Wednesday, November 16, 2011

Facebook: Manusia Hot di Facebook


Nak jadi hot di Facebook? Mudah! Ikuti langkah-langkah berikut:
Nama Profile
Letak lah nama yang bunyi macam orang putih sikit. Adinda Evans ke, Kakanda Van Mar Yutt ke, Daniel Cullen ke, Fakhri Heineken ke, Senah Bieber ke, atau yang terbaru Kelabuson Chance. Baru lah urban sikit ye tak?
FULL
Letakkan (FULL) di belakang nama, sebagai contoh Rosnah Sidek (FULL). Kalau nak nampak lagi hot gila dan poyo, letak lah Rosnah Sidek (FULL YOU FOOL! FFUUU). Nampak kawaii pulak, boleh letak nama Rosnah Sidek (~FULL HOUSE<3). Walaupun akaun belum FULL, letak jugak sebab ia akan menambahkan keinginan orang untuk add.
Profile Picture
Untuk profile picture boleh letak gambar photoshoot. Mahal tu! Naik 500% saham kalau ada gambar photoshoot ala model. Lelaki perempuan boleh, tapi laki seeloknya bergambar bersama DSLR. Naik saham jugak. Budak sekolah boleh bergambar depan cermin jamban Pavilion atau R&R Seremban.
Profile Info
Wajib letak ayat-ayat seperti "I wont approve people who i dont know, because my father marah" atau "You add you talk, or else I will kick your butt". Ada juga yang buat karangan seperti "hai hai ! awak stalker? haaa add lah cepat. meh meh stalk life saya meh. Saya suka sangat. :) awak tak kenal saya? Awak ingat saya kenal awak? dah dah tak payah add. pergi carik orang lain je lah :)"
Status
Status juga mempengaruhi tahap kehotan anda, contohnya "Ada 3056 friend request, nak approve ke tak nak ya?" atau "Sedang mendelete beberapa manusia yang saya tak kenal" atau mungkin juga "Tadi pergi Jusco terserempak dengan David Arumugam, pandang I macam dah lama menduda. Puhlease!".
Wall
Privatekan wall biar orang lain tak boleh tulis. Artis busy maa, mana boleh kacau maaa. Saya ada banyak photoshoot maa.
P/S: Entri paling ramai sentap. Haha.



Monday, November 14, 2011

12 Teknik Meniru Ketika Exam


Yang Biasa Dibuat
1. Tunjukkan 2 jari kepada rakan, bermaksud nak tahu jawapan kepada soalan nombor dua. Rakan membalas dengan tegakkan 3 jari bermaksud jawapannya C.

2. Lontar gumpalan kertas tertulis nombor soalan kepada rakan. Lepas rakan tulis jawapan atas kertas tu, lontar semula.

3. SMS rakan untuk tanya dan bagi jawapan. 

4. Pinjamkan terus kertas kajang/jawapan tu kat rakan untuk disalin bulat-bulat.

5. Menconteng keyword atau formula pada meja.

6. Menyimpan nota kecil di bawah meja, dalam baju, seluar atau stokin.
Yang Tak Pernah Dibuat
1. Letakkan kerusi di sebelah budak pandai dan berkongsi meja dengannya untuk menyalin jawapan. Pedulikan apa kata orang sekeliling.

2. Lontar kapal terbang kertas yang tertulis nombor soalan berserta sekeping wang kertas RM5 di dalamnya sebagai upah.

3. Buat BlackBerryMessenger group kemudian berbincang ramai-ramai di situ.

4. Minta kebenaran pengawas untuk pinjam kertas jawapan rakan.

5. Tulis keyword atau formula pada dahi, kemudian suruh pengawas peperiksaan bacakan bila perlu.

6. Sorokkan nota kecil dalam lubang hidung. Ikat nota dengan bulu hidung untuk mengelakkan terjatuh.
P/S: Goodluck untuk SPM candidates. Jangan meniru ya! melainkan subjek addmath.



Friday, November 11, 2011

5 Detik Istimewa Pada 11.11.11

11/11/11 yakni 11 November 2011, tarikh yang cantik dan senang ingat kalau ada detik istimewa. Kalau nak cerita pada cucu cicit churpchurp pun takde lah lupa bab tarikhnya macam nak ingat tarikh kematian Parameswara. Jadi, antara detik yang korang boleh create untuk hari ni adalah :
Couple
Kalau susah sangat nak cari calon, carilah sukarelawan/sukarelawati untuk kapel sehari. Sabtu nanti clash lah. Kapel 11 minit pun jadi lah. Nanti boleh cerita pada anak cucu, buat entry atau buat novel terus.
Kahwin
Kahwin dengan 11 persalinan, 11 jenis lauk. Tapi kalau dah takde bajet tu, jangan paksa diri nak 'kahwin' jugak, siap pergi hotel murah bagai. Gilo! Baik pergi solat Jumaat lah kau.
Sunat
Cuti sekolah pun dah mula, memang elok lah kalau nak sunat. Yang dah sunat, kalau nak sunat buat kali kedua apa salahnya. Bagi pink sikit, coklat tak rare. Kalau nak sunat tu, pesan kat doktor, buang hanya 11mm kulit sahaja.
Beranak
Kalau belum sampai masa, push push jugak sambil pakai pashmina. Lagi best kalau dapat kembar 11. Yang baru 5-6 bulan, boleh lah dibedah perut tu.
Mati
Mati jangan dibuat main-main. Tapi kalau dah korang fanatik sangat dengan nombor 11 tu, boleh lah terjun KLCC dari tingkat 11, atau minum 11 large slurpee 7Eleven sampai meletup perut. 
P/S: Yang suka tarikh cantik-cantik ni biasa perempuan je, tapi aku suka tarikh ni sebab 11 memang nombor kegemaran aku.