Dalam blogging kena ada tujuan, kena ada target reader. Mungkin takde siapa sedar hal ni kalau tak observe betul-betul. Pembaca kita datang berdasarkan apa yang kita tulis. Jenis entry macam mana yang kita tulis. Biasa blog-blog ni secara kasar ada dua jenis je lah pembacanya :
Pembaca di Kalangan Blogger Sahaja
Blog ni menulis banyak sangat tentang dunia blog dan benda yang klise. Memang blogger je lah yang nak baca kan. Trafik mungkin tinggi, tapi sebab entry remeh, entry SEO, update lebih dari sekali dalam sehari. Kalau ada yang pelik kenapa follower blog ramai, tapi likes Facebook sikit, haa ni lah jawapannya. Sebab readers dia di kalangan blogger saje. Ingat, nak dapat like lebih susah dari nak dapat follower kat widget tu. Contoh? Banyak lah. Hehe. Tapi tak semua blog yang likenya lebih banyak tu blognya bagus. Depends! Mungkin sebab dia hensem/lawa atau friends Facebook dia yang beribu tu yang banyak like.
Pembaca di Kalangan Blogger dan Bukan Blogger
Blog ni biasanya blog yang menghiburkan pembaca dan idea dari kepala otak sendiri. Update pun jarang-jarang. Pembaca yang baca akan recommend kawan-kawan, adik beradik, mak apak, saudara mara, jiran-miran baca sekali. Tu sebab boleh jadi ramai pembaca di kalangan bukan blogger. Pembaca akan
ketagih entrynya, nak lagi dan lagi.
Like di Facebook lebih banyak atau tak berapa kontra dengan follower di blog. Di fanpage pun banyak feedback dari readers, bukan pings semata. Contoh?
Zack Zukhairi,
Conteng-Conteng,
Blog Aku Bukan Bapak Kau dan banyak blog legend lagi.
Yang aku cerita ni pasal blog personal lah, kalau blog perkongsian macam segala Media tu, lain cerita lah. Kalau blogger perempuan pulak, dia tulis entry macam mana pun, tapi muka lawa, dia boleh jadi legend jugak. Tak adil. Apa-apa hal pun, semuanya terpulang pada korang nak target reader yang mana, blog korang, bukan blog nenek aku. Asalkan korang tak kacau aku berak. Tapi kalau korang ada idola dalam blogging, korang ikut lah style dia. Tapi jangan salah pilih idola dah lah. Hehe.
P/S: Kalau aku pentingkan trafik, dah lama dah aku update 10 kali sehari. Tapi aku tak nak update benda yang readers aku tak nak baca. Hati readers kena jaga. Kalau selalu sangat buat entry remeh, lain kali kita update, readers tak nak singgah dah. Kesimpulannya, Alexa traffic bukan kayu pengukur. Ngehehe.