Friday, December 31, 2010
Monday, December 27, 2010
Teka Teki Teka Tekok, Korang Salah Aku Jolok
![]() |
Watak : Myzajane, Amar Cap Ayam, Liyana Lunia, Ayeem Ayam |
21 Disember punya cerita. Mereka saja membuli, menyakat aku. Ya, saya sering dibuli wanita. Inilah dia tamparan wanita. Berani korang eh, belum rasa libasan lelaki lagi. Grrr. Ekceli, ramai jugak lah orang ajak jumpa, bukan blogger je. Kawan fb pun ada. Tapi aku jarang nak menyetujui. Apatah lagi gather sampai 100 orang kan.
Korang rasa lah kan, kalau aku jumpa korang, korang rasa aku ni macam mana orangnya? Moh main teka-teki sikit. Adakah aku ni pemalu? Adakah aku gila-gila lantas buat aksi beruk lapar depan korang? Adakah aku gila seks lantas meraba korang? Meh jawab. Nak jugak aku tahu macam mana aku ni pada kacamata korang. Tak kisah lah kacamata
P/S : Semalam dapat jugak tengok Kak Limah. Sampai wayang je pukul 10 pagi! Haha semangat. Aku bagi 5 bintang! Jalan cerita best, lawak kering gila! Korang wajib tengok. Siap ada lagu metal time endingnya. Dengar suara macam band Lamb of God. Anyone?
Sunday, December 26, 2010
Kantoi Dowh!
Semalam masa nak edit gambar untuk entry Lagenda Budak Lucah . . .
![]() |
![]() |
P/S : Aku sayang Malaysia, even first half aku maki-maki! Haha. Alhamdulillah. Safee, Shahrul, Kuna, Fahmi, Muslim, Mahali you're rock! Shahrul terbaik sialll.. Time goal aku jerit kuat gila babi sampai berpeluh, macam kat stadium. Haha. Come on, jangan bolos kat jakarta. Goodluck! Penonton pancar laser memang bodoh!
Monday, December 20, 2010
Contest Cari Ayam
LANGKAH
1. Buat 1 entry bertajuk "Contest Cari Ayam". (takboleh tukar-tukar)
2. Teka dekat mana ayam Kelabu, Ungu, Oren dan Hijau menyorok.
3. Lengkapkan slogan "Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana..."
(tak lebih 20 patah perkataan, TAK termasuk "Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana...")
4. Cabar 3 member korang dengan tag nama mereka. (make sure mereka tahu)
5. Letak banner dalam entri atau di sidebar.
6. Submit permalink dekat comment entry ni.
TEKA DEKAT MANA SEMUA 4 EKOR AYAM AYEEM?
HADIAH
RM50 untuk peserta yang mendapat markah paling tinggi.
(cara permarkahan akan diterangkan kemudian)
(kalau tak ada maybank, topup sahaja)
CONTOH ENTRI
BANNER
Thursday, December 16, 2010
Wednesday, December 15, 2010
Berus Gigiku Dinodai
![]() |
Lebih kurang macam ni lah rupa case berus gigi family aku, tapi ada 6 holder. |
Tuesday, December 14, 2010
Result Contest Makan Ayam
P/S : Quality gambar terpaksa dikurangkan untuk mengurangkan size SWF.
P/S : Sial lah Arsenal kalah! Malaysia, pelis menang esok.
Tuesday, December 07, 2010
Blog Baru Pilihan 2010
Sunday, December 05, 2010
Hilangnya Hikayat Telur Mahawangsa
Macam biasa title mesti ada unsur hiperbola, metafora, metanoradanish, padahal benda yang nak disampaikan just 'hilangnya adat bagi bunga telur kepada tetamu'. Yes, dah lama dah hilang benda ni. Bunga telur setakat duduk dekat pelamin aje. Goody bag sekarang susah nak cari telur. Tak kisah lah telur melekat dekat bunga atau telur dalam kotak. Sekarang jadi trend orang bagi muffin, kerepek, keropok, candy, towel, kipas lipat, pisau lipat, aircond, kondom dan macam-macam lagi lah.
![]() |
Image by Blackberry 8520, memang harem punya quality! |
Saturday, December 04, 2010
Sekadar di Pinggiran
Tajuk nak poyo, lagu Fransisca Peter Porn kau! Yela, motifnya nak bagitahu blog ni sekadar dapat nombor 5 je. Haha. Ketinggalan jauh jugak lah 300+ sedangkan blog yang nombor 4 tu dapat 500+ vote tak silap. Tapi 300 pun dah banyak sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan blog yang dah capai 2 - 4ribu followers tu kan?
So, terima kasih semua yang undi Ayeem ya! Terima kasih banyak Irine sebab undi Ayeem jugak. Haha. Tu lah siapa suruh dedahkan maklumat sampai mak hang lumat. Awak tu top blogger even jarang² pakai top dan serbuk pencuci TOPPPP! Adik beradik awak tu memang top blogger. Dua² menang untuk kategori Blog Personal Perempuan dan Lelaki dan Pondan Pilihan. Tahniah ya!
Tahniah jugak dekat TubeLawak yang menang kategori Blog Lawak Pilihan, nama pun lawak kan, memang lah menang. Tahun depan nak kena tukar blog jadi AyamLawak.com lah macam ni. Haha. Tak lupa juga tahniahnya kepada MariBinaBlog yang sediakan banyak tutorial bermutusami, dan telah banyak berjasa kepada blogger sehingga berjaya memenangi kategori Blog Tutorial Pilihan.
Tahniah banyak² jugak dekat NadiaBayu (lagu latar : ♪♫Angin bayu membawa diriku, Sepintas lalu ku terkenangkan mu♪♫) untuk kategori Blog Personal Isteri Pilihan, layan suami elok² ye. Hehe. Thanks jugak sebab follow blog ni semalam. *terharu lantas tergaru* Last but not least tahniah kepada abe BenAshaari sebab berjaya merangkul isteri gelaran Blog Personal Suami Pilihan. Thanks jugak sebab tak pernah follow saya. *skema sebab cuak dengan badan dia*
Walaupun Ayeem tak menang, tak dapat top 3, tapi traffic Ayeem naik 3 kali ganda, dan followers Ayeem pun naik mendadak. Jangan jeles! Haha. Anyway thanks kepada yang menyinggah, memfollow, dan menyokong Ayeem! TAHINIAH SEMUA! *letih sangat sebut tahniah berapa banyak kali sampai salah taip*
Thursday, December 02, 2010
Adikku Sayang
♪♫Adikku sayang! Dibelai dan dimanja....♪♫
Ahh sudah, mesti korang pikir adik lain kan? Mana ada, Ayeem tak nak dah sebut benda² kotor. Betul, memang tak nak buat dah. Buat masa ni lah. Hehe.
Hari tu Ayeem cerita lah sikit kat adik Ayeem, si Ain tu pasal blog Ayeem masuk Blog Pilihan Malaysia. Then, dia dengan bijaknya dapat tahu apa blog Ayeem. Argh sudah! Macam² yang aku tulis ni. Tapi takpe lah, adik beradik kan. Tak kisah lah kot.
Dan tadi petang, perbualan ini terjadi..
Mak : Aim, mana blog ko?
Ayeem : Huh? *Gulp! Sial mana dia tau ni??*
Mak : Yela, Ain cakap tadi blog ko masuk top 5 apa entah. Bagi lah mak tengok.
Ayeem : ...... *TIDAAKKKKK!!!!! Dx<*
Ain : Aisey, mak nak tengok pulak. *muka bersalah gila*
Ayeem : *buat muka masam gila babi punye ketiak*
Ayeem pun senyap, sampai lah mak melupakan hasratnya tu. Dan dengan pantasnya Ayeem menukarkan tahun tarikh entri 21SX ni ke 2009. Langkah berjaga² lah, takut titlenya tu menarik perhatian mak nanti. Dah lah dekat first page. Mak baca mampus aku! Kompom mak buat blog jugak, semata² nak follow and comment entry² Ayeem!
P/S: Aku tahu ko akan baca benda ni ain. Dengan kesempatan ini, aku nak cakap tindakanmu itu sebenarnya sungguh bijak sehingga boleh dipijak! Grrr....
Wednesday, December 01, 2010
Top 5 Blog Lawak Pilihan Malaysia
Top 5 Blog Lawak Pilihan Malaysia? Okay lah tu. Thanks kepada yang mengundi. *berkata sambil buat muka ketat, hindung tinggi, kena lah bongkak dan angkuh* Haha ada rasa macam nak tumbuk tak? Jangan bongkak kau Ayeem, macam lah diorang tak boleh change vote. Mampus kau nanti.