Saturday, October 13, 2012

Ayeem Ayam Dalam Utusan

Klik SINI untuk gambar dan hidung yang lebih besar
1. Penulis .COM Utusan, Kak Lyn jumpa blog aku melalui bloglist di blog Mejah.
2. Bila dioffer untuk interview, soalan pertama yang ditanya "wajib bergambar ke?"
3. 'Zaman kegemilangan blog' yang dimaksudkan adalah zaman kegemilangan arena blogging ya, bukan zaman kegemilangan blog aku. Aku tak sepoyo itu haha
4. Minggu lepas aku update (padahal dah empat bulan tak update) adalah kerana Kak Lyn yang minta untuk berbuat demikian haha
5. Muka tak kacak, terbakar, gemuk, rambut serabai. Haihh, geram pulak tengok sendiri *tumbuk-tumbuk helaian tersebut, buat alas nasi kucing*
6. Ingat nak tunjuk kat mak abah helaian tu, sebab blog aku pun dah agak suci kan sekarang. Tapi bila ada sentuh topik 'kotor' dan nakal dalam artikel tu, tak jadi tunjuk. Tak nak mereka tahu sejarah hitam aku T__T
7. Kak Lyn comel dan masih single *promote*
8. Tak tahu nak tulis apa dah
9. Hmmm dadidu didada lalala
10. K *nak cukupkan 10 points*

P/S: Kalau korang pun nak jadi blogger pilihan, klik sini.



Sunday, October 07, 2012

Asal Usul : Bahasa Alien

EW
Contoh ayat : "awak marah kew? saya gurau jew lah" "manew adew marah pun"
Asal usul : Bermula dari kesilapan seseorang yang nak taip 'je', tapi tertekan huruf 'w' yang bersebelahan dengan huruf 'e'. So, jadi lah 'jew'. Budak sekolah yang sememangnya manja melihatkan ia sesuatu yang cool, lalu digunakan hingga kini.
UNK
Contoh ayat : "woi, kalaw korunk nak lepark clunk, gitaw taw"
Asal usul : Bermula dari seorang mamat punk tegar yang berasal dari Ampang yang selalu dilempang bapaknya, seorang penari kuda kepang. Kisah hidupnya yang penuh 'pang' diabadikan dalam penulisan hariannya, dan rakan sebayanya terikut-ikut penulisannya lalu tersebar.
OO
Contoh ayat : "thanks app! kamoo jangan combonx k!"
Asal usul : Bermula dari seorang penternak lembu yang sayang lembu dan suka ber'moo' (bercakap) dengan lembu. Akibatnya, dia dah terbiasa menggantikan 'u' dengan 'oo'. Ejaan ini didapati amat cool oleh awek yang suka buat muka duckface kerana ia membuatkan profile picture mereka hidup, seakan menghayati.
AQ
Contoh ayat : "aq sebenarnya benci dgn owg yg suka eja mcm bebudak ni!"
Asal usul : Bermula dari seorang yang pemalas. Dia mengeja 'aku' dengan 'aq' sebab dia pemalas. Bukan saja mengandungi 2 huruf (instead of 3), malah huruf 'a' dan 'q' duduk berdekatan. Jadi, ia menjimatkan tenaga mereka dalam menggerakkan jari. Kemudian, ia diikuti oleh pemalas yang lain.
AD
Contoh ayat : "awak buad saya marah sanad sanad! mencik!"
Asal usul : Bermula dari seorang pengkaji teori konspirasi wanna be yang sangat paranoid dengan simbol mata, tiga segi dan salib. Jadi, dia memang takkan menggunakan huruf 't' kerana ia menyerupai salib. Lalu dia menggantikan huruf 't' dengan 'd' dan malangnya ia diikuti oleh bebudak sekolah yang lain.
P/S: Bebudak sekolah, mohon jangan guna bahasa alien dalam PMR. Goodluck!