Tiak/ketiak semua orang pun tengik. Tak percaya? Sila jangan pakai deodorant selama sebulan, dan nantikan hasilnya. Kalau ada yang tak tengik tu, mungkin anda bebas 100% daripada rempah ratus dalam masakan. Aku tak pasti perempuan ada ke tak kes-kes tengik ni. Macam mana eh nak tegur diorang ni? Aku ada cadangan.
BERKIAS
"Nyaman sungguh udara kat sini. Hijau tak muka aku?" *time sebut nyaman tu, tinggikan suara sikit, dan beliak bulatkan mata*
"Bila aku tengok chicken wings ni, teringat pulak aku kat ketiak pak cik aku. Tak selera pulak aku nak makan weh. Hang nak?"
"Nah, deodorant ni aku dapat kat dalam hamper semalam. Aku menang peraduan mewarna. Ambil lah, aku dah ada banyak deodorant dah."
"Ketiak dalam bahasa omputih apa eh? Lupa lah, rempit ke samprit eh?" *buat-buat tengah type mesej dalam henfon*
Sambil menulis karangan: "Ke... ti... ak, eh, ketiak pulak. Nak tulis ketika. Liquid paper puhlease."
EXTREME
"Kau ratah bawang sebagai snek eh malam tadi time tonton Cakeralama TV33?"
"Bau apa ni eh? Macam bau ketiak jiran aku lah. Jauh bebenar sampai ke sini bau nya!"
"Kau pakai deodorant yang roll tu ke, yang macam gincu tu? Saje je tanya."
"Dah lebih sebulan, asyik aku je bau ketiak kau. Meh sini bau aku punye pulak"
"Kau sapu kunyit ke kat ketiak kau ni?"
P/S: Pernah dengar mitos, perempuan mampu teransang dengan bau ketiak lelaki. Aku nak buang deodorant aku lah kalau gitu!