Saturday, April 16, 2011

Aku Sayang MARA Seriyesly


Pembayaran balik pinjaman MARA adalah satu perkara yang paling menyerabutkan kepala pelajar tajaan MARA. Aku sendiri pun serabut. Kalau sikit takpa. Berpuluh ribu kot. Aku punya RM36,635.00. Untuk diploma SAHAJA. Banyak gila kan? Memang jauh lah nak dibandingkan dengan PTPTN. Banyak jumlahnya sebab termasuk allowance RM630 setiap bulan selama 3 tahun. Memang banyak!

Dah lepas tamat Diploma in Computer Science dekat Kolej Poly-Tech MARA, aku pergi pejabat MARA. Minta pengurangan. Sebab kalau dapat CGPA 3.5 ke atas, orang kata boleh convert pinjaman kepada biasiswa. Means tak payah bayar pinjaman tu lah. So, aku pun mohon lah sebab CGPA aku 3.58 tak salah. 

Keyword paling panjang aku rasa. Korang ada? (Sila zoom in)
So, semalam dapat surat MARA luluskan pengurangan tu, RM36,635 tu tak perlu bayar. Just bayar apa benda entah RM2,000. Alhamdulillah ya Allah, (entry paling suci aku rasa) murah rezeki aku. Terima kasih MARA. Sekarang aku tengah tunggu keputusan UPU degree (UiTM, UKM, UPM). Minta-minta dimurahkan rezeki aku lagi. Doakan aku ya kawan-kawan? Thanks a lot!

P/S: "Pinjaman tu akan diconvert kepada biasiswa tapi korang kena kerja dengan MARA" hanyalah mitos. Takda pulak dekat surat tulis camtu.
P/S: Aku terlepas 1 anugerah dekan time semester 6, setelah dapat 5 berturut-turut sebelumnya, memang memeritkan. Sampai sekarang aku susah nak terima.



Tuesday, April 12, 2011

Benda Benda Yang Buat Aku Nak Jerit Fuuu!







Dan banyak lagi di FUUUBOOK

Fuuubook ni Ragetoons versi melayu. Apa yang buat korang rasa Fuuu pulak ya? Kongsikan komik korang kat Fuuubook dan dapatkan backlink! Lukis komik ni tak sampai setengah jam kot. Kalau lukis orang lidi lagi copek! Woot~






Friday, April 01, 2011

Memori: Nasi Lemak