Wednesday, March 30, 2011

Fleksibiliti Perkataan Gay


Orang melayu sekarang banyak yang dah salah anggap bila orang sebut GAY. Sampai aku nak sebut gay pun dah takut. Perkataan gay boleh diapply kepada macam-macam situasi.

Gay yang standard, lelaki yang melakukan hubungan sejenis lah
"Jah, oo Jah. Ko tau, Rose yakni Rosyam anak si Jusoh tu gay lah. Aku nampak dia berpeluk cium dengan lelaki hidung belang mana entah. Laki tu tampal plaster-luka corak belang zebra kat hidung dia"
Gay yang digunakan gambarkan Lesbian/Lesbo (merangkumi segala Homo)
"Dennggg! Fine, I am a gay. I am a lesbian. I dengan si Melah tu memang selalu nakal-nakal dalam jamban tingkat 33 (freemasong sikik) kolej kita. So what?? I kacau you berak kewwww, biatch?? Dah lah taik you tak comel, hitam!"
Gay yang digunakan untuk gambarkan perasaan gembira
"Murid-murid, tahukah awak bahawa asal perkataan gay bermaksud gembira. Dan pada kurun ke-20 gay lebih sinonim kepada homo. Tahukah jugak awak bahawa saya adalah seorang gay? Eh, macam ini pun boleh jadi contoh ayat eh?"
Gay yang digunakan untuk lelaki gayish, tapi tak semestinya gay
"Hye uolls kembali ke blog gossip artis terhangat Malaysia, Beautiful Bara. You all tau tak The Wanted, Justin Bieber, Dafi, Aril, Adam AF dan semua boy band korea adalah sangat-sangat gayish? Ewwwww! Tak nampak jantan langsung!"
Sebelum ramai fan korea serang aku, baik aku terangkan (haha). Tak kisah lah yang perempuan nak minat boy band korea ko gapo, memang hakikatnya artis or mamat-mamat gayish ni ramai peminat perempuannya. Tapi tidak peminat lelaki. Biasanya, lelaki akan say no to these kinds of people.

Kalau ada lelaki yang minat boy band Korea jugak, aku mintak ko terjun KB Mall. Tapi jangan mati dulu, sebab lepas tu aku nak suruh ko terjun KLCC, KL Tower, Times Square dan diakhiri di mana-mana hospital kerajaan pulak.



Monday, March 28, 2011

Kini Aku Ayam Sejati

27 Mac 2011, tarikh lahanat keramat yang mengubah sejarah hidupku, mungkin juga sejarah dunia (gebang) apabila aku disahkan oleh doktor menghidapi chicken porks pox atau cacar ayam di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Sebenarnya pertengahan Mac hari tu, adik aku dah kena chicken pox dulu, dia terjangkit daripada membernya. Bila adik aku dah sembuh, dia balik UiTM, member dia yang lain pulak yang kena.

Aku dah maki-maki, kenapa lah member adik aku yang kena? Bukan aku? Kenapa?? Ishh tension pulak aku, rasa nak terjun KB Mall pun ada. Aku nak sangat kena sebab mak cik aku ada cakap, "kalau kena cikenpoks, then pergi hospital, doktor akan bagi MC straight 2 minggu terus"

Dan itulah yang aku dapat. Dapat cikenpoks, dapat MC 2 minggu. Haha lama gila kot aku cuti! Dah lah aku kerja, tu yang syok. Kena time belajar susah, nanti saya tertinggal pelajaran (skema). Tapi seksa jugak lah. Muka macam ditumbuhi jerawat batu. Badan semua pun ada. Nasib baik dekat 'tu' tak ada.

Korang dah pernah kena? Ada nasihat atau petua? Petua yang aku buat sekarang just minum air kelapa, sapu blended beras + daun semambu, dan baring atas dedaunan semambu je. Ayeem Ayam terkena Cacar Ayam, hasilnya Ayam Sejati

P/S: Abang aku pun kena jugak. Mak bapak aku tak kena pulak? Even diorang pun belum pernah kena lagi. Bukan lah aku mintak, gila ko. Just pelik.



Friday, March 25, 2011

Blog Lukisan Kegemaran

Banyak jugak blog yang jadikan lukisan sebagai entri kat Malaysia ni. Tapi kebanyakannya tak ada identiti diri. Mostly aku tengok nak terikut-ikut style lukisan Zack Zukhairi. Susah kalau blog yang takde identiti ni, susah nak berjaya. Anyway kalau nak melukis tu, biar lah ada style sendiri. Tak lawa takpe, cacat takpe, asalkan unik. Sama jugak dengan penulisan. Ramai yang suka terikut-ikut penulisan blogger lain, sudah semestinya blogger kegemaran dia lah. Banyak tak aku membebel? Okay, ni antara blog lukisan yang aku gemar yang disusun randomly. 

Dia siap ada jual komik sendiri. Dah edisi kedua dah

Lukis guna Paint je bhai. Walaupun menggerutu, tapi cun!

Simple tapi comel. Patut pompuan yang pakai baju?

Melukis dengan Adobe Flash. Member kerja aku dia ni

Aku suka gila lukisan dia. Guna Adobe Illustrator

Lukisan dengan jalan cerita. Memang mamat novel dia ni

P/S: Mungkin ada lagi blog lukisan beridentiti yang lain, tapi aku terlupa atau belum jumpa lagi. Apa lagi, suggest lah dekat aku. Apa blog lukisan fevret korang?