Tuesday, May 31, 2011

Pakaikanku Baju

Korang yang perempuan mesti suka main permainan cardboard yang tukar-tukar pakaian tu kan? Nah aku create khas untuk korang. Suka tak? Kekeke. Pisang dan pear dah hilang, beruk curi. Korang suka padanan top dan bottom yang mana? Hehe



P/S: Printscreen dan tepeklah photo pada wall Ayeem Ayam padanan top dan bottom kesukaan korang. Lagi pelik, lagi cool! Haha. Thanks! :D



Sunday, May 29, 2011

Balak Bawak Handbag

Korang pernah tak tengok laki bawak handbag perempuan? Eh, bukan yang tuuu. Bukan yang jalan-jalan dengan teman-teman dia tu, yang tu bapok. Ni yang jalan dengan teman wanitanya. Pernah tak? Aku banyak kali, tapi aku masih tertanya-tanya, kenapa dia buat macam tu. So, banyak kemungkinan sebenarnya. Antaranya:
Queen Control
Si awek melayan balaknya macam hamba abdi Abby Abadi duta Adabi. Kalau ada shopping bag apa bagai, bagi balak dia bawak sensorang, si awek jalan lenggang kangkung. Nasi kangkang punya awek!
Nampak Gentle
Si balak offer awek untuk bawak bag tu. Nampak gentle lah kononnya di mata orang. Padahal dalam hati "Heh, kau ingat aku ni gentle sangat ke? Aku gentle ni pun nak balasan lah. Sebab aku nak gentel kau nanti dalam pawagam".
Masalah Kesihatan
Mungkin jugak si awek tengah demam ke. Tak pun tahap metabolisme si awek yang amat tinggi yang menyebabkan ketiaknya cepat berpeluh. Silap-silap bertakung peluh dalam handbag tu. Siap ada ikan koi lagi, berenang riang.
Menegapkan Badan
Handbag perempuan pun boleh berfungsi sebagai dumbell/pengangkat berat. Si balak pun mengambil kesempatan untuk mengetafkan lengan tanpa perlu ke gimnasium. Al-maklumlah, dalam handbag perempuan macam-macam ada. Kosmetik, botol plastik, handphone, notebook, printer, iPad, haiwan peliharaan dan macam-macam lagi. Total mahu 10kg.
Mengelak Dari Penjenayah
Balak bawak sebab nak mengelakkan bag dari diragut. Tapi kalau balak lemah, sama jugak. Selain tu, bag boleh jugak dijadikan pelindung dari disimbah asid. Biar awek dia sorang yang kena asid. Biawak punya balak!
Tapi apa-apa hal pun, aku tak fikir itu sesuatu yang cool. Harap awek aku tak suruh bawak handbag dia nanti. Tapi kalau dah merajuk nak buat camne kan. Sayang punya pasal. Tapi ingat, aku nak kan balasan. Lalala. Haha gurau je, kalau korang percaya, nescaya korang gila.



Friday, May 27, 2011

Pengalaman Dan Masa Depan

24 Mei 2010, tanggal aku setat kerja di company N yang dimiliki seorang wanita berpangkat Dr. Company tu adalah company multimedia islamik yang produce komik, animasi, dan game. Aku tercampak di bawah game department dan menjawat jawatan sebagai 'Game Artist', dengan tugas menghasilkan objek/lukisan/animasi yang nak digunakan dalam game.

26 Mei 2011, tanggal aku bekerja untuk hari terakhirnya sebab aku memang target nak kerja selama setahun je. Shino dah berhenti sebulan seminggu lebih awal, dan Robot dah berhenti sebulan lebih awal. Ikut hati nak berhenti sama sebab agak kesunyian, tapi tak cukup setahun lagi. Takpe lah, redah je lah.

27 Mei 2011, aku dah bebas! Yeeha! Dan rancangan aku nak sambung study bulan 9 ni. Minta-minta permohonan aku diluluskan. Amin. Buat masa sekarang, sila jangan panggil aku penganggur. Tak sedap lah. Panggil aku Blogger Sepenuh Masa. Haha. Sedap sikit bunyi. :p

Apa aku nak buat sepanjang 3 bulan ni?
1. Mahirkan Adobe Illustrator. Adobe Illustrator + Adobe Flash = Kebabo!
2. Belajar basic Adobe PS, AE dan Joomla
3. Buat promosi untuk header untuk sara hidup
4. Berkarya sepuasnya di 6 buah blog aku
5. Berak dan tido puas-puas! Wohooo!

Apa yang aku dapat bila bekerja di company N?
1. Dapat kenal kawan-kawan yang cool. Ramai pekerja melayu, seronok lah kan.
2. Dapat jumpa dan kenal dengan anak lelaki Ustaz Azhar Idrus. Rare chance!
3. Dapat mahirkan pengetahuan flash sehingga 95%.
4. Dapat improve Object Oriented Programming skill & knowledge aku.
5. Dapat improve speaking skill aku, sebab aku bekerja dengan pelbagai bangsa, dari Iran, Turkey, Somalia, France, dan macam-macam lagi.
6. Dapat melawat Sekolah Henry Gurney, Melaka. Rare!
7. Dapat beramah mesra dengan orang asli di Gombak. Rare!

Kenapa aku kerja setahun then baru sambung study?
Sebab nak cari pengalaman. Bila grad degree, aku ada both degree and pengalaman, memang value jadi lebih tinggi lah. Dan bila aku study untuk degree aku nanti, aku lebih fokus, sebab dah tahu part mana yang penting. Pengalaman bekerja dengan teori time belajar memang berbeza.

Aku sangat berterima kasih kat boss aku sebab terima aku bekerja walaupun freshy. Kepada bekas rakan-rakan seofis (member ofis aku memang baca blog aku), jaga Dr. elok-elok. Kekeke. Apa-apa hal pun aku tetap kesal sebab minggu depan, ada indonesian fashionista yang comel berpraktikal kat situ. FFFUUUUU!


P/S: Nak tengok hasil kerja aku (game artist), Shino (programmer) dan team mate lain? MAIN GAME NI. Aku yakin ramai takkan faham macam mana nak main. Kalau tak faham, jangan tanya aku. Letih! Haha. Kalau ada error, buat bodoh je. Haha. Dr. mesti happy sebab trafik tinggi ini hari. Kekeke
P/S: Minggu ni minggu entri series agaknya.