Sunday, October 10, 2010

Ada Apa Dengan 10/10/10?


10 October 2010, tarikh paling cantik pada tahun 2010 ni. Sampaikan ramai gila orang buat kenduri kahwin pada tarikh tu, date nya jatuh pulak hari Ahad, memang ngam lah kan. Argh memang malam esok beramai-ramai lah orang berpesta dalam kelambu. Nak jugak! Dayummm. So kalau dikira-kira, dalam bulan Jun tahun depan kompom-kompom mak bidan akan buat iklan jawatan kosong "pembantu penyambut bayi" dekat mudah.my. Ayeem ingat nak apply lah! Part-time, boleh sambil-sambil cuci mata. Hehehe. Tapi Ayeem takut jugak dalam Jun 2011 tu kalau-kalau ada keluar berita pasal kes bayi yang boleh terbang. Anak angkasawan katanya. Hehe. Selamat menjadi raja sehari ye Sheikh Muzaffar! Nanti-nanti jangan pulak buat eksperimen "berjimak di angkasa" ya. Haha

Tapi pada Ayeem 10/10/10 tak cukup cantik. Seriyes. 11/11/11 lah cool! Sumpah cool sampai beku testis. 11 tu nombor favourite Ayeem kot. Sebab Ayeem lahir 11 Disember kan. Ishhh... nak kahwin lah time tu! Hehehehehe. *sengeh sangap* Tapi time tu jatuh pada hari Jumaat pulak. Nampaknya nak kena kahwin ngan orang Kedah, Perlis atau Kelantan lah Ayeem ni. Hehe Kelantan lagi. "Yo mek mek Pasirmah Kotabharu yang gebu-gebu! Abe coming to youu! Masakke abe nasi kerabu ye!"



Tuesday, October 05, 2010

Second Multimedia Assignment

First assignment Multimedia masa semester 5 masa Ayeem study dekat KPTM KL dulu, kami kena buat multimedia resume. Ahh takyah lah nak bagi orang tengok kan.


Second assignment pulak, kami kena buat fairy tale animation. So, kami pikir punya pikir sampai nak putus telur, akhirnya kami pilih "Sang Kancil dan Monyet". Untuk kartun ni, Ayeem takde sumbangkan suara pun. Ayeem kalau nak keluarkan suara bukan free bang, kena bayar. Haha. Nahh, sebab Ayeem yang jadi animator, so untuk voice member lain lah yang buat.

Setiap orang pun bermula dari bawah kan, so sama jugak lah Ayeem. Memang cakar ayam lah drawing time ni. Animation pun kaku. Haha. Budak baru belajar lah kata kan. So, kalau korang ada apa-apa nak tanya pasal Flash, Ayeem boleh tolong. Tak tipu, Ayeem memahami. Ayeem pegang prinsip "Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, awak budak baru belajar, kalau salah saya jolokkan" Salah ke? Mana ada, memang ni prinsip Ayeem. Girls only ok! :D



Sunday, October 03, 2010

Tips Kecantikan : Mata cantik

Ayeem tengok ramai jugak bloggers buat tips-tips kecantikan ni. Mana boleh jadi, Ayeem pun nak jugak kongsi kecantikan Ayeem ni dengan orang lain! Hehe.



Ok, kali ni pihak penaja, AyamBeautyCorp. nak kongsi beberapa tips bagaimana untuk mendapatkan mata yang cantik dan sihat :

  • Setiap minggu, kalau boleh jangan tidur 5 hari 5 malam. Kalau nak tidur pun, tidur-tidur ayam saja.
  • Makanan perlu dilebihkan sayuran seperti lobak yang telah digigit arnab dan juga kangkong yang baru ditebas di longkang belakang rumah cikgu korang.
  • Setiap malam, belai dan urut mata (bukan dengan jari) dengan pisau lipat adik/anak/bapak korang buat kerja pendidikan seni di sekolah. Seelok-eloknya yang dah berkarat.
  • Selalu orang letak timun atas mata bukan? Adalah lebih afdhal kalau ia digantikan dengan kisaran 30 biji cili api dan 10 ketul bawang merah.
P/S : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab dengan mana-mana kecelakaan yang mungkin atau bakal menimpa. Do it at your own risk!