Monday, December 26, 2011
Friday, December 23, 2011
Esei UPSR : Gua Sepasang Kacamata Hitam
Monday, December 19, 2011
Tahukah Korang? #8
P/S: Adakah anda rasa blogger yang telah dipaksa anda untuk follow itu akan betul-betul follow setiap entry anda?1. Tahukah korang Fuuubook telah berubah rupa sebab aku ada terbaca artikel tentang blogger Indonesia yang bina tema blog seakan Facebook telah disaman oleh Facebook?
2. Tahukah korang harga kereta import di Malaysia sebenarnya sangat mahal jika dibanding dengan negara lain, kerana kerajaan mahu menjaga kepentingan Proton?
3. Tahukah korang loyar buruk a.k.a loyar taik itu bukanlah sejenis lawak, tetapi sejenis medium untuk mengharapkan penerajang?
4. Tahukah korang tak semua perempuan yang tak letak gambar sendiri di Facebook itu tidak lawa, tetapi mereka berbuat demikian kerana agama?
5. Tahukah korang follower/pembaca ramai itu memang penting, tetapi follower/pembaca setia itu lebih penting?
Thursday, December 15, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Sunday, December 11, 2011
22nd Birthday: 15 Fakta Tentang Zaim Jemain
Kalau masa anniversary blog Ayeem Ayam, ada 20 fakta blog ni, untuk birthday aku ada fakta pasal diri aku, tapi 15 je, tak sempat. :p
1. Geli dengan cicak, katak, tikus, dan segala haiwan/serangga yang tak pernah dimainkan masa kecik.2. Berhati lembut, agak mudah menitiskan air mata lagi-lagi hal yang menyebabkan emak sendiri. Tengok filem Ombak Rindu pun boleh tacing.3. Bila duduk kat rumah sewa dulu, aku function lah jugak, tapi bila duduk kat rumah, aku lebih suka spend time dengan family je.4. Lepas dapat lesen 4 tahun lalu, bertahun jugak tak drive sampaikan dah takut terus nak drive, tapi sekarang dah drive macam biasa.5. Pernah try merokok sepam masa kecik, atas dasar perasaan ingin tahu, tapi alhamdulillah tak berminat dengan rasa dan baunya.6. Selama ni couple jarak jauh saje, tak pernah dating seumur hidup.7. Sangat-sangat pemalu dengan perempuan bila di alam realiti, kat alam maya boleh lah huha huha, bila jumpa tersipu-sipu.8. Selalunya menepati janji dan tak mudah berjanji.9. Penjimat sehingga selalu digelar cashier oleh mak.10. Kuat berak dan mudah mengeluarkan angin.11. Agak lambat mesra bila dapat kawan baru.12. Suka dengar cerita hantu, lepas tu takut-takut nak pergi jamban.
13. Tak suka menggila-gila tak kena tempat dan masa. Ada masa aku serius.
14. Dari first time ada akaun Facebook lagi aku memang tak suka online chat Facebook kerana mahukan privasi.
15. Lemah dalam meng'keep-in-touch' dengan rakan lama.
Thursday, December 08, 2011
Malam yang Sepi
P/S: Pak Mat memang cekal, tapi yang haram pun dibedal. Entri merepek tanpa motif
Thursday, December 01, 2011
Facebook: Hotty vs Hottak
Hotty, a.k.a hot stuff punya wall beza sangat dengan wall hottak a.k.a budak tak hot.
Relationship
Status
Photo
P/S: Bilangan komen dan likes tak bawak masuk kubur pun.
Monday, November 28, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Tahukah Korang? #7
P/S: Bestnya minggu ni ada dua game bola yang besar.1. Tahukah korang, bila dilihat melalui cara permainan, Ferdinand Sinaga (FS) sebenarnya adalah Fakri Saarani (FS) versi Indonesia, dan mereka mungkin selalu berhubung melalui Friendster (FS) dan Formspring (FS)?
2. Tahukah korang, penyokong fanatik bolasepak Garu Dada sememangnya tidak bertamadun, tetapi mereka tidak bermain mercun serta membaling botol seperti penyokong kita?
3. Tahukah korang, nguapan sebenarnya mampu berjangkit melalui cahaya, di mana bila korang terpandang seseorang yang sedang menguap, kebarangkalian korang untuk menguap sama adalah tinggi?
4. Tahukah korang, masa aku sekolah menengah dulu, aku seorang yang boleh dilabelkan sebagai gelap hampir kelabu, tetapi semenjak memakai sabun betik kaler oren, kulit aku dah kurang kenegroan?
5. Tahukah korang, aku baru sedar perkataan 'kbai' itu sangat gedik dan tak sesuai langsung digunakan untuk lelaki?
Friday, November 18, 2011
10 Pesanan untuk Penanda Kertas
Dari zaman sekolah, sampai zaman kolej, sampai zaman U guru serta lecturer aku dah banyak kali cerita pasal pesanan, ayat-ayat kasihan yang ditulis pelajar dalam kertas jawapan exam diorang. Memang ada yang jenis suka mengayat-ayat ni, tapi aku memang tak pernah lah. Antara pesanan yang mungkin pelajar akan tulis:
1. *saya tak ingat jalan kerja ;(2. *maaf, tulisan saya buruk. saya harap puan/tuan jangan tanda kertas saya ketika PMS. Terima kasih3. *calculator saya habis bateri. Semua tergendala.4. *saya tertidur malam tadi, tak dapat study betul-betul. Harap kesiankan saya. Terima kasih5. *ibu saya kata kalau kita tolong orang, banyak pahalanya. Tolong saya bagi extra mark ya. Terima kasih6. *sila contact 012-3456789, saya akan bayar untuk markah A. Terima kasih7. *jari saya digigit hamster peliharaan semalam. Saya tak dapat menulis dengan normal, sebab tu banyak yang tak terjawab. Tak sempat! Harap saya diberi keistimewaan. Terima kasih8. *saya tengah period ni. Nak jawab exam pun takde mood. Harap puan/tuan faham keadaan saya. Terima kasih9. *dewan peperiksaan ni terlalu sejuk. Beku otak saya! Salahkan pihak kolej, jangan salahkan jawapan saya!10. *kalau lu bagi FAIL untuk paper wa ni, nahas lu! Jangan ingat wa tak kenal lu!
Wednesday, November 16, 2011
Facebook: Manusia Hot di Facebook
Nama ProfileLetak lah nama yang bunyi macam orang putih sikit. Adinda Evans ke, Kakanda Van Mar Yutt ke, Daniel Cullen ke, Fakhri Heineken ke, Senah Bieber ke, atau yang terbaru Kelabuson Chance. Baru lah urban sikit ye tak?
FULLLetakkan (FULL) di belakang nama, sebagai contoh Rosnah Sidek (FULL). Kalau nak nampak lagi hot gila dan poyo, letak lah Rosnah Sidek (FULL YOU FOOL! FFUUU). Nampak kawaii pulak, boleh letak nama Rosnah Sidek (~FULL HOUSE<3). Walaupun akaun belum FULL, letak jugak sebab ia akan menambahkan keinginan orang untuk add.
Profile PictureUntuk profile picture boleh letak gambar photoshoot. Mahal tu! Naik 500% saham kalau ada gambar photoshoot ala model. Lelaki perempuan boleh, tapi laki seeloknya bergambar bersama DSLR. Naik saham jugak. Budak sekolah boleh bergambar depan cermin jamban Pavilion atau R&R Seremban.
Profile InfoWajib letak ayat-ayat seperti "I wont approve people who i dont know, because my father marah" atau "You add you talk, or else I will kick your butt". Ada juga yang buat karangan seperti "hai hai ! awak stalker? haaa add lah cepat. meh meh stalk life saya meh. Saya suka sangat. :) awak tak kenal saya? Awak ingat saya kenal awak? dah dah tak payah add. pergi carik orang lain je lah :)"
StatusStatus juga mempengaruhi tahap kehotan anda, contohnya "Ada 3056 friend request, nak approve ke tak nak ya?" atau "Sedang mendelete beberapa manusia yang saya tak kenal" atau mungkin juga "Tadi pergi Jusco terserempak dengan David Arumugam, pandang I macam dah lama menduda. Puhlease!".
WallPrivatekan wall biar orang lain tak boleh tulis. Artis busy maa, mana boleh kacau maaa. Saya ada banyak photoshoot maa.
Monday, November 14, 2011
12 Teknik Meniru Ketika Exam
1. Tunjukkan 2 jari kepada rakan, bermaksud nak tahu jawapan kepada soalan nombor dua. Rakan membalas dengan tegakkan 3 jari bermaksud jawapannya C.
2. Lontar gumpalan kertas tertulis nombor soalan kepada rakan. Lepas rakan tulis jawapan atas kertas tu, lontar semula.
3. SMS rakan untuk tanya dan bagi jawapan.
4. Pinjamkan terus kertas kajang/jawapan tu kat rakan untuk disalin bulat-bulat.
5. Menconteng keyword atau formula pada meja.
6. Menyimpan nota kecil di bawah meja, dalam baju, seluar atau stokin.
1. Letakkan kerusi di sebelah budak pandai dan berkongsi meja dengannya untuk menyalin jawapan. Pedulikan apa kata orang sekeliling.P/S: Goodluck untuk SPM candidates. Jangan meniru ya! melainkan subjek addmath.
2. Lontar kapal terbang kertas yang tertulis nombor soalan berserta sekeping wang kertas RM5 di dalamnya sebagai upah.
3. Buat BlackBerryMessenger group kemudian berbincang ramai-ramai di situ.
4. Minta kebenaran pengawas untuk pinjam kertas jawapan rakan.
5. Tulis keyword atau formula pada dahi, kemudian suruh pengawas peperiksaan bacakan bila perlu.
6. Sorokkan nota kecil dalam lubang hidung. Ikat nota dengan bulu hidung untuk mengelakkan terjatuh.
Friday, November 11, 2011
5 Detik Istimewa Pada 11.11.11
Couple
Kalau susah sangat nak cari calon, carilah sukarelawan/sukarelawati untuk kapel sehari. Sabtu nanti clash lah. Kapel 11 minit pun jadi lah. Nanti boleh cerita pada anak cucu, buat entry atau buat novel terus.
Kahwin
Kahwin dengan 11 persalinan, 11 jenis lauk. Tapi kalau dah takde bajet tu, jangan paksa diri nak 'kahwin' jugak, siap pergi hotel murah bagai. Gilo! Baik pergi solat Jumaat lah kau.
Sunat
Cuti sekolah pun dah mula, memang elok lah kalau nak sunat. Yang dah sunat, kalau nak sunat buat kali kedua apa salahnya. Bagi pink sikit, coklat tak rare. Kalau nak sunat tu, pesan kat doktor, buang hanya 11mm kulit sahaja.
Beranak
Kalau belum sampai masa, push push jugak sambil pakai pashmina. Lagi best kalau dapat kembar 11. Yang baru 5-6 bulan, boleh lah dibedah perut tu.
Mati
Mati jangan dibuat main-main. Tapi kalau dah korang fanatik sangat dengan nombor 11 tu, boleh lah terjun KLCC dari tingkat 11, atau minum 11 large slurpee 7Eleven sampai meletup perut.
Wednesday, November 09, 2011
Facebook: Jenis - Jenis Status Facebook
Program Makan-Makan
"Dekat McD sekarang, tengah tunggu waiter datang ambik order, dah sejam dah!"
"Roti bakar Old Town berada dalam genggaman"
"Makan megi je hari ni, semalam kena rompak"
Diari Harian
"Tadi singgah 7 Eleven, ingat nak cari perfume D&G, tapi takde jual pulak"
"Awok, esok-esok kitew jumpew lagiew okayh! Best detim dengan awok tadiew"
"Malam ni ingat nak buat latihan Matematik, tapi mate saya nak matik. Zzzzz"
Emosi Menguasai
"Weh kau ingat aku nak sangat ke balak kau tu?? Pergi mampos lah!"
"Aku mintak kuah dhal, kau bagi kuah kari! Jilake punye mamak!"
"Fak punya Menyu! 6-1 agak-agak lah woi! Bakar jersi lah esok!"
Buat Duit
"Sesiapa nak produk Minyak Kepala Janda boleh contact saya"
"Login Facebook Dapat RM100! Apa tunggu lagi! Jomlah kena tipu dengan saya"
"Semenjak amalkan jus Vennak, saya dapat rasakan berat badan berkurang, sebab dompet saya menipis kot"
Semua Benda Nak Cerita
"Seharian saya tak berak, rasa bersalah pulak."
"Tadi masa saya makan nasi, saya tergigit cili. Hahahahaha!"
"Lupa lah nak potong kuku hari Jumaat semalam. Tak dapat pahala sunat"
Privasi Melampau
"Sakit perut aih, nak period lah ni, ke salah makan eh. Ermm"
"Baru je lepas buat test breast cancer depan cermin. Negative!"
"Baru lepas layan Awakjizz, pergh puas!"
Monday, November 07, 2011
Thursday, November 03, 2011
Hipotesis Kehidupan #1
1. Semakin banyak entri segmen bersama blogger di dalam sesebuah blog, semakin malas pembaca nak meneruskan pembacaan entri-entri lain.p/s: Segmen baru lagi, proses menjana dan mengembangkan idea.
2. Semakin lawa/hensem kekasih korang, semakin susah nak jaga.
3. Semakin hot seorang perempuan itu, semakin banyak likes di status Facebooknya.
4. Semakin tebal poket lelaki, semakin ramai awek di keliling pinggangnya.
5. Semakin tinggi skirt perempuan, semakin terbeliak mata lelaki.
6. Semakin gelap tempat couple dating, semakin aktif jari jemari mereka bergerak.
7. Semakin terer bini masak, semakin bulat perut suami.
8. Semakin bulat perut suami, semakin menyerlah kesugardaddyannya.
9. Semakin hari semakin serasi, bagai pagi dengan sinar matahari *cuba teka lirik apa?*
10. Semakin banyak hipotesis aku buat, semakin ramai yang sentap.
Monday, October 31, 2011
Memori: Main Api
Friday, October 28, 2011
Peribahasa Moden #1
Luncai terjun dengan balu-balunyaSeorang lelaki bergelar zombi yang mengajak balu-balunya mati bersama dengan terjun KB Mall sekali gus.
Sesal dahulu pendapatan, sesal sekarang tiada lagiSeorang pelumba motor professional yang menyesal dengan pendapatan/gaji dahulunya sebagai seorang rider Pizza yang cecah hanya RM800 sebulan, tetapi sekarang dah RM8000.
Melepaskan atuk di tanggaSeorang cucu yang kurang ajar dengan melepaskan pimpinan terhadap atuknya yang lumpuh sebelah kiri ketika menaiki tangga.
Bara yang digenggam biar sampai kenyang perutSeorang darurat kebulur yang menggenggam bara untuk memanggang tangannya sendiri untuk dimakan.
Bapa kencing mencangkung, anak kencing berbaringSeorang anak yang terpaksa kencing berbaring (berada di hospital) kerana terlanggar pokok ketika berbasikal bagi mengelakkan diri dari melanggar bapanya yang kencing mencangkung di dalam semak.
Wednesday, October 26, 2011
Tahukah Korang? #6
P/S: Dua tiga kucing berlari, happy happy Deepavali.1. Tahukah korang, bila seorang penunggang motorsikal lalu di sebelah pemotong rumput yang sedang memotong rumput, mata penunggang itu akan terkebil-kebil?
2. Tahukah korang, aku minat Nora Danish semenjak pertama kali aku nampak dia dalam iklan Hotlink 7 tahun lepas (masa tu belum jadi pelakon lagi)?
3. Tahukah korang, aku pernah beraya Deepavali di rumah classmate aku 2 tahun lepas dan ayam rendang ibunya lebih sedap daripada kebanyakan yang orang Melayu buat?
4. Tahukah korang, minum clorox dan makan kapur cikgu tidak akan memutihkan kulit korang tetapi dapat memutihkan tubuh korang dengan balutan kafan?
5. Tahukah korang, blogger yang buat tutorial lah yang harus dipersalahkan di atas kemunculan blog-blog overweight?
Friday, October 21, 2011
Esei UPSR : Saya Sebatang Pembaris
Monday, October 17, 2011
Friday, October 14, 2011
Super Skema
![]() |
gambarajah 11.1 |
1. Seorang otaku (die hard fan anime/manga, games).Fakta Skema:
2. Tak pernah beli/memiliki/memakai seluar jeans.
3. Baju shirtnya besar gabak, bukan cutting polo.
4. Kasut jalannya adalah sejenis kasut sukan, bukan sneakers.
5. Bila berjumpa teman baru, dia akan ucap "Selamat berkenalan, nama saya...".
6. Bila berborak dengannya, korang akan rasa mengantuk.
7. Bila dia buat lawak, dia akan ketawa sensorang.
8. Bila teman melucah, dia akan sengih sambil berkata "Haha kepala otak awak!".
P/S: Aku suka perempuan yang skema (baik), tapi masih ada sense of style.1. Budak sekolah perempuan pulak, yang pakai Bata tak semestinya skema, sebab yang hotties pakai Bata style biasanya. Yang pakai Converse style pulak, biasanya ramai minah rempit/banjir. Masa zaman aku lah, sekarang tak tahu.2. Braces (pendakap gigi) asalnya ramai budak skema je yang pakai, tapi bila dah ramai hotties yang pakai, ia kemudiannya dianggap sesuatu yang cool.3. FSKM (Fakulti Sains Komputer & Matematik) UiTM juga digelar FSKMa.
Tuesday, October 11, 2011
Tahukah Korang? #5
1. Tahukah korang, jajan/snek yang aku paling gemar tapi dah pupus adalah snek sayur Double Decker yang kaler hijau bentuk macam # tu?
2. Tahukah korang, setengah daripada blogger yang komen tak baca sampai habis pun entry korang, tapi kebanyakannya yang silent read akan baca penuh entry korang?
3. Tahukah korang, bertudung itu tidak mengurangkan sedikit pun kecantikan korang malah menambahkan keayuan, seperti Irma dan Wardina?
4. Tahukah korang, Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya?
5. Tahukah korang, 30% lelaki di dunia ini mempunyai moobs a.k.a man boobs dan aku adalah salah seorang daripada 30% itu?
Sunday, October 09, 2011
Memori: Bhai Roti
Friday, October 07, 2011
Tegur Tiak Tengik
"Nyaman sungguh udara kat sini. Hijau tak muka aku?" *time sebut nyaman tu, tinggikan suara sikit, dan beliak bulatkan mata*
"Bila aku tengok chicken wings ni, teringat pulak aku kat ketiak pak cik aku. Tak selera pulak aku nak makan weh. Hang nak?"
"Nah, deodorant ni aku dapat kat dalam hamper semalam. Aku menang peraduan mewarna. Ambil lah, aku dah ada banyak deodorant dah."
"Ketiak dalam bahasa omputih apa eh? Lupa lah, rempit ke samprit eh?" *buat-buat tengah type mesej dalam henfon*
Sambil menulis karangan: "Ke... ti... ak, eh, ketiak pulak. Nak tulis ketika. Liquid paper puhlease."
P/S: Pernah dengar mitos, perempuan mampu teransang dengan bau ketiak lelaki. Aku nak buang deodorant aku lah kalau gitu!"Kau ratah bawang sebagai snek eh malam tadi time tonton Cakeralama TV33?"
"Bau apa ni eh? Macam bau ketiak jiran aku lah. Jauh bebenar sampai ke sini bau nya!"
"Kau pakai deodorant yang roll tu ke, yang macam gincu tu? Saje je tanya."
"Dah lebih sebulan, asyik aku je bau ketiak kau. Meh sini bau aku punye pulak"
"Kau sapu kunyit ke kat ketiak kau ni?"
Wednesday, October 05, 2011
Manusia Takkan Pernah Puas
1. Yang gemuk minum jus mate 5 sebab nak kurus. Yang kurus pulak minum Appeton Gain Weight sebab nak gemukkan badan sikit.
2. Cina nak mata besar sebab nampak kawaii, yang melayu pulak nak mata sepet macam amoi so that boleh letak nama Facebook "AhMoY cUmElz".
3. Bila single, rasa sunyi, rasa nak couple. Tapi bila dah couple, rasa terganggu, rasa nak single pulak.
4. Bila perempuan tu tak bertudung, orang lain mengumpat-ngumpat cakap pasal dosa. Bila perempuan tu dah bertudung ngumpat-ngumpat pasal niat/keikhlasan bertudung pulak.
5. Bila Ayeem Ayam melucah, ngumpat-ngumpat "Tak tahu malu betul". Bila Ayeem Ayam dah berhenti melucah, "Hipokrit lah mamat tu". *rekaan, takde kena mengena dengan sesiapa.
6. Bila hujan, marahkan hujan, jam lah, basah lah. Bila panas terik, mintak hujan turun pulak.
7. Bila berak cair (cirit birit) salahkan yayik, bila berak keras (sembelit) pun salahkan yayik.
8. Bila dah kerja, rasa macam nak study balik. Bila dah study balik, tension rasa nak kerja balik pulak.
Monday, October 03, 2011
Friday, September 30, 2011
Esei UPSR : I Sehelai Spender
Wednesday, September 28, 2011
Blogging Tips #1 - Nama, Nama dan Nama
Contoh untuk 3 nama yang sama
Nama watak : Ali Pailang
Nama blog : Ali Pailang
Nama url : alipailang.com
Contoh untuk 3 nama yang tak sama
Nama watak : Ali Mamax
Nama blog : Roti Canai Itu Menggemokkan
Nama url : makankarimembawahapakketiak.blogspot.com
Jangan letak nama yang bersifat sementara. Contohnya aiman2011.com (tahun depan takkan nak tukar aiman2012.com pulak?), shahsayangrosnah.com (kalau dah breakup camne?), ciknenas.com (kalau dah kahwin nak kena tukar puannenas.com pulak?) dan lain-lain. Memang lah korang takkan ubah, tapi macam tak best lah bila nama blog tu dah tak sync dengan kehidupan semasa kan.
Jangan letak tanda "!", "~", dan sewaktu dengannya kat nama blog. Aku tahu ramai letak "!" kat depan nama blog sebab nak duduk kat ataaaaaaas sekali bila dalam reading list/dashboard Blogger.com. Kan kan? Tapi macam kurang formal lah. Ada ke Facebook buat !~Facebook~!? Of course not. Follow yang professional lah.
Jangan letak huruf kEcIk bEsAr dan ejaan pewliks-pewlieks kat nama blog dan nama watak korang. Sangat lah tak formal. Aku gunakan formal instead of professional sebab professional tu macam poyo sangat. Blog Wordpress boleh lah dapat title professional. Haha.
Jangan letak effect kat nama blog korang. Contohnya, efek tulisan bergerak ke, letak mesej tambahan ke, letak efek typing ke. Bab ni, boleh rujuk nama blog (pada tab) terok.ayeemayam.com.
Monday, September 26, 2011
Cantik Mana Pun Dikau
01. Cantik mana pun dikau, kalau korek-korek hidung ada timah kelabu jugak.
02. Cantik mana pun dikau, kalau lepas makan ada tahi gigi jugak.
03. Cantik mana pun dikau, kalau kena hujan tetap basah jugak.
04. Cantik mana pun dikau, kalau berpeluh celah-celahan bau hamis jugak.
05. Cantik mana pun dikau, kalau pinjam PTPTN kena bayar balik jugak.
06. Cantik mana pun dikau, kalau gagal pelajaran kena marah dengan mak jugak.
07. Cantik mana pun dikau, kalau duduk tepi buaya kena baham jugak.
08. Cantik mana pun dikau, kalau jatuh motor kepala benjol jugak.
09. Cantik mana pun dikau, kalau kentut senyap-panas bau telur jugak.
10. Cantik mana pun dikau, kalau naik bas RapidKL kena bayar RM1 jugak.
11. Cantik mana pun dikau, kalau kencing kena cangkung/duduk jugak.
12. Cantik mana pun dikau, kalau mengandung perut besar jugak.
13. Cantik mana pun dikau, kalau call boyfriend guna telefon rumah kena caj jugak.
14. Cantik mana pun dikau, kalau kena sakat hantu esoknya demam jugak.
15. Cantik mana pun dikau, rupa kau tu pinjaman Allah jugak.
P/S: Hai perempuan cantik, sentap tak? Kalau sentap, jom kapel dengan abang.
Friday, September 23, 2011
Memori: Kencing Masin
Tuesday, September 20, 2011
Layanan 5 Stars untuk Si Dia
Ketika MakanKalau nak makan tu, sampai-sampai restoran je, sediakan kerusi untuk si dia duduk. Belanja makan tu kemestian lah kan. Kalau boleh, bawak sinki basuh tangan tu pergi kat si dia. Kalau tak boleh, korang kena suapkan lah. Kalau korang baik, korang kunyahkan makanan tu, si dia tinggal telan je. Awww romantiknya, macam najis.
Ketika Menaiki KeretaMacam dalam filem, bukakan pintu kereta tu memang wajib lah. Tapi, jangan tutup pintu kereta tu, sebab kalau tutup, hentaman pintu tu akan menghasilkan gegaran yang mampu mengganggu si dia. So, rapatkan pintu perlahan-lahan, then seletip je lah pintu tu. Kalau pintu terbuka time layan kona/lap, redha je lah. Beli seletip yang kuat sikit. Disarankan beli seletip cap Selenge, agak kuat.
Ketika Menonton WayangUntuk keselesaan maksimum, beli tiket wayang untuk kesemua satu row tu. Contoh row K ada 10 kerusi, beli semua 10 tiket tu. So, nanti takkan ada orang lain kat row tu. Tak ke selesa tu? Kalau terlupa bawak sweater, bagi lah baju atau seluar korang lapik badan si dia. Pastikan si dia duduk di tengah-tengah ya, sebab view lawa. Korang pulak duduk kat tepi sekali, untuk mengelakkan maksiat.
P/S: Aku tak bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang bakal berlaku bila korang amalkan tips ni. Sekian, terima kasih.Ketika BerkaraokeTak kesian ke tengok si dia nyanyi? Sakit tekak kot. Jadi, korang harus nyanyikan untuk si dia. Kalau korang lelaki, buat-buat suara perempuan lah bagi pihak si dia, dan sebaliknya. Nak lagi feel, si bopren bawaklah baju kurung mak korang untuk feel lebih. Seluar dalam perempuan boleh curi jiran punya. Si dia cuma tonton dan nyanyi dalam hati je.
Monday, September 19, 2011
Tahukah Korang? #4
1. Tahukah korang, agak susah untuk manusia mengeluarkan yayik/tahi ketika iyak/berak tanpa u'uk/kencing terlebih dahulu?
2. Tahukah korang, kentut belon a.k.a kentut vagina sebenarnya tidak membatalkan wudhuk korang?
3. Tahukah korang, pemakai baju T 'Saya Sayang Mak Saya' yang kurang ajar dengan maknya patut bakar saja baju itu?
4. Tahukah korang, ayat 'Saya sedang menjalankan misi mengumpul 5000 followers. Mari ramai-ramai bersama bantu saya!' adalah lebih FFUUU daripada 'Followed you, follow me back okay'?
5. Tahukah korang, dengan melepuk kepala rakan yang baru bangun tidur mampu membawa maut kepada diri korang?
P/S: Sekarang letih gila sebab semalam sampai tadi join program uitm
Saturday, September 17, 2011
Esei UPSR : Aku Sebuah Telefon Bimbit
Thursday, September 15, 2011
Memori: Tafsir Bayi
Sunday, September 11, 2011
10 Harapan di UiTM
![]() |
Memang rupa budak CS, skema! |
1. Aku harap dapat tamatkan Degree dengan pointer 3.5 ke atas, sebab tak nak berhutang dengan PTPTN. Macam Diploma aku, MARA kata tak payah bayar.
2. Aku harap ada Kelab Muzik untuk kokorikulum, lama dah tak jamming ni. Sangapppp woii! Lagipun aku nak mantapkan ilmu dan skill drumming aku.
3. Aku harap teman kuliah aku baik-baik, dan rajin belaka, supaya aku pun akan ikut rentak diorang. Tak nak salah campur kawan, kelak binasa.
4. Aku harap takde awek cun dalam kuliah nanti, supaya boleh fokus dalam pelajaran. Lagi-lagi yang stok sanggul rambut nampak tengkuk putih, perghh! memang susah fokus.
5. Aku harap tandas fakulti aku bersih dan wangi sebab berak ialah salah satu aktiviti wajib a.k.a rutin harian aku.
6. Aku harap kafe UiTM punya makanan sedap-sedap dan murah serta menjadi tumpuan awek-awek comel lepak.
7. Aku harap peraturan pakaian kat fakulti aku tak ketat sangat sebab aku tak suka berpakaian skema macam anak haram. Perangai skema takpe, jangan outfit skema.
8. Aku harap blogger yang kenal dan tegur aku, tak ketawakan aku bila aku tersipu-sipu malu. Aku ni pemalu GILA bila kat luar.
9. Aku harap tak ditemukan jodoh di UiTM sebab aku khuatir aku akan lalai dalam pelajaran nanti. Pergh memang prinsip budak nerd sejati.
10. Aku harap tak kena cop poyo bila aku bawa iPad ke U. Motif, aku nak bagitahu korang yang aku dah beli iPad 2 petang semalam. Kahkah!
P/S: Doakan yang terbaik untuk aku ya! Aku harap aku dapat update blog macam biasa lepas ni. Aku ambil course Bachelor in Computer Science, UiTM Shah Alam.
Friday, September 09, 2011
Wednesday, September 07, 2011
Esei UPSR : Aku Sebiji Mercun
Monday, September 05, 2011
Tahukah Korang? #3
1. Tahukah korang tanpa Aidilfitri, susah untuk orang kita melafazkan perkataan 'maaf' yang biasanya digantikan dengan 'sorry' sahaja?
2. Tahukah korang dodol semakin dilupakan masyarakat Melayu kita ketika Aidilfitri dan akan pupus dalam masa 50 tahun lagi?
3. Tahukah korang Siti Saleha (Nora Elena) adalah adik kepada Sam Bunkface dan bekas awek kepada bekas penjaga gol negara, Syed Adney (adik Sharifah Sofea), selain dia adalah bekas pelajar SMK Methodist Girl School, Klang?
4. Tahukah korang, dalam dunia blog, ramai blogger menjadi talam dua muka bila dua pihak bertelagah dan menggunakan gelaran 'atas pagar' untuk nampak suci?
5. Tahukah korang, setelah dua tahun menyingle, kredit telefon yang terkumpul sekarang adalah RM130+ dan aku memang dah boleh boleh mintak 5 6 nombor telefon awek dah?
Saturday, September 03, 2011
Pantun Raya Budak Nakal
Mereka beraya naik basikal,
Diketuknya pintu rumah saya,
Okay, saya tawakal.
Thursday, September 01, 2011
Evolusi Kuih Raya
Tuesday, August 30, 2011
Sunday, August 28, 2011
Ada yang Cun, Tapi...
Ada yang cun, tapi takde respon, langsung tak layan aku.
Ada yang cun, ada respon, tapi kadang-kadang macam takde respon.
Ada yang cun, ada respon, tapi umurnya lebih tua dari aku.
Ada yang cun, ada respon, tapi pelajarannya lebih tinggi dari aku.
Ada yang cun, ada respon, tapi bukan main tinggi lampai.
Ada yang cun, ada respon, tapi dah berpunya.
Ada yang cun, ada respon, tapi susah nak lupakan bekas kekasihnya.
Ada yang cun, ada respon, tapi kegedikannya melampau.
Ada yang cun, ada respon, tapi suka layan laki sana sini.
Ada yang cun, ada respon, tapi terlalu nun jauh di Borneo.
Ada yang cun, ada respon, tapi ada sikap pengikis.
Ada yang cun, ada respon, tapi suka keluar malam.
Ada yang cun, ada respon, tapi terima aku sebagai Ayeem Ayam, bukan Muhd Zaim.
Ada yang just nice, perangai dan personalitinya pun just nice. Niceeeeee!
Tak perlu yang terlalu sempurna semuanya, cukuplah yang just nice.
Tak salah rasanya berjiwang time-time nak raya gini. Kalau orang lain nak ada kereta raya, baju raya, kasut raya, langsir raya, aku nak awek raya. Haha
P/S: Letak flash raya dalam entri korang kalau nak.
Friday, August 26, 2011
Mercun Hebat Rekaanku
P/S: Mak aku baca kad raya aku yang tak senonoh pagi semalam.
Wednesday, August 24, 2011
Koleksi Kucing Aku
![]() |
Kecantikan hak milik setiap insan |
Harga : Percuma (kutip)
Berat : 1KG+
- Yang paling manja antara 3.
- Kucing liar yang adik aku kutip di UiTM Sri Iskandar. Asal Peghak Yob
- Bermusuh dengan anaknya, Norms selepas Norms dikasi. Kenapa eh?
![]() |
Muka macho kalung pink. FAIL! |
Asal : UiTM, Sri Iskandar (Angsana)
Harga : Percuma (kutip)
Status : Bujang forever, dikasi
Berat : 4KG+
Cita-Cita : Penarik kereta
Hobi : Intai orang mandi, berak (tunggu depan pintu bilik air)
Kemuraian mulut : Sangat bising
Info Tambahan:
- Nama diberi oleh seorang model berasal dari Sabah, Rounnah Beb a.k.a kawan kolej adik aku dulu.
- Dinamakan bersempena pelajar UiTM yang hensem bernama Norman.
![]() |
Nanak lah, aye malu lah |
Asal : Klinik di Kota Kemuning
Harga : RM30
Status : Dara (selamanya kot)
Berat : 2KG+
Cita-Cita : Duta Whiskas
Hobi : Kencing depan jamban
Kemuraian Mulut : Sangat perlahan dan susah untuk keluarkan suara
Info Tambahan :
- Dibeli oleh abang aku. Klinik tu jual murah sebab Mimi kucing terbiar kot. Murah kan kucing parsi RM30?
- Kalau pasir penuh tahi, dia akan kencing/berak depan jamban. Sangat pembersih lah konon?
Mereka ni batch yang special. Kalau dulu kucing-kucing aku memang kampung habis makan tulang apa semua. Dikasi/buang peranakan pun tak. Tapi batch ni memang jaga elok sikit lah. Makan pun friskies je. Friskies pun cukup lah. Nak beli makanan dari klinik tu macam mahal pulak. Mereka ni kalau tuan-tuannya makan pun, tak kacau. Mimi lagi special sebab dia first persian cat yang pernah kami bela.