Macam biasa title mesti ada unsur hiperbola, metafora, metanoradanish, padahal benda yang nak disampaikan just 'hilangnya adat bagi bunga telur kepada tetamu'. Yes, dah lama dah hilang benda ni. Bunga telur setakat duduk dekat pelamin aje. Goody bag sekarang susah nak cari telur. Tak kisah lah telur melekat dekat bunga atau telur dalam kotak. Sekarang jadi trend orang bagi muffin, kerepek, keropok, candy, towel, kipas lipat, pisau lipat, aircond, kondom dan macam-macam lagi lah.
Tapi benda yang nak dicerita sekarang, mak abah Ayeem pergi tengok orang kahwin tadi siang, sampai je rumah macam biasa Ayeem adik-beradik selongkar goody bag tu. Yela, benda yang diburu of course lah candy dan jajan (keropok) kan. Tapi terkejut gila babeng bila tengok isi goody bag tu! Nasib baik takde sakit jantung.
|
Image by Blackberry 8520, memang harem punya quality! |
Ahha, rare tak rare? Maggi kari sebungkus, Nescafe 3in1 sebungkus, Milo Fuze 3in1 sebungkus! Maybe jugak lah ada family diorang yang kerja dekat kilang Nestle kan. Hehe. Tapi mak Ayeem bertegas akan buat jugak bunga telur bila anaknya kahwin nanti. Ayeem tak kisah sangat lah, mana yang jimat. Asalkan telur Ayeem untuk isteriku seorang. Haha. Tapi siapa bini Ayeem eh? Lalala *tertunggu-tunggu*
P/S : Maybe adat bunga telur ni hilang dekat tempat Ayeem je, Klang/Shah Alam. Tempat korang macam mana eh? Barang apa paling rare korang pernah dapat?