 |
HideMyAss - proxy yang aku selalu guna. |
Start minggu lepas, admin/manager office aku dah sekat/block Facebook, Youtube dan macam-macam lagi site yang melekakan. Standard kalau benda macam ni jadi, aku guna proxy je. Tapi laman proxy pun disekat! Ewahh, dah lebih ni. Last-last member aku dari Turki ada bagi trick untuk nyahsekat/unblock semua tu. So, aku share lah kat korang ni. Sebab trick ni rare sikit, selalu guna proxy je. Kali ni kita bermain dengan DNS (domain name system).
LANGKAH-LANGKAH
 |
Pada taskbar, right click icon Wifi atau LAN |
 |
Pada kiri windows, nampak setting ni. Klik 'Change adapter settings' |
 |
Right-clik pada Wifi atau LAN, dan klik 'Properties'.
Kalau guna LAN, right click ' Local Area Network'. |
 |
Klik pada 'IPv4', dan klik 'Properties' |
 |
Pada DNS, lakukan seperti di atas, dan klik 'OK' |
8.8.8.8 dan 8.8.4.4 adalah IP address DNS umum Google. Bila korang dah tukar DNS ni,
segala lama web yang dah diblock oleh TM pun korang boleh akses ok! (aku bold ayat tu ada makna. haha) No more proxies bebeh!
P/S: Semalam blog aku tak dapat diakses oleh pengguna statik DNS. Pagi tadi, aku mintak tolong
NetKL solvekan. Dengan bayaran RM3, blog aku dah elok, pengetahuan pasal DNS pun bertambah. Sebelum ni, aku park sendiri domain ayeemayam.com dekat dnspark, tapi tak berapa faham. Ikut je tutorial yang ada.
P/S: Sila bagi pendapat dekat komen, nak tahu berhasil ke tak trick ni.
**Tak semestinya berjaya, depends on sekuriti/setting yang admin setkan**