Friday, October 07, 2011

Tegur Tiak Tengik


Tiak/ketiak semua orang pun tengik. Tak percaya? Sila jangan pakai deodorant selama sebulan, dan nantikan hasilnya. Kalau ada yang tak tengik tu, mungkin anda bebas 100% daripada rempah ratus dalam masakan. Aku tak pasti perempuan ada ke tak kes-kes tengik ni. Macam mana eh nak tegur diorang ni? Aku ada cadangan.

BERKIAS
"Nyaman sungguh udara kat sini. Hijau tak muka aku?" *time sebut nyaman tu, tinggikan suara sikit, dan beliak bulatkan mata*

"Bila aku tengok chicken wings ni, teringat pulak aku kat ketiak pak cik aku. Tak selera pulak aku nak makan weh. Hang nak?"

"Nah, deodorant ni aku dapat kat dalam hamper semalam. Aku menang peraduan mewarna. Ambil lah, aku dah ada banyak deodorant dah."

"Ketiak dalam bahasa omputih apa eh? Lupa lah, rempit ke samprit eh?" *buat-buat tengah type mesej dalam henfon*

Sambil menulis karangan: "Ke... ti... ak, eh, ketiak pulak. Nak tulis ketika. Liquid paper puhlease."

EXTREME
"Kau ratah bawang sebagai snek eh malam tadi time tonton Cakeralama TV33?"

"Bau apa ni eh? Macam bau ketiak jiran aku lah. Jauh bebenar sampai ke sini bau nya!"

"Kau pakai deodorant yang roll tu ke, yang macam gincu tu? Saje je tanya."

"Dah lebih sebulan, asyik aku je bau ketiak kau. Meh sini bau aku punye pulak"

"Kau sapu kunyit ke kat ketiak kau ni?"
P/S: Pernah dengar mitos, perempuan mampu teransang dengan bau ketiak lelaki. Aku nak buang deodorant aku lah kalau gitu!



Wednesday, October 05, 2011

Manusia Takkan Pernah Puas

1. Yang gemuk minum jus mate 5 sebab nak kurus. Yang kurus pulak minum Appeton Gain Weight sebab nak gemukkan badan sikit.

2. Cina nak mata besar sebab nampak kawaii, yang melayu pulak nak mata sepet macam amoi so that boleh letak nama Facebook "AhMoY cUmElz".

3. Bila single, rasa sunyi, rasa nak couple. Tapi bila dah couple, rasa terganggu, rasa nak single pulak.

4. Bila perempuan tu tak bertudung, orang lain mengumpat-ngumpat cakap pasal dosa. Bila perempuan tu dah bertudung ngumpat-ngumpat pasal niat/keikhlasan bertudung pulak.

5. Bila Ayeem Ayam melucah, ngumpat-ngumpat "Tak tahu malu betul". Bila Ayeem Ayam dah berhenti melucah, "Hipokrit lah mamat tu". *rekaan, takde kena mengena dengan sesiapa.

6. Bila hujan, marahkan hujan, jam lah, basah lah. Bila panas terik, mintak hujan turun pulak.

7. Bila berak cair (cirit birit) salahkan yayik, bila berak keras (sembelit) pun salahkan yayik.

8. Bila dah kerja, rasa macam nak study balik. Bila dah study balik, tension rasa nak kerja balik pulak.
P/S: Yang last tu aku lah hehe.



Monday, October 03, 2011

Sentapmaknak - Lelaki Merokok

Entri lepas : Wang Segera


P/S: Sanggup korbankan prinsip demi rupa, takde bezanya korang dengan budak fixie. Sentap tak mak?