Wednesday, May 04, 2011

Tak Nak Lucah-Lucah Dah

Dengan rasa jujur dan ikhlas dari hati ni, aku nak buang dah lucah-lucah. Kalau ada pun setakat nakal je. Nakal sikittttttttt... (kecepreng! gelas pecah, pitch tinggi sangat) je. Sikit je tau? Hehe, laki kan. Kenapa aku tak nak lucah dah? Oh, bukan sebab entri Mejah semalam, bukan jugak sebab Osama dah meninggal, sebab aku tertengok gambar Gay-Pop 24:7 lagi lah bukan. Bukan, bukan. Memang dah lama pasang niat.

Rasanya tak patut aku melucah dekat blog ni. Melucah maksud aku menjadikan perkara lucah tu as main topic. Kalau setakat sikit-sikit, sampingan je, tu aku kira sebagai nakal je. Contoh yang lucah macam entry zemo tu ke, entry payudara tu ke. Kalau nakal, macam Superpower tu ke.

Lagi satu sebab, aku rasa tak manis lah aku melucah sedangkan blog aku ada banyak melekat dekat bloglist perempuan. Contohnya, blog aku adalah satu-satunya blog laki (aku rasa lah) melekat di bloglist favourite Kak Ain Che' Wan (ehem ehem bangga sat). Nanti orang lain nampak ayat-ayat lucah kat sidebar dia tu kan ke mencemarkan nama dia?

Lagipun sebenarnya, aku nak mengambil hati si dia. Hehe. Kalau lucah, dia mesti tak nak kat aku. Siapa dia? Alah, entri Jodoh tu sebenarnya aku tuju dekat dia lah. Sebab aku rasa dia ada ciri-ciri yang aku listkan tu. Kira aku bagi hint lah. Hehe. Dan dia ada komen dalam entry Jodoh tu. Hehe, yes, you lah. You lah, sapa lagi. Ye saya, you. Angau tahap abah aku ni ya? 

Tapi kalau ada terbocor tu, maaf lah ya. Dah terbiasa, dah habit/habitat (habitat nenek ko, tabiat), so mesti lah ada bocor sikit-sikit. Give me time okay? Hehehe. Doakan perubahan yang aku cuba bawa ni berkekalan. Amin...

P/S : Header aku tu? Haha, aku akan sucikannya sebelum Ramadhan ;D
P/S : Aku ada entry tak senonoh terperap dekat draft lebih seminggu, tak sanggup nak publish. Ingat nak suruh Faiz Tapit tolong publishkan kat blog dia lah. Kekeke.






Monday, May 02, 2011

Aku Harap Dapat Jodoh Macam Ni

Dah lama aku single ni. Bila nak double ni? Korang jangan nak kaitkan dengan entry semalam. Aku betul-betul single ni. Dari dulu, kalau orang lain tanya aku pasal ciri-ciri bini, aku boleh jawab precisely. Sebab aku dah kenal betul-betul perempuan macam mana yang aku mahukan. Aku memang suka observe perangai orang.
1. Family First
Aku suka perempuan yang utamakan family lebih dari kawan-kawannya. Aku suka yang anak emak. Biasanya akan lebih banyak duduk di rumah. Kalau dah memang duduk dengan member tu lain cerita lah.
2. Skema
Skema yang aku maksudkan bukan stok spek tebal macam Ugly Betty tu. Senang cerita dia utamakan pelajaran dia lah. Budak baik-baik, berilmu. Bila berilmu sedikit sebanyak akan membentuk personaliti yang menarik
3. Jarang Couple
Aku benci kot dengan perempuan yang baru clash dah dapat yang baru. Macam lahanat tahu? Nampak nau tak setia, senang-senang je lupa ex nya. Takyah nak ambil-ambil masa dah. Aku lebih suka yang lebih lama single daripada couple. Means dia susah nak cari Mr. Right nya, dan dia agak choosy.
4. Bertudung
Aku zaman dulu memang prefer yang free hair, tapi sekarang lebih suka yang bertudung. Sebab mak aku pun lebih suka yang bertudung. Kalau tak bertudung pun boleh lah, asalkan bertudung suatu hari nanti.
5. Sombong
Sombong bukan lah sombong dengan kawan, but dengan strangers atau kenalan. Kenalan dengan kawan lain ya. Aku lebih suka perempuan yang tak approve friends di Facebook sesuka hati. Aku tak suka perempuan yang melayan mana-mana laki entah, baru kenal pulak tu.
6. Suka Gelak
Aku suka perempuan yang suka gelak. Sebab aku suka buat orang gelak. Kalau dia gelak, semacam satu kepuasan untuk aku dapat buat dia gembira. Kalau boleh dia tak lah terlalu lawak, kalau masing-masing buat lawak siapa nak gelak?
7. Tak Gedik
Dari tulisan dah boleh tahu seseorang tu gedik ke tak. Perempuan ni menggedik ingat laki suka ke? Tak tahu lah laki lain, tapi kalau aku, lagi aku nyampah dan benci ada. Seriyes. Kadang-kadang tu dah ada boyfriend dah, tapi dok menggedik-gedik dengan laki lain. Tu sebab pentingnya sifat sombong tu.
8. Berdikari
Berdikari means dia tahu dan prefer uruskan hal kehidupan sendiri. Pandai mencari wang sendiri. Ada perasaan malu untuk menggunakan wang boyfriend. Lebih suka gunakan wang sendiri. Yang macam ni lagi lah aku nak tekankan, sebab aku ni pun jenis berjimat. Jimat, bukan kedekut. Haha.
9. Gila Muzik
Biasa yang gila muzik takkan dengar lagu jiwang-jiwang ni. Aku takboleh lah jiwang-jiwang ni, takut menangis sentiasa. Kalau boleh layan rock sikit. Tak As I Lay Dying, Avenged Sevenfold pun jadi lah. K-Pop minta dijauhkan. Haha. Dan minat berkaraoke juga. Hehe
10. Berbeza Minat
Datuk Dr. Fadzilah Kamsah kata, couple yang terlalu banyak sama minat, boleh jadi bosan. Tak belajar apa-apa yang baru dan terlalu sempurna. Contoh, aku minat Arsenal, bini aku minat Manchester United, lepas tu betting lah. Siapa yang kalah, malam nanti kena 'berada posisi di atas'. Tak ke fun dan romantik tu? Haha.
Panjang tak? Bosan tak? Syok sendiri tak? Ni pun banyak lagi ni. Tapi kang korang muntah pulak baca pepanjang. Bukan apa, blog pun boleh jadi medium untuk cari jodoh tau. Aku nak menyinggel lelama sebab nak jimat, tapi agak kurang kasih sayang lah pulak diri ini. Haha. Biasanya, kalau perempuan yang ada ciri-ciri di atas terbaca entri ni, dia boleh jatuh cinta tau. Untung-untung dapat yang lawa! Haha.

P/S : Aku dulu digelar pakar perempuan atau Dr. Cinta sebab selalu jadi pendengar dan penasihat rakan-rakan. Tapi aku sendiri takde apa. Haha LOSER



Sunday, May 01, 2011

Aku, Hamzah Ian dan Anak Kami

Seperti yang rakan-rakan Facebook kami tahu, aku dan Hamzah Ian dah lama menjalinkan hubungan laknat yang songsang. Ramai juga yang terkejut, ada yang tumpang gembira. Ada juga yang ucap tahniah.

Tapi sebenarnya kami dah menjalani hubungan gay ni dah 9 bulan lebih lamanya. Cuma ketika itu kami menjalinkan hubungan sulit. Sehinggalah doktor mengesahkan yang kami bakal menimang bayi. Setelah bayi dilahirkan, barulah kami letak "In Relationship" di Facebook tu. Sekarang anak kami sudah pun berusia dua minggu. 

Baru dua minggu, tapi dah mampu merangkak. Mungkin datang daripada kuasa Ultraman bapanya. Ya, aku lah ibunya. Pahal lu gelak-gelak? Nak tengok pappary glands aku ke? Tak boleh! Laki aku je boleh. Aurat tahu? Berdosa saya nanti. Uhukkk, maaf bang Mejah, mereka yang kacau saya. Bukan niat saya nak melayan mereka.

Comel tak? Say hi to Hameem Iam! (Hamzah Ian + Ayeem Ayam)
Tak comel ke? Sampai hati korang. Tampar muka dengan pappary glands kang. Okay lah, mungkin nampak pelik, cuba tengok anak aku dengan selebriti pulak.
Korang tahu tak korang boleh VOTE AYEEM AYAM tiap-tiap hari (sekali sehari), bukan sekali seumur hidup je? VOTE lah ittew tetiap hari ogayh? Terima kasih pada yang terus menyokong Ayeem Ayam yang sedang menyara ayam-ayamnya. Free je pun kan? Hehe. Love you! Comolot jom. Mmuuaahhh!