Monday, July 08, 2013

Setiap Gambar Ada Cerita

Setelah 8 bulan tak kemaskini blog...

Bak kata penyanyi kepada lagu Lelaki Tak Guna, Yuna, juga adik angkat kepada penyanyi kepada lagu Lelaki Tak Yuna, Guna; setiap gambar ada cerita. Memang benar apa yang dikatakan, mari lihat contoh-contohnya.

Caption : "No make-up, no edit, my naked face :)"
Cerita sebenar : "Moga mereka puji muka flawless i ni :'p"

Caption : "candid ;)"
Cerita sebenar : "Woi Senah, tolong tangkapkan gambar aku kejap.
Kejap kejap, nak betulkan kasut kejap. Ok, tangkap sekarang!"

Capiton : "On the way balik kampung. Jem gila! :(("
Cerita sebenar : "Apa guna memahal beli kereta Ponda kalau bukan untuk showoff?"

*Di bulan-bulan lain selain Ramadhan*
Caption : "Selamat berbuka kepada yang berpuasa :D"
Cerita sebenar : "Woi dunia! Aku puasa sunat hari ni woi!"

P/S : Aku pun tak faham kenapa perempuan suka posing kekonon tengah pakai kasut. Cuba sesekali posing kekonon tengah pakai baju. Ce try test, ce try test.

P/S lagi : Selamat berpuasa semua! Perbanyakkan amal di bulan mulia! Jaga pancaindera, jaga aurat, pastikan puasa anda, lapar dahaga anda tak sesia.

Lagi-lagi P/S : Oh tak lupa juga, selamat hari raya maaf zahir batin in advance! Aku tak rasa akan update blog sebulan dari sekarang, tu sebab wish raya awal-awal



Monday, December 03, 2012

Tips Kurus Biasa & Luar Biasa



YANG BIASA...
Gunakan tangga
Nak badan sihat dan menggunakan kalori berlebihan, pilihlah tangga walaupun ada lif atau escalator. Tapi semangatnya tu tak perlulah sampai ke Batu Caves
Makanan panas dan pedas
Makan sambil bersenam orang kata. Makan pun boleh berpeluh tu. Menu paling sesuai tom yam panas, pedas lebih. Fuhh memang berair ketiak
Kurangkan nasi
Kevin Zahri kata kuantiti nasi yang ideal adalah segenggam tangan kita. Tapi kalau nak main tipu, pinjam lah tangan member yang besar-besar. Tapi kalau korang buat gitu, aku sendiri pun tak faham apa motif korang
Berbasikal
Ke kelas atau tempat kerja dengan menunggang basikal. Selain elok untuk ekonomi diri dan alam persekitaran, ia elok untuk kesihatan. Tapi sampai kelas/ofis, kena mandi dulu lah, karang bau kunyit satu kelas/ofis. Kalau agak-agak tak nak kena cop 'budak sekolah', jauhi basikal fixie
Jogging
Jogging di taman berdekatan, tapi ramai yang tak tahan lama. Joggingnya tak sampai seround, usha awek je lebih. Tapi lebih baik jogging sikit daripada takde langsung kan

YANG LUAR BIASA...
Gunakan tangga bersama beban
Ya, gunakan tangga, tapi tambah lah apa-apa beban supaya lebih banyak tenaga dapat digunakan. Contohnya tolong makcik cleaner angkat baldi ke, dukung makcik cleaner tu ke, dukung sekali pak guard ke. Lebih berat bebannya, lebih nanang kesannya. Berat nanang
Makanan panas dan pedas dengan serba hitam
Masih dengan tom yam panas dan pedas lebih, tapi kali ni makan dalam kereta berwarna hitam (jangan buka aircond), dengan berbaju dan berseluar hitam. Kacamata hitam jangan dilupa. Untuk melengkapkan kehitaman, makan sambil pasang lagu black metal. Seperti yang kita tahu, warna hitam menyerap haba. Untuk kesan ekstra, panggil 2 3 orang yang gelap kulitnya temankan korang dalam kereta. Confirm banjir
Upah bodyguard
Kekadang kita ni nekad nak makan sikit je, tapi bila berdepan dengan lauk sedap-sedap, boleh tak sedar kalau tertambah nasi tiga kali. Penyelesaiannya, upah bodyguard seorang. Tugasnya hanya perlu beri 'segenggam' buku lima pada muka korang kalau korang makan nasi lebih dari segenggam
Berlari dan berjalan kaki
Niat dalam hati nak ke kerja/kelas menaiki bas. Tapi korang buat-buat lah tertinggal bas, lalu mengejar bas dengan sekuat kaki. Walaupun sampai bus stop awal, buat-buat tertinggal jugak! Penting tu. Lepas tu kan, korang perlu juga buat-buat tak dapat kejar bas tu. Akhirnya korang perlu ke kelas/kerja dengan berjalan kaki. Sabun buku jangan lupa bawa, bagi mengelakkan bau kunyit hangit
Jogging dengan lebih round
Untuk tidak melunturkan semangat korang untuk berjogging sebanyak round yang boleh, pinjamlah anjing rakan atau jiran. Kalau anjing tu suka makan tulang macam dalam kartun, ikatlah beberapa tulang kat pinggang korang. Untuk menambah kelajuan anjing tersebut, pakai topeng perompak. Sesi kejar mengejar tu... 5 6 round memang dalam tangan lah
P/S: Cuba atas risiko sendiri. Aku takkan bertanggungjawab atas apa jua yang bakal terjadi, seperti dagu senget ditumbuk, diberhentikan kerja, mahupun maut dimamah anjing. Selamat maju jaya!



Thursday, November 08, 2012

Personaliti Pemakai Beg

A - Galas Biasa
Normal saja orangnya, takde apa yang menarik namun jenis suka didakap dari belakang oleh pasangannya
B - Galas Terbalik
Seorang yang berjiwa keibuan/kebapaan dan romantik kerana ingin mendalami dan mengalami perit jerih seorang ibu mengandung 
C - Silang Biasa
Baik hati orangnya kerana dengan murah hatinya memudahkan peragut buat kerja
D - Silang Menyilang
Berhati-hati dengan yang ini, jenis suka sailang member punya balak/awek 
E - Silang Tengkuk
Buat yang mencari suami/isteri, pilihlah yang jenis ini, alim orangnya. Jenis tak sabar-sabar nak  pergi menunaikan haji/umrah 
F - Silang Kepala
Jenis yang ini biasanya orangnya nakal-nakal, samseng dan suka main kepala. Sangkut beg kat kepala tu feeling Rambo lah tu kononnya