rumah saya,
Okay, saya tawakal.