Tuesday, December 07, 2010

Blog Baru Pilihan 2010


Kepada blogger yang baru buat blog tahun 2010, jom join pertandingan ni jugak. Dah lebih 400 blogger berentap! *main agak je, tengok komen dekat entri tu dah 400+* Memang sengit & tengik lah. Jom lah sama memeriahkannya, KLIK NI!

First Entry Blog Ayeem AyamIntrodaksyen
Tarikh First Entry : 06 August 2010 (genap 4 bulan blog ni)

Ayeem tahu korang mesti menyampah kan sebab Ayeem sibuk nak join, padahal baru hari tu tercalon untuk Top 5 Blog Lawak Pilihan. Haha. Takde lah, saje nak memeriahkan suasana, nak bersaing dengan blog yang seumur dengan blog Ayeem. As long as blog ni memenuhi kriteria kan? Hehe, baru 4 bulan kot blog ni, masih kecik baby comel lagi. Tak kisah lah tercalon ke tak, sebab mungkin admin nak bagi ruang kat blogger lain kan, papehal cuba nasib je! Hope dapat lah! Aminn... *argh amin amin! skang baru nak beramin bagai. kalau tak, berlucah je keje ko*



Sunday, December 05, 2010

Hilangnya Hikayat Telur Mahawangsa

Macam biasa title mesti ada unsur hiperbola, metafora, metanoradanish, padahal benda yang nak disampaikan just 'hilangnya adat bagi bunga telur kepada tetamu'. Yes, dah lama dah hilang benda ni. Bunga telur setakat duduk dekat pelamin aje. Goody bag sekarang susah nak cari telur. Tak kisah lah telur melekat dekat bunga atau telur dalam kotak. Sekarang jadi trend orang bagi muffin, kerepek, keropok, candy, towel, kipas lipat, pisau lipat, aircond, kondom dan macam-macam lagi lah.


Tapi benda yang nak dicerita sekarang, mak abah Ayeem pergi tengok orang kahwin tadi siang, sampai je rumah macam biasa Ayeem adik-beradik selongkar goody bag tu. Yela, benda yang diburu of course lah candy dan jajan (keropok) kan. Tapi terkejut gila babeng bila tengok isi goody bag tu! Nasib baik takde sakit jantung.

Image by Blackberry 8520, memang harem punya quality!

Ahha, rare tak rare? Maggi kari sebungkus, Nescafe 3in1 sebungkus, Milo Fuze 3in1 sebungkus! Maybe jugak lah ada family diorang yang kerja dekat kilang Nestle kan. Hehe. Tapi mak Ayeem bertegas akan buat jugak bunga telur bila anaknya kahwin nanti. Ayeem tak kisah sangat lah, mana yang jimat. Asalkan telur Ayeem untuk isteriku seorang. Haha. Tapi siapa bini Ayeem eh? Lalala *tertunggu-tunggu*

P/S : Maybe adat bunga telur ni hilang dekat tempat Ayeem je, Klang/Shah Alam. Tempat korang macam mana eh? Barang apa paling rare korang pernah dapat?



Saturday, December 04, 2010

Sekadar di Pinggiran

Tajuk nak poyo, lagu Fransisca Peter Porn kau! Yela, motifnya nak bagitahu blog ni sekadar dapat nombor 5 je. Haha. Ketinggalan jauh jugak lah 300+ sedangkan blog yang nombor 4 tu dapat 500+ vote tak silap. Tapi 300 pun dah banyak sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan blog yang dah capai 2 - 4ribu followers tu kan?

So, terima kasih semua yang undi Ayeem ya! Terima kasih banyak Irine sebab undi Ayeem jugak. Haha. Tu lah siapa suruh dedahkan maklumat sampai mak hang lumat. Awak tu top blogger even jarang² pakai top dan serbuk pencuci TOPPPP! Adik beradik awak tu memang top blogger. Dua² menang untuk kategori Blog Personal Perempuan dan Lelaki dan Pondan Pilihan. Tahniah ya!

Tahniah jugak dekat TubeLawak yang menang kategori Blog Lawak Pilihan, nama pun lawak kan, memang lah menang. Tahun depan nak kena tukar blog jadi AyamLawak.com lah macam ni. Haha. Tak lupa juga tahniahnya kepada MariBinaBlog yang sediakan banyak tutorial bermutusami, dan telah banyak berjasa kepada blogger sehingga berjaya memenangi kategori Blog Tutorial Pilihan.

Tahniah banyak² jugak dekat NadiaBayu (lagu latar : ♪♫Angin bayu membawa diriku, Sepintas lalu ku terkenangkan mu♪♫) untuk kategori Blog Personal Isteri Pilihan, layan suami elok² ye. Hehe. Thanks jugak sebab follow blog ni semalam. *terharu lantas tergaru* Last but not least tahniah kepada abe BenAshaari sebab berjaya merangkul isteri gelaran Blog Personal Suami Pilihan. Thanks jugak sebab tak pernah follow saya. *skema sebab cuak dengan badan dia*

Walaupun Ayeem tak menang, tak dapat top 3, tapi traffic Ayeem naik 3 kali ganda, dan followers Ayeem pun naik mendadak. Jangan jeles! Haha. Anyway thanks kepada yang menyinggah, memfollow, dan menyokong Ayeem! TAHINIAH SEMUA! *letih sangat sebut tahniah berapa banyak kali sampai salah taip*