Monday, April 30, 2012

Surat Permohonan Kepada Rempit


Ayeem bin Ayam
Reban 11,
Kampung Sungai Dedak,
Shah Ayam,
Selangor
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adnan bin Adunan
Kepala Rempit,
Malaysia

Abang,

PERKARA: PERMOHONAN HORMATI ORANG LAIN

Merujuk perkara di atas,

2. Berdasarkan maklumat di atas, saya Ayeem Ayam mewakili seluruh rakyat Malaysia ingin menyeru agar semua mat rempit sumbat ekzos motor dengan span dan bekas/papan telur seperti di studio jamming. Ini kerana bunyi nyaring ekzos motor abang dan rakan-rakan sering kali memecah hening malam, memutus kening ayam, dan menganggu tidur orang awam.

3. Selain dari itu, kalau nak merempit sekalipun, saya memohon supaya mat rempit 'tuck in' atau bahasa skemanya memasukkan baju ke dalam seluar. Ini pula kerana, setiap kali abang dan rakan-rakan menunggang laju, baju kamu semua berkibar-kibar sehingga menampakkan badan. Hilang selera makan saya bang.

Justeru itu, saya berharap abang dan rakan-rakan mempertimbangkan permintaan saya ni, kerana dua perkara di atas melibatkan masyarakat sekeliling. Kalau kamu semua terjatuh semasa wheelie motor, itu urusan kamu, saya tiada masa nak jenguk-jenguk kamu semua. Kalau bab kekah bohsia pula, urusan kamu dengan Tuhan.

Akhir kata, jangan merempit kalau rasa belum cukup banyak pahala.

Sekian, terima kasih.

-------------------------
Ayeem bin Ayam

P/S: Dekat sebulan tak update :p



Wednesday, April 04, 2012

Tunjuk Kemarahan


Bila seseorang tengah marah, perbuatannya pasti akan dilebih-lebihkan (exaggerate) untuk menunjukkan yang dia tengah marah, atau mungkin juga untuk melepaskan geram. Contohnya:
Ayah jentik telinga kuat-kuat, lalu anak menangis kuat-kuat diselangi hentakan kaki yang kuat-kuat ketika menuju ke bilik (masa kawad sekolah dulu pun tak kuat macam tu hentakan kakinya). Lepas tu, anak tutup (lebih kepada hempas) pintu bilik kuat-kuat, kemudian jerit kuat-kuat macam singa nak beranak 8.
Kena tampar laju-laju oleh ayah, anak lari laju-laju menuju ke kereta lalu menghidupkan enjin laju-laju (tanpa memasang radio dan aircond) dan pandu kereta laju-laju sehingga melanggar pokok laju-laju. Laju-laju juga Ambulans membawanya pergi ke hospital.
Dirotan ayah dengan rotan yang panjang-panjang belaka, jerit panjang-panjang (lebih kurang 15 saat), langkah menuju ke biliknya juga panjang-panjang (lebih kurang setengah meter setiap langkah), ikat dan sambungkan kain baju panjang-panjang (dalam 10-15 baju/kain) dan lari dari rumah melalui tingkap.
Mulut dingangakan besar-besar oleh ayah untuk dicili dengan lada yang besar-besar saiznya, lantas anak mengembungkan pipi besar-besar macam Jigglypuff yang sedang marah. Anak kemudiannya mengupdate status Facebook berbaur makian dengan tulisan besar-besar (capslock on).
Dilempang ayah dari kedudukan tangannya yang tinggi-tinggi (ayah angkat tangan/ketiak) dan melompat dari tempat yang tinggi-tinggi (melompat dari kerusi untuk melempang ala-ala gusti). Anak membalas dengan memaki dengan suara yang tinggi-tinggi, ayah lempang lagi dengan kelajuan yang tinggi-tinggi. Akhirnya, anak terjun dari bangunan yang tinggi-tinggi.
P/S: Kesimpulannya, jangan derhaka pada ayah



Saturday, March 17, 2012

Asal Usul : Telanjang

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung di Tanah Melayu, ada seorang lelaki yang bernama Ujang. Dia menyara ibu dan adik perempuannya dengan mengumpul hasil-hasil hutan. Kadangkala, Ujang akan masuk ke hutan seorang diri, kadangkala bersama dengan ibu serta adiknya. Ujang juga secara part-time menjual majalah Ujang.

Pada suatu hari, sedang mereka bertiga sibuk mencari hasil-hasil hutan, mereka diserang oleh sejenis raksasa yang setinggi pokok durian. Raksasa tersebut tidak menyerupai dinosaur, tapi lebih menyerupai manusia. Cuma agak berbulu, tetapi bulunya tidak pula selebat bigfoot. Jadi, ternampaklah ibu Ujang akan aset raksasa tersebut. Lalu, dengan pantas ibu Ujang menutup mata anak perempuan kesayangannya dengan tangannya.

Raksasa tersebut tiba-tiba mengejar mereka. Mereka berlari menuju ke pinggir hutan untuk masuk ke kampung. Dalam sesi kejar mengejar itu, malang bagi Ujang apabila dia terjatuh akibat tersepak akar pokok apa entah. Lalu, raksasa itu dengan rakusnya menangkap dan memakan Ujang. Ibunya dan adiknya tergamam seketika. Sebelum mati, Ujang sempat menjerit "Jilake punya akar!". Mungkin panas hatinya melihatkan trollface pokok tersebut.

Melihatkan jasad Ujang yang sudah tidak bernyawa, ibu dan adik Ujang meneruskan langkah untuk keluar dari hutan. Agak jauh ditinggalkan raksasa tersebut. Mereka juga tidak sesat mencari jalan keluar, terima kasih kepada GPS Mamago. Namun disebabkan lapar perut yang masih belum tamat, raksasa tersebut meneruskan pengejaran.

Di saat itu, ibu dan adik Ujang sudah sampai ke kampung mereka. Mereka meminta pertolongan orang kampung. "Tolong! Ada raksasa telan Jang!". Orang kampung sudah bersiap siaga dengan senjata. Bila raksasa tersebut masuk ke kampung, dengan bantuan Badang, penduduk kampung beramai-ramai kroyok raksasa itu. Raksasa itu mati di situ. Mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama bangkai raksasa itu untuk dimuat naik ke akaun Firstbook masing-masing.

Kisah itu menjadi perbualan orang kampung dan menggelar raksasa tersebut "Raksasa yang telan jang".  Perkataan 'telan jang' itu terus melekat, dan digunakan untuk orang yang menyerupai raksasa itu, yakni orang yang tidak berpakaian.

P/S: Mohon Dewan Bahasa Dan Pustaka tak cari aku.