Saturday, August 13, 2011

Muka Aku Yang Murahan

Zaman sekolah rendah dulu, suka beli majalah Asuh. Aku kan alim. Belek punya belek majalah tu, ada ruangan sahabat Asuh. Ada gambar, nama, umur apa semua. Mata aku tertarik kat satu gambar ni. Syial je. Muka sebijik! Sebijik gila macam aku!

Zaman sekolah menengah dulu, aku tengok handphone adik aku. Ada wallpaper laki. Then aku tanya adik aku, "Eh, gambar aku ke??". Lepas tu dia gelak kaw-kaw. "Hahaha, memang muka dia macam kau. Boyfriend aku lah". Aku tengok betul-betul, a'ah bukan aku. Jilake. Takde lelaki lain ke?

Zaman Myspace, ada orang comment kat profile aku. "Weh muka kau macam kawan aku doh". Siap bagi link profile. Darnit! Memang seakan-akan.

Zaman kolej, ada student junior seorang tu lalu depan geng-geng aku. "Weh zaim. Budak tu macam kau doh! Hahaha!". Yang lain sama gelak, mengiyakan. Aku pun terpaksa mengiyakan, sebab memang agak seiras. Syilake amat.

Zaman Facebook, berapa ramai entah yang cakap "Eh, muka you ni familiar lah". Darnit sekali lagi. 'Muka familiar' lah ayat yang aku paling benci. Seriyes.

Zaman blogging ni pada aku zaman kemuncak lah. Zaman gelap! Bertubi-tubi orang terjah aku sebab nak cakap muka aku macam si polan tu, si polan ni, si pondan tu, si perempuan ni. Siap ada yang cakap muka aku macam Ain Juvana TV3. Yang nama perempuan jugak korang bagi aku. Orang lain mungkin ada 7 kembar, tapi aku ada 700 agaknya. Darnit. Emo ah aku camni. Isk isk, bye lah.



Yang kiri aku, yang kanan Pijisketch. Kekiamakan apakah ini??

P/S: Cuba jujur dengan aku, korang pernah nampak sesiapa muka macam aku?



Tuesday, August 09, 2011

Pelajar Miskin



P/S: Aku bukan orang senang, so jangan minta benda free



Saturday, August 06, 2011

Ulangtahun Pertama : 20 Fakta Tentang Ayeem Ayam


6 Ogos 2010. Detik domain ayeemayam.com dicipta. Detik entri Introdaksyen, entri pertama dipertontonkan kepada umum. Sekarang 6 Ogos 2011. Genap setahun dah blog ni. Baru setahun je blog ni, budak baru lagi aku ni. Tapi, banyak juga lah yang aku pelajari. Paling penting, aku dah dapat rentak yang dicari untuk blog ni. Ni aku ada 20 fakta yang korang patut tahu tentang Ayeem Ayam.
1. Tiada satu pun blogger yang aku kenal melainkan Ailyl Rozanna masa mula-mula nak start blogging. Jadi, penulisan aku memang takde terikut mana-mana blogger pun, aku main tulis je. Ikhlas dari hati katanya.
2. Aku buat blog macam--macam.blogspot.com dulu sebelum Ayeem Ayam. Blog download-download. Target masa tu, nak buat duit dengan tapak iklan. Tapi tak lama, tak sampai seminggu pun. Sebab letih nak update macam-macam benda. Tapi fanpage Macam Macam masih wujud. Tak sangka dah 200 likes! Haha
3. Dapat idea buat Ayeem Ayam masa tengok entry komik ala Zack Zukhairi di blog AizBatuCampur.com (dah tutup, kena hack). Jumpa blog Aiz di Facebook Ailyl, Ailyl share link entry tu.
4. Mulanya, nak letak nama blog ni Ayam Ayeem. Header pun dah siap masa tu. Tapi, ubah fikiran masa nak beli domain. Ayam Ayeem tak sedap lah.
5. Masa awal-awal dulu, buat entry flash semata-mata. Tapi readers terpaksa tunggu seminggu sekali lah nak baca blog Ayeem Ayam. Buktinya bulan Ogos 2010 ada 4 entry, semuanya entry flash.
6. Pernah tersenarai di Top 5 Blog Lawak Pilihan Malaysia 2010. Time tu aku yang paling ayam, paling cikai, paling sikit follower. Akhirnya, Tubelawak menang. 
7. Pernah target 5000 followers untuk dikumpul dalam setahun. Tapi tak sampai. Kalau aku tak berhenti blogwalking dulu, mungkin target tu tercapai.
8. Pada mulanya menggunakan 'Ayeem' sebagai kata ganti diri. Tapi rasa macam fucken gay pulak, then tukar kepada 'Aku'. Siap buat pengumuman di entry Terima Kasih Korang. Tapi ada yang tak bersetuju.
9. Follower ke-111 adalah kakak comel bernama  Hafidzah Hafidz, dan follower yang ke-1111 pulak adalah abang pilot Iqbal Hakimi.
10. Irine Nadia adalah blogger top pertama yang follow blog ni. Dia follow sejak blog ni baru ada ratusan follower lagi. Dia amat menggemari cartoon flash aku. Tahun lepas Irine pernah ajak aku sekali diinterview Berita Harian (kot), tapi aku tak layak sebab Berita Harian nak blogger 20 tahun dan ke bawah saje. Aku 21 time tu. Shit.
11. First time join contest, first time tu jugak lah menang. Dapat tempat ketiga, dapat RM30. Lepas tu join bermacam-macam contest header, tapi tak pernah menang. That means aku bukanlah raja header seperti yang dicanang ramai.
12. Entri lucah pertama ialah Soal Jawab Tag (18SX), entri lucah terakhir pulak Jasa Abang. Sekarang dah tak melucah dah. Bersara selamanya!
13. Entri review blog Ayeem Ayam yang pertama adalah daripada Hyun Miera.
14. Ramai pengomen yang datang dan pergi. Pergi mungkin sebab aku tak komen blog diorang balik. Tapi pengomen yang paling tahan lama dan paling setia adalah Wannurfazrini. Terharu. Terima kasih banyak.
15. Dah empat kali tukar header, tapi tema template tetap biru merah. Semua koleksi boleh ditatap di sini
16. Dah mencuba ManggaAds, Advertlets, Nuffnang, Innity, dan bermacam lagi syarikat adserver luar, tapi yang paling berbaloi adalah Innity setakat ni. Nuffnang pernah dapat Buffered Earning sekali je, tu pun 20 sen je. Cehh.
17. Penyumbang trafik (blogger) terbanyak dalam setahun ni adalah Nurul Ain Salam, kedua Faiz Tapit, dan ketiga arwah Telor. Terima kasih banyak! :D
18. Entry yang mendapat pageviews tertinggi adalah Header Terlucah-Sopan Malaysia [100SX], dengan 12,000 lebih pageviews. Total pageviews untuk blog ni dalam setahun cuma 700,000 lebih saje.
19. Katakunci yang paling banyak masuk ke blog ni adalah "ayeem ayam". Kedua "http://www.ayeemayam.com" dan ketiga adalah "ayeemayam". Takde keyword lucah pun? Nampak sangat blog ni suci. Haha.
20. Pernah mendapat haters di kalangan perempuan sebab entri ni, dan paling banyak haters kalangan peminat K-Pop sebab entri ni. Hahaha.
Apa-apa pun, aku nak ucap terima kasih kat semua yang follow, yang like, yang komen, yang baca, yang letak blog ni kat bloglist dan paling berterima kasih kat pembaca yang rekemen kawan-kawan, sedara mara dan adik beradik, mak ayah untuk baca Ayeem Ayam sekali. Teruskan sokong Ayeem Ayam, aku cuba sehabis baik hiburkan korang dengan blog ni. Jangan lupa support blog aku yang lain, Pak Rodi, Fuuubook dan Dunia Tuto. Terima kasih banyak, sayangi ayam sekitar.

P/S: Ini entry ke-200. 21. Menghasilkan 200 entry sahaje dalam setahun.

UPDATE: EPIC FAIL! Baru perasan gambar tu tulis Ayam Ayeem. Haha lantaklah.