Friday, August 05, 2011

Esei UPSR : Kami Sepasang Kasut

Esei lepas - Aku Sebatang Pen


Kami sepasang kasut. Nama kami Ajijas. Badan kami warna hijau-hijau najis manusia yang semalamnya makan nasi kerabu warna biru. Kami tiada mata, tiada hidung, tiada ketiak. Yang kami ada hanya lah mulut yang dijahit, lidah, pipi dan dagu saje. Pada pipi kami tercalit 3 garisan atau bahasa gangsternya 3 line. Jangan main-main sama gua. 3 line ni bukan bermakna kami sami, tapi kami adalah abang long. Tak paham? Pergi google 'tiga line'. Kami dihasilkan di sebuah kilang dan kemudian kami ditempatkan di sebuah gudang kasut yang bernama Batu Bata. Kami pelik juga kenapa mereka jual kasut, tak jual bata. 

Pada suatu hari, gudang tempat kami tinggal membuat promosi durian runtuh. Harga kami yang pada asalnya RM299, diturunkan kepada RM249. Apa salah kami sampai harga diri kami dipermainkan?? (emo). Kemudiannya, datanglah seorang pelanggan yang nampaknya berminat untuk memiliki kami. Badannya gemuk, anggaran berat badannya 150kg, saiz kakinya pula dalam 15. Ya, itu saiz kami. Hanya tinggal kami sepasang yang bersaiz 15. Dalam hati kami serentak berkata "Oh mak guard (omg)". Memang tepat! Dia telah memberitahu promoter untuk mencuba kami.

Promoter itu telah mencapai kami dan beri Ajijas-15-Kiri (codename) kepadanya. Walaupun yang diambil hanya sebelah kiri, namun yang kanan turut terasa nerves serta peritnya sebab kami kembar. Orang tua kata "cubit gigi kanan, gigi kiri terasa jua". Eh ada ke? Pelanggan tersebut telah menanggalkan selipar kirinya. Kemudian dia melonggarkan ikatan/jahitan pada mulut kami. Kami redha dengan apa yang bakal terjadi. Melihatkan daki dan kerak pada kakinya, ia kelihatan seperti mengeluarkan bau sotong kering yang dibakar hangit. Mujur kami tiada hidung.

Dengan perlahan dia menyumbat kaki gergasinya ke dalam mulut, di bawah lidah kami. "Arghh masin!" jerit kami. Namun manusia tidak akan pernah mendengarnya. Di saat dia berdiri untuk berposing di depan cermin, kami sudah nyawa-nyawa ikan. Nyawa-nyawa ikan masin. Beratnya astagha, macam kerebau! Namun seksa kami tidak berpanjangan, dia kembali duduk dan mengeluarkan kaki masinnya dari mulut Ajijas-15-Kiri.

Kemudian dia mengalihkan perhatiannya pada kasut lain, kasut Seebok menjadi pilihannya. "Alhamdulillah" luah kami dengan penuh rasa kesyukuran. Siap buat sujud syukur. Sehingga tamat promosi pun, masih lagi kami tidak dimiliki sesiapa. Kami terbiar di rak kasut selama beberapa dekad. Sekarang kami menjadi kasut antik dan nilai kami bernilai puluhan ribu. Kami tidak dipakai, hanya menjadi perhiasan. Nampaknya riwayat berakhir dengan kegembiraan. Objek lain hado??

P/S: Ada ke kasut antik? Hahahantam saja lah Ayeem. Alhamdulillah, murah rezeki bulan mulia ni. Aku bakal pelajar UiTM Shah Alam.



Wednesday, August 03, 2011

Puasa Bebudak


P/S: Korang pernah buat gini tak time kecik? Tipu lah tak pernah. Haha. Tapi dah besar-besar gabak sekarang ni, jangan pulak buat macam ni lagi. Huhu. Batal puasa!



Monday, August 01, 2011

7 Alasan Bijak Mengelak Berpuasa

Mengelak berpuasa atau ponteng puasa adalah perbuatan tidak menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan sengaja tanpa menggantikannya semula. Perbuatan terkutuk ini biasanya dilakukan oleh manusia terkutuk. Mari saksikan apa alasan mereka yang sengaja tak mahu berpuasa:

1. "Mak, Farid uzur lah mak. Tak tipu. Keluar darah tadi. Hidung keluar darah time tengok Oprah Winfree seksi kat tivi tadi mak.".

2. "Ikmal, kau tahu aku selama ni memang tak pernah puasa. Sebab aku insan istimewa. Tengok nama aku pun dah tahu dah aku memang ada kelonggaran untuk berpuasa. Mustapa Yah bin Pose."

3. "Kucing Petville game Facebook saya mati malam tadi, wak. Saya asyik nangis je. Banyak bazir air dah. Nanti saya mesti haus. So, saya tak boleh puasa. Kang mati kehausan pulak saya ni."

4. "Titew lupew nark sahow larh tadiew pagiw. Itew takpew lagiw, semalawm pown titew lupew nark berbooker, yang. Lapawr nieh, shewram nieh~"

5. "Ala abah ni. Sam tak nak puasa bukan apa. Cuma nak kekalkan kecergasan je. Malam ni nak terawih straight 20 rakaat. Bangga tak Sam ni anak abah?"

6. "Boss, saya tak puasa hari ni. So, saya tak nak balik pukul 5, saya nak balik macam biasa, pukul 6. Kira overtime lah. Saya tak puasa semata-mata nak overtime boss!"

7. "Ish apa abang ni! Saya tak puasa pun semata-mata sebab abang tau? Kang saya buat air Ribena susu untuk berbuka, macam mana nak rasa? Abang bukan tak tahu saya ni kalau merasa tak boleh main calit-calit kat lidah je. At least kena teguk 2 gelas."


Bijak kan alasan-alasan di atas? Try lah, sure kena pijak. Hari ni first day kita berpuasa. So, selamat berpuasa kepada muslimin serta muslimat di seluruh dunia. Mari sama-sama tingkatkan ibadah, kurangkan gossip. Jangan suka-suka tinggal puasa ya! Ni aku buat pantun puasa khas untuk korang. Terima lah.

Berdosa ponteng puasa,
Jangan ponteng puasa,
Dah sampai bulan puasa,
Mari kita berpuasa.