Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha





Selamat Hari Raya Adiladha/Haji/Korban/Qurban. Doakan keselamatan dan kesejahteraan kepada yang mengerjakan haji. Moga selamat balik ke Malaysia, aminn. Doakan juga keselamatan orang yang bakal menyembelih lembu, kambing, unta esok. Moga tak tersembelih tangan sendiri. :p

P/S : Letakkan cursor pada flash untuk mainkan card.
P/S : Macam biasa, Ayeem share e-kad raya ni kat semua orang. :)



Sunday, November 14, 2010

Saya Seorang Graduan

Tanggal 6 hari bulan 11. Hari yang bermakna untuk Ayeem. Convo day KPTM yang ke-27 yang diadakan kat PICC, Putrajaya. Memang grand dan seronok. Berani potong anu jari rambut lah, konfom takde sapa pun yang berpeluh even yang duduk kat luar dewan. Sejuk je, nyaman! Kalau duduk luar PICC lain cerita lah.

Beribu student dikumpulkan dekat situ, dari semua cawangan KPTM (dapat jugak cuci mata masa rehearsal. Hehehe) Nasib baik dipecahkan sidang pagi dan petang, kalau tak, lagi lah jam! Ayeem dapat sidang petang. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Beratur, jalan, tunduk, sambut sijil, pandang kamera, jalan. Fuhh takde silap, Alhamdulillah. Tapi, ada sorang tu boleh pulak terjatuh sijil dia. Kesian doh. : (

Emak, Ayeem, Abah, Eddy (abang). Ain (adik) tak dapat datang sebab dia dah nak final. Tak syak lagi, Ayeem makin gemuk. Huarghhh! Dayumm dayumm! Ni lah jadinya kalau duduk rumah makan sedap²!

Tapi rasa ralat paralaks lah jugak kan sebab Ayeem tak dapat anugerah pelajar cemerlang. Argh! Sikit je lagi. FYI, Ayeem dapat Dean's List 5 semester berturut², tapi semester 6 jatuh gedebuk teruk gila. Nak dapat anugerah cemerlang kena dapat full 6 semester Dean's List. Tapi takpe lah, dah tak ada rezeki. Anyway, bercukur syukur lah jugak dapat CGPA 3.58 untuk Diploma in Computer Science ni. Ayeem still ada harapan untuk mintak MARA convertkan pinjaman MARA Ayeem kepada biasiswa nanti, InsyaAllah. Mintak² dapat lah. Doakan Ayeem ye kawan²? :')

Rasa macam pelajar AF pulak. Bersama cousin a.k.a classmate, Aween. Dia banyak support Ayeem.

P/S : Masih berpikir nak ambik course apa untuk degree nanti. Apa²hal pun Ayeem nak cukupkan kerja setahun dulu, cari pengalaman. Sekarang ni baru 5 bulan.
P/S : Dean's List - GPA 3.5 ke atas.



Friday, November 12, 2010

Contest Makan Ayam

LANGKAH :
1. Tangkap gambar korang tengah makan ayam (pose konon² makan pun boleh).
2. Buat entry tajuk "Contest Makan Ayam" dan upload gambar korang tu.
3. Letak banner atau widget contest tu di blog korang.
4. Submit permalink contest korang kat ruangan komen contest ni.


banner - sidebar

widget - bucu blog (latar transparent)
*size both banner & widget hanya 7kB. So, jangan risau, takkan lag.
*kalau nak resize banner/widget, pastikan nisbah width:height = 2:3.
*posisi widget boleh diubah, just tukar bottom ke top atau left ke right.
*kalau tak join contest, tapi nak support, boleh jugak letak banner/widget ni.

HADIAH :
Category : Paling Ayu
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
Category : Paling Gelojoh
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
Category : Paling Kreatif
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
Peserta Bertuah
Square flash banner + Topup RM10 tajaan Pujangga + Tapak Iklan Sebulan di Liyanaa.com
3 X Sagu Hati
Square flash banner setiap seorang.

KRITERIA :
Ayu/Kacak
Pose paling ayu-sopan atau kacak hingga sejuk atau beku mata memandang, akan menang. Juri perempuan akan dijemput sama bagi mengelakkan Ayeem dicop gay.
Gelojoh
Pose paling gelojoh hodoh (pose je hodoh, bukan muka) sampai buatkan orang rasa macam nak tumbuk, akan menang.
Kreatif
Pose paling lain macam, akan menang. Kalau tak ada pose yang kreatif, kami adili photo siapa paling artistik, nampak seni photographynya.
Bertuah
Random entry akan dipilih berdasarkan nombor bertuah di Random.org

TARIKH TUTUP :
11 Disember 2010

INFO TAMBAHAN :
1. Contest ni akan diadili oleh 5 juri termasuk Ayeem, supaya result nanti lebih adil, tepat, mampat dan montok.
2. Hadiah mungkin akan berubah mengikut kehendak para sponsor. Tapi Insyaallah tak akan berkurang, malah bertambah.
3. Seorang hanya boleh menang 1 tempat saja daripada 10 tempat ni.
4. Keputusan nanti akan dibuat menggunakan flash, Insyallah. So, korang boleh letak flash tu dekat blog/entry korang nanti.

P/S: Ayeem bukak luas peluang untuk korang happy! 10 orang akan dapat sesuatu, 10 ok! Bukan 3! So, jangan teragak² nak join! Maybe korang yang bertuah tu! :D