SHAH AYAM: Malaysia baru-baru ini digemparkan dengan video klip jijik seorang pekerja KFC yang menggosokkan ayam bersalut tepung pada tapak kasutnya sebelum digoreng, dan disajikan pada pelanggan for sure. Eh, teromputeh pulak.
Sidang media yang diadakan dengan pengarah Kasut Fried Chicken SDN BHD, Dato' Hey Toyam petang tadi meleraikan segala yang kusut dan kasut.
"Ya video klip tu memang adalah pekerja kami. Kami tidak nafikan." jelas pengarah Kasut Fried Chicken pula.
"Pekerja kami buat begitu kerana ia adalah polisi kami. Nama syarikat kami sahaja dah ada perkataan 'Kasut'. Polisi tersebut hanya ingin menarik tuah, itu saja. Orang tua kata, "tuah ayam nampak di kaki" bukan? Mana tahu lepas gosok-gosok ayam pada kaki, ada duit terselit dalam stokin pekerja ke." tambah Dato' Hey Toyam lagi.
"Jangan risau, pekerja kami semua amalkan kebersihan tapak kasutnya. Mereka sudah diarahkan berjalan kaki ketika pergi ke tempat kerja bagi mengelakkan terpijak gula-gula getah ketika di dalam bas awam." jelasnya lagi.
P/S: Aku sebagai blogger paling ayam di Malaysia ni terasa kot. Sobs. Busukkan nama ayam! Busukkan nama melayu! Dah agak benda ni akan jadi racial issue. Tengok komen Youtube cukup lah. Memalukan melayu!