Friday, December 31, 2010
Monday, December 27, 2010
Teka Teki Teka Tekok, Korang Salah Aku Jolok
![]() |
Watak : Myzajane, Amar Cap Ayam, Liyana Lunia, Ayeem Ayam |
21 Disember punya cerita. Mereka saja membuli, menyakat aku. Ya, saya sering dibuli wanita. Inilah dia tamparan wanita. Berani korang eh, belum rasa libasan lelaki lagi. Grrr. Ekceli, ramai jugak lah orang ajak jumpa, bukan blogger je. Kawan fb pun ada. Tapi aku jarang nak menyetujui. Apatah lagi gather sampai 100 orang kan.
Korang rasa lah kan, kalau aku jumpa korang, korang rasa aku ni macam mana orangnya? Moh main teka-teki sikit. Adakah aku ni pemalu? Adakah aku gila-gila lantas buat aksi beruk lapar depan korang? Adakah aku gila seks lantas meraba korang? Meh jawab. Nak jugak aku tahu macam mana aku ni pada kacamata korang. Tak kisah lah kacamata
P/S : Semalam dapat jugak tengok Kak Limah. Sampai wayang je pukul 10 pagi! Haha semangat. Aku bagi 5 bintang! Jalan cerita best, lawak kering gila! Korang wajib tengok. Siap ada lagu metal time endingnya. Dengar suara macam band Lamb of God. Anyone?
Sunday, December 26, 2010
Kantoi Dowh!
Semalam masa nak edit gambar untuk entry Lagenda Budak Lucah . . .
![]() |
![]() |
P/S : Aku sayang Malaysia, even first half aku maki-maki! Haha. Alhamdulillah. Safee, Shahrul, Kuna, Fahmi, Muslim, Mahali you're rock! Shahrul terbaik sialll.. Time goal aku jerit kuat gila babi sampai berpeluh, macam kat stadium. Haha. Come on, jangan bolos kat jakarta. Goodluck! Penonton pancar laser memang bodoh!
Monday, December 20, 2010
Contest Cari Ayam
LANGKAH
1. Buat 1 entry bertajuk "Contest Cari Ayam". (takboleh tukar-tukar)
2. Teka dekat mana ayam Kelabu, Ungu, Oren dan Hijau menyorok.
3. Lengkapkan slogan "Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana..."
(tak lebih 20 patah perkataan, TAK termasuk "Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana...")
4. Cabar 3 member korang dengan tag nama mereka. (make sure mereka tahu)
5. Letak banner dalam entri atau di sidebar.
6. Submit permalink dekat comment entry ni.
TEKA DEKAT MANA SEMUA 4 EKOR AYAM AYEEM?
HADIAH
RM50 untuk peserta yang mendapat markah paling tinggi.
(cara permarkahan akan diterangkan kemudian)
(kalau tak ada maybank, topup sahaja)
CONTOH ENTRI
BANNER
Thursday, December 16, 2010
Wednesday, December 15, 2010
Berus Gigiku Dinodai
![]() |
Lebih kurang macam ni lah rupa case berus gigi family aku, tapi ada 6 holder. |
Tuesday, December 14, 2010
Result Contest Makan Ayam
P/S : Quality gambar terpaksa dikurangkan untuk mengurangkan size SWF.
P/S : Sial lah Arsenal kalah! Malaysia, pelis menang esok.
Tuesday, December 07, 2010
Blog Baru Pilihan 2010
Sunday, December 05, 2010
Hilangnya Hikayat Telur Mahawangsa
Macam biasa title mesti ada unsur hiperbola, metafora, metanoradanish, padahal benda yang nak disampaikan just 'hilangnya adat bagi bunga telur kepada tetamu'. Yes, dah lama dah hilang benda ni. Bunga telur setakat duduk dekat pelamin aje. Goody bag sekarang susah nak cari telur. Tak kisah lah telur melekat dekat bunga atau telur dalam kotak. Sekarang jadi trend orang bagi muffin, kerepek, keropok, candy, towel, kipas lipat, pisau lipat, aircond, kondom dan macam-macam lagi lah.
![]() |
Image by Blackberry 8520, memang harem punya quality! |
Saturday, December 04, 2010
Sekadar di Pinggiran
Tajuk nak poyo, lagu Fransisca Peter Porn kau! Yela, motifnya nak bagitahu blog ni sekadar dapat nombor 5 je. Haha. Ketinggalan jauh jugak lah 300+ sedangkan blog yang nombor 4 tu dapat 500+ vote tak silap. Tapi 300 pun dah banyak sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan blog yang dah capai 2 - 4ribu followers tu kan?
So, terima kasih semua yang undi Ayeem ya! Terima kasih banyak Irine sebab undi Ayeem jugak. Haha. Tu lah siapa suruh dedahkan maklumat sampai mak hang lumat. Awak tu top blogger even jarang² pakai top dan serbuk pencuci TOPPPP! Adik beradik awak tu memang top blogger. Dua² menang untuk kategori Blog Personal Perempuan dan Lelaki dan Pondan Pilihan. Tahniah ya!
Tahniah jugak dekat TubeLawak yang menang kategori Blog Lawak Pilihan, nama pun lawak kan, memang lah menang. Tahun depan nak kena tukar blog jadi AyamLawak.com lah macam ni. Haha. Tak lupa juga tahniahnya kepada MariBinaBlog yang sediakan banyak tutorial bermutusami, dan telah banyak berjasa kepada blogger sehingga berjaya memenangi kategori Blog Tutorial Pilihan.
Tahniah banyak² jugak dekat NadiaBayu (lagu latar : ♪♫Angin bayu membawa diriku, Sepintas lalu ku terkenangkan mu♪♫) untuk kategori Blog Personal Isteri Pilihan, layan suami elok² ye. Hehe. Thanks jugak sebab follow blog ni semalam. *terharu lantas tergaru* Last but not least tahniah kepada abe BenAshaari sebab berjaya merangkul isteri gelaran Blog Personal Suami Pilihan. Thanks jugak sebab tak pernah follow saya. *skema sebab cuak dengan badan dia*
Walaupun Ayeem tak menang, tak dapat top 3, tapi traffic Ayeem naik 3 kali ganda, dan followers Ayeem pun naik mendadak. Jangan jeles! Haha. Anyway thanks kepada yang menyinggah, memfollow, dan menyokong Ayeem! TAHINIAH SEMUA! *letih sangat sebut tahniah berapa banyak kali sampai salah taip*
Thursday, December 02, 2010
Adikku Sayang
♪♫Adikku sayang! Dibelai dan dimanja....♪♫
Ahh sudah, mesti korang pikir adik lain kan? Mana ada, Ayeem tak nak dah sebut benda² kotor. Betul, memang tak nak buat dah. Buat masa ni lah. Hehe.
Hari tu Ayeem cerita lah sikit kat adik Ayeem, si Ain tu pasal blog Ayeem masuk Blog Pilihan Malaysia. Then, dia dengan bijaknya dapat tahu apa blog Ayeem. Argh sudah! Macam² yang aku tulis ni. Tapi takpe lah, adik beradik kan. Tak kisah lah kot.
Dan tadi petang, perbualan ini terjadi..
Mak : Aim, mana blog ko?
Ayeem : Huh? *Gulp! Sial mana dia tau ni??*
Mak : Yela, Ain cakap tadi blog ko masuk top 5 apa entah. Bagi lah mak tengok.
Ayeem : ...... *TIDAAKKKKK!!!!! Dx<*
Ain : Aisey, mak nak tengok pulak. *muka bersalah gila*
Ayeem : *buat muka masam gila babi punye ketiak*
Ayeem pun senyap, sampai lah mak melupakan hasratnya tu. Dan dengan pantasnya Ayeem menukarkan tahun tarikh entri 21SX ni ke 2009. Langkah berjaga² lah, takut titlenya tu menarik perhatian mak nanti. Dah lah dekat first page. Mak baca mampus aku! Kompom mak buat blog jugak, semata² nak follow and comment entry² Ayeem!
P/S: Aku tahu ko akan baca benda ni ain. Dengan kesempatan ini, aku nak cakap tindakanmu itu sebenarnya sungguh bijak sehingga boleh dipijak! Grrr....
Wednesday, December 01, 2010
Top 5 Blog Lawak Pilihan Malaysia
Top 5 Blog Lawak Pilihan Malaysia? Okay lah tu. Thanks kepada yang mengundi. *berkata sambil buat muka ketat, hindung tinggi, kena lah bongkak dan angkuh* Haha ada rasa macam nak tumbuk tak? Jangan bongkak kau Ayeem, macam lah diorang tak boleh change vote. Mampus kau nanti.
Friday, November 26, 2010
Tercalon Blog Lawak Pilihan
Fuhh rasa macam ada di Cameroon Highland sekarang, sedang menghadiri Anugerah Bulan Popular Berita Hairan. Mana tak nya, tercalon untuk Blog Lawak Pilihan kot. Agak terteruja lah kan sebab tergolong dalam 21 blog lawak tu. Ayeem pun tak tahu sapa yang calonkan, anyway thanks! Time Ayeem tulis entry ni, undian Ayeem Ayam ada dalam Top 3, Alhamdulillah. Thanks kepada yang mengundi!
Undi cepat ya! Tarikh tutup tak lama je lagi ni! 30 November tutup sudah.
P/S : Kalau tak menang, tapi dapat ke second round pun jadi lah yob!
Thursday, November 25, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Tutorial | Pengenalan
INFO FLASH :
Software : Adobe Flash (prefer CS3, sebab dah biasa)
*software Portable Adobe Flash CS3 (60MB) boleh didownload kat SINI. Senang gila versi portable ni, tak payah install, tak payah crack, terus boleh pakai. Dah lah size kecik! (teruja) Tapi bila nak start software ni, kena tunggu 1-2 minit.*
KOMPONEN UTAMA FLASH :
FRAME / TIMELINE :
Untuk animation, frame ni sama lah macam flipbook. 1 frame mewakili 1 helai kertas. Tapi dengan motion tween, tak payah lagi susah² nak buat animation frame by frame. Nak tahu apa tu motion tween kena lah tunggu tutorial.
Untuk application, frame ni sama macam page blogger jugak. Klik button A pergi page A, klik button B pergi button B. Bukan pergi ke page je, macam² action/event lagi boleh dibuat.
STAGE : Apa yang ada dalam lingkungan stage tu lah yang akan appear pada SWF korang nanti.
LIBRARY : Tempat simpan symbols (graphic, movieclip, button) dan segala benda yang diimport (bitmap, video, audio).
LESSON/TUTORIAL YANG AYEEM AKAN BUAT :
Lesson (basic) :
1. basic tween
2. shape & shape tween
3. timeline & frame rate
4. ease
5. centerpoint registration
6. color
7. filter
8. import
9. publish
Tutorial (advance) :
1. butang & scene
2. kereta berjalan (loop movieclip)
3. bola melambung (gravity)
4. motion tak lurus (guide)
5. teropong (mask)
6. preloader/loading
7. custom cursor
8. korang boleh request(yang senang je)
Penyelesaian kepada masalah yang selalu orang hadapi :
1. tak boleh color
2. motion putus-putus
3. spin/move cacat
4. banyak tween kat library
5. auto-group
6. korang boleh tanya
Contoh tutorial :
KLIK SINI - quality saje dikurangkan, jangan ngerau. Password : 123456
Monday, November 22, 2010
Saturday, November 20, 2010
Thursday, November 18, 2010
Ini Baru Korban Namanye
Ini baru korban namanyee.. *ala² iklan tongkat Ali Hamid Gurkha* Yeah, hari ni baru lah bermakna Aidiladha Ayeem. Semalam seharian duduk rumah je. Nama pun cuti kan? Hari ni working day, tapi boss Ayeem ada buat korban kat rumah dia. Kambing baka Boer seekor sebagai korbannya.
Sampai rumah boss pukul 8 pagi. Tak lama lepas tu, terus start operasi. Disuruh pegang kaki pun dah teragak², first time kot buat benda ni. Selalu tengok dari jauh je. Nasib baik tak disuruhnya Ayeem sembelih korban tu, kalau tak habis pengsan masuk dalam lubang kumpul darah tu.
Alhamdulillah, penyembelihan, pelapahan, pemotongan semua berjalan lincir. Yes lincir, sebab boleh pulak air bola mata terpercik kat Ayeem time member Ayeem hentak² kepala kambing tu. Dayum! This is my first time lah buat semua tu. Sampai patah holder pisau abah Ayeem. Woot! Habis aku, nasib baik dah gam dengan gam gajah. Mintak² tak perasan. Gulp!
Tapi semua bahagian badan kambing tu tak ada yang lepas lah. Apa yang rasa boleh dimasak, memang dimasak. Daging, testis, lidah, janggut, tanduk; buat sate, BBQ, kari, sup dan goreng². And today is my first time makan testis. Testis ok? Tahu tak apa tu? Kalau tak tahu pergi tanggal seluar adik laki korang. Terpengaruh dengan si Robot lah ni. =.= Ye, saya dah lebih jantan sekarang. Nak jugak test kehebatan di atas ranjang ni, any volunteer? Perempuan sahaja. No laki, no ayam, no kambing.
Memang best lah hari ni makan macam², BBQ paling sedap, cicah mayo + lemon + basil. Terbaik! Dapat bayangkan betapa tingginya darah Ayeem hari ni, kalah KLCC, kalah blog terbangtinggitinggi.com. Dan sekarang Ayeem menulis entry dalam keadaan yang sangat pening. Mampus aku! =.=
P/S : First time jugak minum jus timun! Sedap lah! Tak pernah terpikir! Blended timun + Air + Gula + Ais = Sedap! Eksaited tahap abah pulak kan aku ni.
Tuesday, November 16, 2010
Sunday, November 14, 2010
Saya Seorang Graduan
Tanggal 6 hari bulan 11. Hari yang bermakna untuk Ayeem. Convo day KPTM yang ke-27 yang diadakan kat PICC, Putrajaya. Memang grand dan seronok. Berani potong anu jari rambut lah, konfom takde sapa pun yang berpeluh even yang duduk kat luar dewan. Sejuk je, nyaman! Kalau duduk luar PICC lain cerita lah.
Beribu student dikumpulkan dekat situ, dari semua cawangan KPTM (dapat jugak cuci mata masa rehearsal. Hehehe) Nasib baik dipecahkan sidang pagi dan petang, kalau tak, lagi lah jam! Ayeem dapat sidang petang. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Beratur, jalan, tunduk, sambut sijil, pandang kamera, jalan. Fuhh takde silap, Alhamdulillah. Tapi, ada sorang tu boleh pulak terjatuh sijil dia. Kesian doh. : (
Emak, Ayeem, Abah, Eddy (abang). Ain (adik) tak dapat datang sebab dia dah nak final. Tak syak lagi, Ayeem makin gemuk. Huarghhh! Dayumm dayumm! Ni lah jadinya kalau duduk rumah makan sedap²! |
Tapi rasa ralat
Rasa macam pelajar AF pulak. Bersama cousin a.k.a classmate, Aween. Dia banyak support Ayeem. |
P/S : Masih berpikir nak ambik course apa untuk degree nanti. Apa²hal pun Ayeem nak cukupkan kerja setahun dulu, cari pengalaman. Sekarang ni baru 5 bulan.
P/S : Dean's List - GPA 3.5 ke atas.
Friday, November 12, 2010
Contest Makan Ayam
LANGKAH :
1. Tangkap gambar korang tengah makan ayam (pose konon² makan pun boleh).
2. Buat entry tajuk "Contest Makan Ayam" dan upload gambar korang tu.
3. Letak banner atau widget contest tu di blog korang.
4. Submit permalink contest korang kat ruangan komen contest ni.
*kalau nak resize banner/widget, pastikan nisbah width:height = 2:3.
*posisi widget boleh diubah, just tukar bottom ke top atau left ke right.
*kalau tak join contest, tapi nak support, boleh jugak letak banner/widget ni.
HADIAH :
Category : Paling Ayu
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
Peserta Bertuah
Square flash banner + Topup RM10 tajaan Pujangga + Tapak Iklan Sebulan di Liyanaa.com
3 X Sagu Hati
Square flash banner setiap seorang.
KRITERIA :
Ayu/Kacak
Pose paling ayu-sopan atau kacak hingga sejuk atau beku mata memandang, akan menang. Juri perempuan akan dijemput sama bagi mengelakkan Ayeem dicop gay.
Pose paling lain macam, akan menang. Kalau tak ada pose yang kreatif, kami adili photo siapa paling artistik, nampak seni photographynya.
Bertuah
Random entry akan dipilih berdasarkan nombor bertuah di Random.org
TARIKH TUTUP :
11 Disember 2010
INFO TAMBAHAN :
1. Contest ni akan diadili oleh 5 juri termasuk Ayeem, supaya result nanti lebih adil, tepat, mampat dan montok.
2. Hadiah mungkin akan berubah mengikut kehendak para sponsor. Tapi Insyaallah tak akan berkurang, malah bertambah.
3. Seorang hanya boleh menang 1 tempat saja daripada 10 tempat ni.
4. Keputusan nanti akan dibuat menggunakan flash, Insyallah. So, korang boleh letak flash tu dekat blog/entry korang nanti.
P/S: Ayeem bukak luas peluang untuk korang happy! 10 orang akan dapat sesuatu, 10 ok! Bukan 3! So, jangan teragak² nak join! Maybe korang yang bertuah tu! :D
Sunday, October 24, 2010
Seeker Boys (seram komedi, jangan takut)
Ye, jangan marah Ayeem sebab entry flash "HANTU" tak keluar lagi even Ayeem dah janji kat status/mood kemut dulu. Sorry, my bad. Agak busy lately. So, untuk memujuk korang, ni haa Ayeem bagi korang tonton movie hantu yang seram gila ni sebagai ganti. Ni sebenarnya projek untuk subjek multimedia dekat kolej dulu.
P/S: Agak² boleh menang tak kalau masuk FFM? Hahaha.
Friday, October 15, 2010
Jutawan Ternoda
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Apa entry panas takleh bagi salam panjang ke? Nak dimulakan cerita, sebenarnya Ayeem ada sorang adik perempuan bernama Ain yang tengah belajar kat UiTM Sri Iskandar. Ikuti perbualan kami adik beghadik melalui SMS di antara nombor 012217**** dengan 015678****.
Ain : Aim, kat paper keluar kes pak guard rogol student kat uitm perak tak?
Ayeem : Takde pon, kenapa?
Ain : Tak keluar lah kot. Sebab uitm memang rahsiakan benda ni. Tapi uitm bayar budak kena rogol tu wang pampasan 1juta.
Ayeem : Gila best! Jutawan teros!
Ain : Tau takpe, nak je aku rompak! Haha. Tapi budak tu tanggung trauma lah. Skang students kalau tengok pak guard teros lari. Hahaha.
Ayeem : Laaa.. lari plak, ingatkan masing-masing dekati pak guard lantas jerit "rogol saya! tolong rogol saya! Saya nak kaya! Saya merayu!" Hahaha.
Tu dia, gempak tak gempak gemok tak gemok lah kan cerita sensarsirap ni. Keluar kat Ayam News je, berita lain tak keluar. Eksklusif! Katanya, time budak tu sidai kain, pak guard muda tu usha dari jauh. Lepas gadis tu masuk bilik, terus pak guard tu terjah ala-ala Nas Ahmad. Bilik gadis tu pulak line clear kosong, member lain ke kelas agaknya. Maka, berlakulah satu adegan mengghairahkan sadis di situ!
Impak selepas kejadian mengikut ramalan Ayeem :
1. Semakin ramai student rajin basuh & sidai kain sendiri. No dobi-dobi!
2. Student suka menghalau-menghalau sesama sendiri keluar dari bilik.
3. Semakin ramai generasi muda bercita-cita nak jadi pak guard uitm.
P/S : Bukan lah Ayeem suka sangat orang kena rogol ke apa ke, just taknak jadikan entry ni terlalu serius. Anyway, tunggu je la balasannya. Tak kat dunia, kat akhirat.
Sunday, October 10, 2010
Ada Apa Dengan 10/10/10?
10 October 2010, tarikh paling cantik pada tahun 2010 ni. Sampaikan ramai gila orang buat kenduri kahwin pada tarikh tu, date nya jatuh pulak hari Ahad, memang ngam lah kan. Argh memang malam esok beramai-ramai lah orang berpesta dalam kelambu. Nak jugak! Dayummm. So kalau dikira-kira, dalam bulan Jun tahun depan kompom-kompom mak bidan akan buat iklan jawatan kosong "pembantu penyambut bayi" dekat mudah.my. Ayeem ingat nak apply lah! Part-time, boleh sambil-sambil cuci mata. Hehehe. Tapi Ayeem takut jugak dalam Jun 2011 tu kalau-kalau ada keluar berita pasal kes bayi yang boleh terbang. Anak angkasawan katanya. Hehe. Selamat menjadi raja sehari ye Sheikh Muzaffar! Nanti-nanti jangan pulak buat eksperimen "berjimak di angkasa" ya. Haha
Tuesday, October 05, 2010
Second Multimedia Assignment
First assignment Multimedia masa semester 5 masa Ayeem study dekat KPTM KL dulu, kami kena buat multimedia resume. Ahh takyah lah nak bagi orang tengok kan.
Sunday, October 03, 2010
Tips Kecantikan : Mata cantik
Ayeem tengok ramai jugak bloggers buat tips-tips kecantikan ni. Mana boleh jadi, Ayeem pun nak jugak kongsi kecantikan Ayeem ni dengan orang lain! Hehe.
- Setiap minggu, kalau boleh jangan tidur 5 hari 5 malam. Kalau nak tidur pun, tidur-tidur ayam saja.
- Makanan perlu dilebihkan sayuran seperti lobak yang telah digigit arnab dan juga kangkong yang baru ditebas di longkang belakang rumah cikgu korang.
- Setiap malam, belai dan urut mata (bukan dengan jari) dengan pisau lipat adik/anak/bapak korang buat kerja pendidikan seni di sekolah. Seelok-eloknya yang dah berkarat.
- Selalu orang letak timun atas mata bukan? Adalah lebih afdhal kalau ia digantikan dengan kisaran 30 biji cili api dan 10 ketul bawang merah.
Sunday, September 26, 2010
Sunday, September 19, 2010
Monday, September 06, 2010
Saturday, September 04, 2010
Thursday, September 02, 2010
First Review Ever
Aritu time bohsan-bohsan tahap bohjan dan bohsia di Bosnia, Ayeem saje lah menggugel keyword 'ayeem ayam'. Nak tengok lah kan ape result yang keluar. Alangkah bangganya Ayeem bila menemukan ini . Perghh mana tak bangga kan blog yang baru lahir cam ayeemayam.com ni dah ada review sendiri. Entry yang dia buat tu khas untuk AyeemAyam pulak tu. Memang makin kembang lah hidung Ayeem sekarang ni. Sekali tengok memang ada rupa beruk yang kat Sabah tu dah. Haha.
Lepas tu, Ayeem terai pulak gugel keyword 'ayeemayam', lagi sekali Ayeem terkejut hampir-hampir beranak bila Ayeem jumpa yang ini . Yang ni lagi gempak, boleh pulak review pasal Ayeem tu satu entry dengan pesaing tegar a.k.a influence Ayeem, si Zack Zukhairi tu. Pergghhh, ini sudah gila. Kan wa dah cakap dengan lu brader, wa memang saing-saing lu je. Haha bapak toyo poyo kan Ayeem ni. Sepak sikit bontot Ayeem. Poyo sangat. Haha.
Tu je Ayeem nak cerita, sebagai tanda menghargai mereka yang turut menghargai Ayeem. Thanks eh korang! Teruskan menyapot Ayeem ok! Ok lah, Ayeem pun nak sambung buat entry merdeka yang baru 10% ni. Bajet Sabtu ni jugak kene release. Tunggguuu..... Salam! :D
Wednesday, September 01, 2010
Lembu Cisdel Ditemui
USA(United State of Ayam), 1 September 2010 - Lembu cisdel yang hilang dari laman CISDEL.COM telah ditemui di blog Ayeem Ayam semalam. Beliau yang kelihatan ketakutan didapati mengenakan kostum ayam berwarna hijau sambil memegang seketul sepanduk tanpa diketahui puncanya. Mari kita ikuti interview antara wartawan Ayam News, Noraciken dengan lembu tersebut :
Noraciken : Assalamualaikum, Encik Lembu.
Lembu : Wa'alaikumsalam warahmatullah hiwabarakatuh.
Noraciken : Apa encik buat ni?
Lembu : Saya menyamar menjadi ayam.
Noraciken : Mengapa?
Lembu : Saya takut disembelih, kan hari pengorbanan lembu-lembu sedunia dah dekat.
Noraciken : (dalam hati) Memang betul kata peribahasa melayu "Bodoh bagai Lembu". Raya yang dah dekat ni Raya Aidilfitri lah, bukan Raya Korban. Aku hempuk jugak budak ni. -_-"
p/s: Saje mencuba nasib. Mana tau dapat duit raya. Menarik contest ni. Admin cisdel.com pun memang kreatif orangnya (kipas/bodek. HAHA). Korang yang nak cuba nasib, sila klik ini (dah 2 kali link-kan contest ni. ni salah satu cara membodek jugak. haha). Btw, kalau header Ayeem Ayam kat atas masih tak tukar yang baru (seperti dalam gambar), sila clear cache and refresh. :)
Saturday, August 28, 2010
Saturday, August 21, 2010
Gan Selenge
- Adobe Flash player korang version 10. (Right click kat flash tengok "About Adobe Flash Player *version no.*". If Flash player bukan version 10, please update DI SINI.