Watak : Myzajane, Amar Cap Ayam, Liyana Lunia, Ayeem Ayam |
21 Disember punya cerita. Mereka saja membuli, menyakat aku. Ya, saya sering dibuli wanita. Inilah dia tamparan wanita. Berani korang eh, belum rasa libasan lelaki lagi. Grrr. Ekceli, ramai jugak lah orang ajak jumpa, bukan blogger je. Kawan fb pun ada. Tapi aku jarang nak menyetujui. Apatah lagi gather sampai 100 orang kan.
Korang rasa lah kan, kalau aku jumpa korang, korang rasa aku ni macam mana orangnya? Moh main teka-teki sikit. Adakah aku ni pemalu? Adakah aku gila-gila lantas buat aksi beruk lapar depan korang? Adakah aku gila seks lantas meraba korang? Meh jawab. Nak jugak aku tahu macam mana aku ni pada kacamata korang. Tak kisah lah kacamata
P/S : Semalam dapat jugak tengok Kak Limah. Sampai wayang je pukul 10 pagi! Haha semangat. Aku bagi 5 bintang! Jalan cerita best, lawak kering gila! Korang wajib tengok. Siap ada lagu metal time endingnya. Dengar suara macam band Lamb of God. Anyone?