Sunday, October 07, 2012

Asal Usul : Bahasa Alien

EW
Contoh ayat : "awak marah kew? saya gurau jew lah" "manew adew marah pun"
Asal usul : Bermula dari kesilapan seseorang yang nak taip 'je', tapi tertekan huruf 'w' yang bersebelahan dengan huruf 'e'. So, jadi lah 'jew'. Budak sekolah yang sememangnya manja melihatkan ia sesuatu yang cool, lalu digunakan hingga kini.
UNK
Contoh ayat : "woi, kalaw korunk nak lepark clunk, gitaw taw"
Asal usul : Bermula dari seorang mamat punk tegar yang berasal dari Ampang yang selalu dilempang bapaknya, seorang penari kuda kepang. Kisah hidupnya yang penuh 'pang' diabadikan dalam penulisan hariannya, dan rakan sebayanya terikut-ikut penulisannya lalu tersebar.
OO
Contoh ayat : "thanks app! kamoo jangan combonx k!"
Asal usul : Bermula dari seorang penternak lembu yang sayang lembu dan suka ber'moo' (bercakap) dengan lembu. Akibatnya, dia dah terbiasa menggantikan 'u' dengan 'oo'. Ejaan ini didapati amat cool oleh awek yang suka buat muka duckface kerana ia membuatkan profile picture mereka hidup, seakan menghayati.
AQ
Contoh ayat : "aq sebenarnya benci dgn owg yg suka eja mcm bebudak ni!"
Asal usul : Bermula dari seorang yang pemalas. Dia mengeja 'aku' dengan 'aq' sebab dia pemalas. Bukan saja mengandungi 2 huruf (instead of 3), malah huruf 'a' dan 'q' duduk berdekatan. Jadi, ia menjimatkan tenaga mereka dalam menggerakkan jari. Kemudian, ia diikuti oleh pemalas yang lain.
AD
Contoh ayat : "awak buad saya marah sanad sanad! mencik!"
Asal usul : Bermula dari seorang pengkaji teori konspirasi wanna be yang sangat paranoid dengan simbol mata, tiga segi dan salib. Jadi, dia memang takkan menggunakan huruf 't' kerana ia menyerupai salib. Lalu dia menggantikan huruf 't' dengan 'd' dan malangnya ia diikuti oleh bebudak sekolah yang lain.
P/S: Bebudak sekolah, mohon jangan guna bahasa alien dalam PMR. Goodluck!



Monday, June 04, 2012

Penjimatan Majlis Perkahwinan


Majlis perkahwinan, orang kata benda sekali seumur hidup (lelaki maybe empat kali), apa salahnya bagi kaw-kaw punya gempak. Buat pinjaman pun sanggup. Tapi, ramai juga yang mahu keep simple, kerana bersederhana itu lebih elok. Tak membazir. Jadi, aku ada saranan yang boleh digunakan untuk berjimat to the max!
Kad Kahwin
Kad kahwin sekarang glamour-glamour. Kad kahwin je habis seribu ringgit. Orang kata kalau nak jimat, tempah kad kat Indonesia. Tapi, aku rasa kalau nak jimat invite guna SMS dan Event Facebook pun dah cukup dah.
Pelamin
Pelamin ni tak payah pun lagi elok. Tapi kalau nak ikut adat jugak, boleh gunakan pelamin kos rendah yakni gabungan meja jepun (meja rendah untuk duduk bawah bersila) dan kerusi plastik kat gerai makan Wak Tholl Bakso. Letakkan kerusi atas meja tu. Tadaaa!
Kompang
Kompang ni agak perlu. Dalam Islam, digalakkan menghebah pernikahan, dengan paluan gendang. Nak menyewa budak-budak kompang pun mahal sekarang. Nak beli basikal Fixie katanya. Untuk jimatkan kos, boleh gunakan MP3. Pasang kat henfon pun jadilah, volume maximum.
Persalinan
Untuk lelaki, pakai baju melayu bersamping kain pelikat cukup lah. Nak bersampingkan jersi Manchester United pun boleh. Tengkolok boleh pinjam kat Monoloque juri Versus tu. Kalau dia tak bagi pinjam, buatlah guna suratkhabar. Macam tak biasa buat topeng guna kertas masa kecil dulu. Untuk perempuan, bolehlah selongkar lemari cari langsir-langsir lama yang dah tak pakai.
Makanan
Untuk makanan, nasi minyak dan lauk pauk memang agak mahal. Apatah lagi katering. Rasanya menu biskut kering cap Ping Pong cicah milo adalah yang terbaik. Roti High 5 ikan bilis pun boleh tahan. Kalau nak jimat melampau, bolehlah buat majlis masa bulan Ramadhan.
Door Gift
Door gift yang agak eksklusif biasanya bagi kek sepapan. Kalau jimat sikit, bagi jajan boleh, sumi boleh. Nak jimat lagi, bagi gula-gula Hacks dua biji seorang dah memadai.

Amacam? Kalau betul-betul ikut pelan di atas, memang jimat 90%.

Dapatkan kad kahwin digital di jemputan.me



Sunday, May 20, 2012

Jenis-Jenis Ketawa di Alam Maya


Bila berborak di alam maya ni, cara ketawa, perlu kena dengan situasi. Kalau tak, ia hanya akan mencacatkan perbualan, dan orang lain akan merasai kejanggalan. Di bawah ini ada lah panduan jenis-jenis ketawa :
Heh
Untuk perkara yang agak sinis. Contohnya, "Bila akak nak bayar hutang saya ni? Padahal nampak je akak beli henpon baru. Heh".
Heee
Untuk menunjukkan ekspresi gembira. Kalau tak letak pun takpe, takde apa-apa makna sangat. "At last dapat jugak beli iPad 3 ni! Heee".
Hehe / Hihi
Untuk perkara yang biasa je. Kiranya kalau tak letak pun takpe lah. Tapi kalau borak dengan perempuan, wajib letak. Kalau tak, akan disangka kita tengah marah. Contohnya, "Awak buat apa tu? Hehe".
Hehehe / Keh Keh Keh
Untuk situasi menggatal/bernakalan atau situasi rasa malu dengan kebodohan diri sendiri. Contohnya, "Nak nombor tipon hehehe" atau "Alamak, salah orang rupanya hehehe".
Hoho / Hohoho / Koh Koh Koh
Untuk perkara yang membanggakan. Contohnya, "Hoho, pendapatan online  bulan ni RM50k. Alhamdulillah" (bersyukur dalam riak).
Haha
Untuk perkara yang kekadang biasa-biasa, kekadang macam kelakar, tapi tak kelakar pun. Contohnya, "Takde, takde! Ko jugak yang kena belanja aku esok haha".
Hahaha
Untuk perkara yang memang kelakar. Contohnya, "Kenapa ko menggigil-gigil present depan kelas tadi weh? hahaha".
HAHAHA / Kah Kah Kah
Untuk perkara yang amat kelakar. Contohnya, "HAHAHA muka ko memang ada iras-iras Ayah Pin masa muda doh".
LOL
Biasanya digunakan oleh manusia jenis membosankan dan tak berperasaan. Mungkin juga terlalu taksub dengan meme komic. Ada juga yang menggunakannya untuk situasi gelak sinis dalam mood serious. Contohnya, "Muka you memang cun sangat, macam Oprah lol".
Wkwkwk/Ckckck
Gelak ini biasanya digunakan oleh indon, tapi dah mula menular ke Malaysia. Contohnya, "Rambutnya kok kayak penyapu. Wkwkwkwkwk!".

P/S: Di alam realiti, gelak ada dua jenis je. Hihihi dan hahaha. Takde pulak bunyi lain.