
Korang pernah tak tengok laki bawak handbag perempuan? Eh, bukan yang tuuu. Bukan yang jalan-jalan dengan teman-teman dia tu, yang tu bapok. Ni yang jalan dengan teman wanitanya. Pernah tak? Aku banyak kali, tapi aku masih tertanya-tanya, kenapa dia buat macam tu. So, banyak kemungkinan sebenarnya. Antaranya:
Queen Control
Si awek melayan balaknya macam hamba abdi Abby Abadi duta Adabi. Kalau ada shopping bag apa bagai, bagi balak dia bawak sensorang, si awek jalan lenggang kangkung. Nasi kangkang punya awek!
Nampak Gentle
Si balak offer awek untuk bawak bag tu. Nampak gentle lah kononnya di mata orang. Padahal dalam hati "Heh, kau ingat aku ni gentle sangat ke? Aku gentle ni pun nak balasan lah. Sebab aku nak gentel kau nanti dalam pawagam".
Masalah Kesihatan
Mungkin jugak si awek tengah demam ke. Tak pun tahap metabolisme si awek yang amat tinggi yang menyebabkan ketiaknya cepat berpeluh. Silap-silap bertakung peluh dalam handbag tu. Siap ada ikan koi lagi, berenang riang.
Menegapkan Badan
Handbag perempuan pun boleh berfungsi sebagai dumbell/pengangkat berat. Si balak pun mengambil kesempatan untuk mengetafkan lengan tanpa perlu ke gimnasium. Al-maklumlah, dalam handbag perempuan macam-macam ada. Kosmetik, botol plastik, handphone, notebook, printer, iPad, haiwan peliharaan dan macam-macam lagi. Total mahu 10kg.
Mengelak Dari Penjenayah
Balak bawak sebab nak mengelakkan bag dari diragut. Tapi kalau balak lemah, sama jugak. Selain tu, bag boleh jugak dijadikan pelindung dari disimbah asid. Biar awek dia sorang yang kena asid. Biawak punya balak!
Tapi apa-apa hal pun, aku tak fikir itu sesuatu yang cool. Harap awek aku tak suruh bawak handbag dia nanti. Tapi kalau dah merajuk nak buat camne kan. Sayang punya pasal. Tapi ingat, aku nak kan balasan. Lalala. Haha gurau je, kalau korang percaya, nescaya korang gila.