Monday, August 22, 2011

Tafsir Allah



P/S: Aku malas nak lukis banyak-banyak. Haha



Saturday, August 20, 2011

Tahukah Korang? #2

Entri lepas - Tahukah Korang? #1
1. Tahukah korang bila korang makan terlebih banyak ketika berbuka, anda akan jadi seorang tonggek yang susah hendak berjalan selepas itu?

2. Tahukah korang perempuan dibolehkan untuk memakai kanta lekap berwarna, tetapi diharamkan bagi lelaki? (Sumber: Ustaz Azhar Idrus)

3. Tahukah korang semenjak skuter aku dibeli pada April 2010, aku baru saje membasuhnya dua kali?

4. Tahukah korang orang yang senyap selepas kita approve di Facebook sebenarnya hendak lihat gambar kita saje?
P/S: Agak-agak korang, font apa yang sesuai untuk blog kita eh?



Friday, August 19, 2011

Meeya Ayamor : Iftar Bersama Retis



Assalamualaikum WBT. Hai korannngggg! Kamu semua kenal kan siapa kita? Hari tu kan Ayeem ada perkenalkan kita kan? Tapi dia tipu tau. Kita bukan awek dia lah. Kita kembar dia. Ishh, saje je dia tu. Kentut kat muka tahu lah.

Macam blog-blog perempuan lain, takde apa pun kita nak update. Just nak bagitahu tadi kita iftar kat hotel. Iftar tau. Padahal tak pernah-pernah orang kita sebut dan dengar iftar sebelum ni, puasa tahun ni ramai pulak guna word iftar instead of berbuka atau break fast.

Okay, berbalik pada berbuka, tadi kita berbuka dengan retis tau. Pada yang tak tahu, retis tu artis lah. Kita berbuka dengan geng-geng fashionista! Teka siapa? Tettt, tamat masa. Tak dapat kiss daripada kita. Hihihi. Jawapannya, kita berbuka dengan fashion designer Hana Tajimon. Jangan jeles! Tadi Hana bawak nenek dia sekali, Hanu Takjimak namanya. Kelas youuu nenek dia. Pakai pashmina lagi you olls.

Tapi kita takde gambar pun. Kita takde kamera lah. Kamera handphone pun setakat 1 megapixel, stok rakam video 3GP je. Baik tak payah kan? Hmmm tak sah lah pulak entry perempuan takde gambar kan. Takpe lah, next time okay? Okay, kita nak tidur dah ni. Dah pakai seksi-seksi dah ni. Bye bye! Muahhh!

P/S: Ni entry merepek, aku mana ada kembar. Ni segmen baru Ayeem Ayam