Kalau masa anniversary blog Ayeem Ayam, ada 20 fakta blog ni, untuk birthday aku ada fakta pasal diri aku, tapi 15 je, tak sempat. :p
1. Geli dengan cicak, katak, tikus, dan segala haiwan/serangga yang tak pernah dimainkan masa kecik.2. Berhati lembut, agak mudah menitiskan air mata lagi-lagi hal yang menyebabkan emak sendiri. Tengok filem Ombak Rindu pun boleh tacing.3. Bila duduk kat rumah sewa dulu, aku function lah jugak, tapi bila duduk kat rumah, aku lebih suka spend time dengan family je.4. Lepas dapat lesen 4 tahun lalu, bertahun jugak tak drive sampaikan dah takut terus nak drive, tapi sekarang dah drive macam biasa.5. Pernah try merokok sepam masa kecik, atas dasar perasaan ingin tahu, tapi alhamdulillah tak berminat dengan rasa dan baunya.6. Selama ni couple jarak jauh saje, tak pernah dating seumur hidup.7. Sangat-sangat pemalu dengan perempuan bila di alam realiti, kat alam maya boleh lah huha huha, bila jumpa tersipu-sipu.8. Selalunya menepati janji dan tak mudah berjanji.9. Penjimat sehingga selalu digelar cashier oleh mak.10. Kuat berak dan mudah mengeluarkan angin.11. Agak lambat mesra bila dapat kawan baru.12. Suka dengar cerita hantu, lepas tu takut-takut nak pergi jamban.
13. Tak suka menggila-gila tak kena tempat dan masa. Ada masa aku serius.
14. Dari first time ada akaun Facebook lagi aku memang tak suka online chat Facebook kerana mahukan privasi.
15. Lemah dalam meng'keep-in-touch' dengan rakan lama.