Berat badan aku naik gila-gila sejak aku berhenti belajar ni. Yela, ingat senang ke nak maintain badan bila duduk kat rumah parents? Mak masak sedap-sedap je kot. Kalau nak diet pun payah, mesti akan terikut gaya pemakanan family. Bahaya jugak kalau bini aku nanti masak sedap sangat. Tapi kalau tak reti masak pulak, mahu kena maki dengan mak aku. *Takut tak wahai perempuan-perempuan di luar sana?*
Baju pink? Saya bukan gay, saya hanya gay-bang |
***************************************************************************************************
Berbalik kepada soalan, perlu ke perempuan ni terer atau pandai masak untuk jadi isteri yang amanah *tetiba* ? Pada aku, TAK PERLU. Diulangi, TAK PERLU. Apa? Ulang lagi? Sula nak?? Pada aku, perempuan tak perlu pun pandai masak, tak perlu masak sedap. Perempuan yang rajin atau suka masak pun dah cukup bagus. Kalau dah kahwin nanti, kalau nak masak, just cari lah resipi dekat internet. Apa susah? Yang penting perempuan tu suka senggama jugak. Memang takde kena mengena.
Korang rasa macam mana? Yang tak reti masak mesti setuju dengan aku kan? Haha.
P/S : Kepada yang menyambut Thaipusam, cucuk pipi elok-elok ya. Kang nak minum pun susah, asyik bocor je. :)