Wednesday, May 25, 2011

Aku Ada 6 Blog Sebenarnya

Okay, okay. Ada di kalangan korang memang pandai, sebab dapat meneka. Aku letak blog-blog aku kat banner flash atas tu sebab aku malas nak blogwalking. Haha, tu salah satu punca kantoi lah kan. Lagipun macam gambar di atas, kantoi besar kalau pergi ke reading list Pak Rodi. Aku lupa nak buat entry guna akaun Pak Rodi.

Sebelum orang lain kantoikan, lebih baik aku kantoikan diri sendiri kan? Haha. Okay lah, tanpa berlengah dan terhegeh-hegeh lagi, aku dedahkan kesemua 5 lagi blog aku kepada umum.


PAK RODI - Ini adalah blog parodi melayu. Sedangkan perkataan 'parody' tu pun diparodikan jadi Pak Rodi. Haaa parody tak parody lah kan blog ni. Faham apa tu parody? Kalau korang pernah tengok filem Scary Movie, Superhero Movie, Disaster Movie, memang semua tu movie parody semata-mata. Filem mengajuk filem lain. Di blog ni aku parodikan jenama, filem, selebriti even blogger! Kalau korang berfikiran kampung, korang tak perlu singgah blog ni sebab korang memang takkan faham seni parodi. Aku bukan menghentam diorang! Blog ni paling kerap kena hentam sebab diorang yang kampung ni fikir aku kutuk-kutuk individu asal. Memang aku rasa aku patut dedahkan diri sebab kalau diorang dah tahu siapa penulisnya, diorang tahu aku ni jenis sengal, diorang tak marah kot. Peace!


INESEN - Blog lucah semata-mata. Dilarang masuk kalau bencikan kekotoran. Namun, kelucahan tu masih mampu diterima umum lagi sebab aku menginesenkan lucah-lucah itu. Inesen tak membawa watak seorang pervert. Kisah-kisah dalam ni, ada yang kisah benar, ada yang berlandaskan imaginasi tahap tertinggi. Pada aku, lucah itu adalah suatu seni.


TIUPTUBE - Blog ni sebenarnya tempat aku kongsi video je. Kadang-kadang kita ada banyak video yang nak dikongsikan dengan orang lain, tapi malas lah nak buat entry remeh-remeh kat blog Ayeem Ayam semata-mata nak tunjuk satu video je. Jadi, aku kongsikan semuanya di sini.


FUUUBOOK - Blog ni pulak menghimpunkan rage comics melayu dari macam-macam orang lah. Kalau korang nak submit komik marah korang pun boleh. Dapat backlink yaw! Blog perkongsian sebenarnya, dan aku sebagai admin. Ni bukan blog persendirian macam yang lain-lain.


DUNIA TUTO - Ni blog paling latest, baru 3-4 hari kot. Kadang-kadang, banyak orang request tutorial itu ini. Aku malas lah nak buat entri tutorial kat Ayeem Ayam. Pada aku, entri tutorial untu template lah apa lah, tu pun entri remeh. So, aku gunakan blog ni untuk himpunkan segala jenis tutorial, dari tutorial blog, tutorial komputer, sampailah tutorial nak berak!

Haaa. Amacam? Banyak tak? Aku bukan nak tamak. Aku bukan nak femes. Aku hanya nak berkongsi, berkarya dan menghiburkan orang. Itu lah motif aku berblogging. Once kau dah tahu niat kau berblogging, kau takkan tersasar. Anyway, korang anggap je lah Pak Rodi dan Inesen tu bukan aku. Haha.

P/S: Apa pendapat korang pasal blog aku yang lain-lain? Hehe.
P/S: Happy birthday Myzayeem eh, Myzajane ;)



Tuesday, May 24, 2011

Pentingnya Bernazar


Korang pernah bernazar? Aku selalu bernazar. Dari dulu sampai sekarang, laptop aku tak pernah repair kat kedai, so far. Alhamdulillah. Henfon dari zaman muda sampai sekarang pun, cuma sekali je pergi repair walaupun dah banyak kali gila rosak. Henfon N-Gage QD time tu. Aku kan QD (cutie) memang lah kena pakai N-Gage QD. Wajib kot! Kalau tak, tak cute dah nanti. Lalala

Sebenarnya laptop dan henfon-henfon aku banyak kali rosak. Tapi aku selalu bernazar je lah. Series, ada sekali tu laptop aku takboleh hidup. Aku pergi Low Yat lah, tapi niat bernazar tu masih ada, dan dan sampai kat kedai, tauke tu boleh on laptop. Ajaib! Dulu-dulu henfon tak boleh hidup, aku bernazar, TIUP sana-sini, korek sana-sini, baling sana-sini, terus dapat hidup.

Ahad lepas ni pun laptop aku lagi sekali tak dapat hidup, bernazar dalam hati, cucuk sana sini, tup tup dapat hidup. Aku tak tipu, korang boleh try kalau ada masalah. Allah sentiasa akan menolong, insyaAllah. Mungkin korang fikir semua kebetulan je. Tapi aku yakin, tu Allah punya kuasa. Kalau Allah tak izinkan, kau hantar pergi repair pun tak boleh fix. Lagipun benda gini dah banyak kali sangat terjadi.

Jadi? Bernazarlah, walaupun nazar korang hanya benda yang kecil-kecil, simple-simple, pimple-pimple, purple-purple, couple-couple, pecel-pecel mahupun poco-poco.

P/S: Percaya tak kalau aku cakap aku type entry ni sambil pakai kopiah? Haha. Entri paling alim bukan? Tapi, masa aku google image "nazar" jumpa gambar lain pulak. Chitt! Baru nak alim-alim.

UPDATE: Adoi, ada jugak yang percaya aku pakai kopiah?? Haha. Saje je nak ambik mood. Keke. By the way, semua nazar tu ofcos lah ditunaikan.



Friday, May 20, 2011

16 Blog Lukisan Beridentiti

Bersambung dari BLOG LUKISAN KEGEMARAN yang menampilkan 6 sahaja blog lukisan sebab aku ketandusan sumber, sekarang aku tunjuk 16 lagi blog yang bertunjangkan lukisan yang rare gila nak jumpa. Terima kasih kepada yang rekemen.



















YAZID TORPEDO - yazidtorpedo.blogspot.com




ROQ ROCK - roqrock.blogspot.com






CENGKIH DAN SIREH - akunabihahaha.blogspot.com



BELOG CAP AYAM - belog-cap-ayam.blogspot.com



CLUELESS MUMBLE - mumbleink.blogspot.com



TANGAN PUNYA KERJA - tanganpunyakerja.blogspot.com







PETI HARTA KARUT - petihartakarut.wordpress.com



THE RED LIPS - syafiqahayramohdyusof.blogspot.com



Cool tak cool aku tanya korang? Banyak yang nampak professional dan harus diketengahkan kot! Seriously doh. Lagi power bila mostly memang betul-betul lawak komiknya, walaupun hanya Alif Firdaus Azis je yang bergelar kartunis professional, yang aku tahu lah. Power! Kalau korang ada lagi blog yang nak suggest, sila bagi link kat ruangan komen. Thanks! :)

P/S: Buat ke berapa kali entah aku ambil gambar tanpa izin. Harap tak kisah, kalau kisah aku remove.