USA(United State of Ayam), 1 September 2010 - Lembu cisdel yang hilang dari laman CISDEL.COM telah ditemui di blog Ayeem Ayam semalam. Beliau yang kelihatan ketakutan didapati mengenakan kostum ayam berwarna hijau sambil memegang seketul sepanduk tanpa diketahui puncanya. Mari kita ikuti interview antara wartawan Ayam News, Noraciken dengan lembu tersebut :
Noraciken : Assalamualaikum, Encik Lembu.
Lembu : Wa'alaikumsalam warahmatullah hiwabarakatuh.
Noraciken : Apa encik buat ni?
Lembu : Saya menyamar menjadi ayam.
Noraciken : Mengapa?
Lembu : Saya takut disembelih, kan hari pengorbanan lembu-lembu sedunia dah dekat.
Noraciken : (dalam hati) Memang betul kata peribahasa melayu "Bodoh bagai Lembu". Raya yang dah dekat ni Raya Aidilfitri lah, bukan Raya Korban. Aku hempuk jugak budak ni. -_-"
p/s: Saje mencuba nasib. Mana tau dapat duit raya. Menarik contest ni. Admin cisdel.com pun memang kreatif orangnya (kipas/bodek. HAHA). Korang yang nak cuba nasib, sila klik ini (dah 2 kali link-kan contest ni. ni salah satu cara membodek jugak. haha). Btw, kalau header Ayeem Ayam kat atas masih tak tukar yang baru (seperti dalam gambar), sila clear cache and refresh. :)