Ini baru korban namanyee.. *ala² iklan tongkat Ali Hamid Gurkha* Yeah, hari ni baru lah bermakna Aidiladha Ayeem. Semalam seharian duduk rumah je. Nama pun cuti kan? Hari ni working day, tapi boss Ayeem ada buat korban kat rumah dia. Kambing baka Boer seekor sebagai korbannya.
Sampai rumah boss pukul 8 pagi. Tak lama lepas tu, terus start operasi. Disuruh pegang kaki pun dah teragak², first time kot buat benda ni. Selalu tengok dari jauh je. Nasib baik tak disuruhnya Ayeem sembelih korban tu, kalau tak habis pengsan masuk dalam lubang kumpul darah tu.
Alhamdulillah, penyembelihan, pelapahan, pemotongan semua berjalan lincir. Yes lincir, sebab boleh pulak air bola mata terpercik kat Ayeem time member Ayeem hentak² kepala kambing tu. Dayum! This is my first time lah buat semua tu. Sampai patah holder pisau abah Ayeem. Woot! Habis aku, nasib baik dah gam dengan gam gajah. Mintak² tak perasan. Gulp!
Tapi semua bahagian badan kambing tu tak ada yang lepas lah. Apa yang rasa boleh dimasak, memang dimasak. Daging, testis, lidah, janggut, tanduk; buat sate, BBQ, kari, sup dan goreng². And today is my first time makan testis. Testis ok? Tahu tak apa tu? Kalau tak tahu pergi tanggal seluar adik laki korang. Terpengaruh dengan si Robot lah ni. =.= Ye, saya dah lebih jantan sekarang. Nak jugak test kehebatan di atas ranjang ni, any volunteer? Perempuan sahaja. No laki, no ayam, no kambing.
Memang best lah hari ni makan macam², BBQ paling sedap, cicah mayo + lemon + basil. Terbaik! Dapat bayangkan betapa tingginya darah Ayeem hari ni, kalah KLCC, kalah blog terbangtinggitinggi.com. Dan sekarang Ayeem menulis entry dalam keadaan yang sangat pening. Mampus aku! =.=
P/S : First time jugak minum jus timun! Sedap lah! Tak pernah terpikir! Blended timun + Air + Gula + Ais = Sedap! Eksaited tahap abah pulak kan aku ni.
Thursday, November 18, 2010
Ini Baru Korban Namanye
Tuesday, November 16, 2010
Selamat Hari Raya Aidiladha
Selamat Hari Raya Adiladha/Haji/Korban/Qurban. Doakan keselamatan dan kesejahteraan kepada yang mengerjakan haji. Moga selamat balik ke Malaysia, aminn. Doakan juga keselamatan orang yang bakal menyembelih lembu, kambing, unta esok. Moga tak tersembelih tangan sendiri. :p
P/S : Letakkan cursor pada flash untuk mainkan card.
P/S : Macam biasa, Ayeem share e-kad raya ni kat semua orang. :)
Sunday, November 14, 2010
Saya Seorang Graduan
Tanggal 6 hari bulan 11. Hari yang bermakna untuk Ayeem. Convo day KPTM yang ke-27 yang diadakan kat PICC, Putrajaya. Memang grand dan seronok. Berani potong anu jari rambut lah, konfom takde sapa pun yang berpeluh even yang duduk kat luar dewan. Sejuk je, nyaman! Kalau duduk luar PICC lain cerita lah.
Beribu student dikumpulkan dekat situ, dari semua cawangan KPTM (dapat jugak cuci mata masa rehearsal. Hehehe) Nasib baik dipecahkan sidang pagi dan petang, kalau tak, lagi lah jam! Ayeem dapat sidang petang. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Beratur, jalan, tunduk, sambut sijil, pandang kamera, jalan. Fuhh takde silap, Alhamdulillah. Tapi, ada sorang tu boleh pulak terjatuh sijil dia. Kesian doh. : (
| Emak, Ayeem, Abah, Eddy (abang). Ain (adik) tak dapat datang sebab dia dah nak final. Tak syak lagi, Ayeem makin gemuk. Huarghhh! Dayumm dayumm! Ni lah jadinya kalau duduk rumah makan sedap²! |
Tapi rasa ralat
| Rasa macam pelajar AF pulak. Bersama cousin a.k.a classmate, Aween. Dia banyak support Ayeem. |
P/S : Masih berpikir nak ambik course apa untuk degree nanti. Apa²hal pun Ayeem nak cukupkan kerja setahun dulu, cari pengalaman. Sekarang ni baru 5 bulan.
P/S : Dean's List - GPA 3.5 ke atas.