EW
Contoh ayat : "awak marah kew? saya gurau jew lah" "manew adew marah pun"
Asal usul : Bermula dari kesilapan seseorang yang nak taip 'je', tapi tertekan huruf 'w' yang bersebelahan dengan huruf 'e'. So, jadi lah 'jew'. Budak sekolah yang sememangnya manja melihatkan ia sesuatu yang cool, lalu digunakan hingga kini.
UNK
Contoh ayat : "woi, kalaw korunk nak lepark clunk, gitaw taw"
Asal usul : Bermula dari seorang mamat punk tegar yang berasal dari Ampang yang selalu dilempang bapaknya, seorang penari kuda kepang. Kisah hidupnya yang penuh 'pang' diabadikan dalam penulisan hariannya, dan rakan sebayanya terikut-ikut penulisannya lalu tersebar.
OO
Contoh ayat : "thanks app! kamoo jangan combonx k!"
Asal usul : Bermula dari seorang penternak lembu yang sayang lembu dan suka ber'moo' (bercakap) dengan lembu. Akibatnya, dia dah terbiasa menggantikan 'u' dengan 'oo'. Ejaan ini didapati amat cool oleh awek yang suka buat muka duckface kerana ia membuatkan profile picture mereka hidup, seakan menghayati.
AQ
Contoh ayat : "aq sebenarnya benci dgn owg yg suka eja mcm bebudak ni!"
Asal usul : Bermula dari seorang yang pemalas. Dia mengeja 'aku' dengan 'aq' sebab dia pemalas. Bukan saja mengandungi 2 huruf (instead of 3), malah huruf 'a' dan 'q' duduk berdekatan. Jadi, ia menjimatkan tenaga mereka dalam menggerakkan jari. Kemudian, ia diikuti oleh pemalas yang lain.
AD
Contoh ayat : "awak buad saya marah sanad sanad! mencik!"
Asal usul : Bermula dari seorang pengkaji
teori konspirasi wanna be yang sangat paranoid dengan simbol mata, tiga segi dan salib. Jadi, dia memang takkan menggunakan huruf 't' kerana ia menyerupai salib. Lalu dia menggantikan huruf 't' dengan 'd' dan malangnya ia diikuti oleh bebudak sekolah yang lain.
P/S: Bebudak sekolah, mohon jangan guna bahasa alien dalam PMR. Goodluck!