Myspace, laman sosial yang pernah jadi trend suatu masa dulu selepas trend Friendster, sebelum trend Facebook. Sebenarnya aku agak rindu zaman Myspace. Tapi memandangkan Myspace sekarang ni pun dah macam Facebook, plus Friend Online pulak equals to 0, ahh tak payah lah kan nak balik sana.
Lagipun aku dah tak mahu dah tengok ayat "tHaNks aDd iTteW. CuMmeNt MuH pIxChA oKaYh! I wiLl cuMmeNt yOuRs BaCk". Macam jilake dulu main collect-collect komen gambar. Sama lah macam arena blogging ni, kumpul-kumpul follower. Huhu. Kiranya siapa lagi banyak komen gambar, dia lagi HOT lah. Lagi ramai friends lagi HOT lah. Sampai ada yang berpuluh ribu friends! Myspace mana ada limit kan? Tak macam Facebook kena buka lebih satu akaun, sebab limit 1 akaun 5000 friends je.
Time tu jugak lah zaman kelab-kelab photography baru naik. Yang paling glemer time tu SAHAJA. Dah semua photographer termasuk modelnya sekali letak [SAHAJA] kat belakang nama. Banyak lagi kelab, macam-macam. Kiranya kalau ada nama kelab kat belakang nama tu kira HOT lah. Haha. Belakang nama aku time tu, JEMAIN je. Nama bapak aku. Lagi HOT. Ngahaha.
Time zaman Myspace ni lah aku jumpa banyak orang, antaranya aku borak dengan adik Shah Jaszle,
Jasmin Jaszle. Agak rapat jugak lah,
siap komen-komen gambar. Time tu Shah Jaszle tak naik lagi, baru jadi model. Lagi, aku kenal adik Eira Syazira,
Syafnida nama dia. Tapi memang HOT siot adik dia. Budak Damansara katanya. Tu sebab dia tak pernah layan aku. Haha.
Macam-macam lah kenangan manis kat Myspace dulu yang buatkan aku hargai Myspace lebih daripada Facebook. :'( Tapi sekarang aku lebih suka main
Your World of Text. Tergelak-gelak aku semalam! Siap ada yang luahkan perasaan kat aku. Siapa tu? Baik ngaku! Tapi yang suka delete orang punya tu, memang FFFFUUUUU!
Gambar Kenangan Myspace :
|
Tugu KPTM di pantai Port Dickson. K stands for Kawaiii! Ngahaha |
|
Time ni Bella tengah lambai kat aku, sebab dia kata dia suka tengok laki pakai Polo + short. Kah3! |
|
Beratus komen woi. Haha. Lala Dawson pun ada
komen gambar ni. Tapi ini serius shit hodoh. Haha |