Dengan rasa jujur dan ikhlas dari hati ni, aku nak buang dah lucah-lucah. Kalau ada pun setakat nakal je. Nakal sikittttttttt... (kecepreng! gelas pecah, pitch tinggi sangat) je. Sikit je tau? Hehe, laki kan. Kenapa aku tak nak lucah dah? Oh, bukan sebab entri Mejah semalam, bukan jugak sebab Osama dah meninggal, sebab aku tertengok gambar Gay-Pop 24:7 lagi lah bukan. Bukan, bukan. Memang dah lama pasang niat.
Rasanya tak patut aku melucah dekat blog ni. Melucah maksud aku menjadikan perkara lucah tu as main topic. Kalau setakat sikit-sikit, sampingan je, tu aku kira sebagai nakal je. Contoh yang lucah macam entry zemo tu ke, entry payudara tu ke. Kalau nakal, macam Superpower tu ke.
Lagi satu sebab, aku rasa tak manis lah aku melucah sedangkan blog aku ada banyak melekat dekat bloglist perempuan. Contohnya, blog aku adalah satu-satunya blog laki (aku rasa lah) melekat di bloglist favourite Kak Ain Che' Wan (ehem ehem bangga sat). Nanti orang lain nampak ayat-ayat lucah kat sidebar dia tu kan ke mencemarkan nama dia?
Lagipun sebenarnya, aku nak mengambil hati si dia. Hehe. Kalau lucah, dia mesti tak nak kat aku. Siapa dia? Alah, entri Jodoh tu sebenarnya aku tuju dekat dia lah. Sebab aku rasa dia ada ciri-ciri yang aku listkan tu. Kira aku bagi hint lah. Hehe. Dan dia ada komen dalam entry Jodoh tu. Hehe, yes, you lah. You lah, sapa lagi. Ye saya, you. Angau tahap abah aku ni ya?
Tapi kalau ada terbocor tu, maaf lah ya. Dah terbiasa, dah habit/habitat (habitat nenek ko, tabiat), so mesti lah ada bocor sikit-sikit. Give me time okay? Hehehe. Doakan perubahan yang aku cuba bawa ni berkekalan. Amin...
P/S : Header aku tu? Haha, aku akan sucikannya sebelum Ramadhan ;D
P/S : Aku ada entry tak senonoh terperap dekat draft lebih seminggu, tak sanggup nak publish. Ingat nak suruh Faiz Tapit tolong publishkan kat blog dia lah. Kekeke.

