Assalamualaikum WBT. Hai korannngggg! Kamu semua kenal kan siapa kita? Hari tu kan Ayeem ada perkenalkan kita kan? Tapi dia tipu tau. Kita bukan
awek dia lah. Kita kembar dia. Ishh, saje je dia tu. Kentut kat muka tahu lah.
Macam blog-blog perempuan lain, takde apa pun kita nak update. Just nak bagitahu tadi kita iftar kat hotel. Iftar tau. Padahal tak pernah-pernah orang kita sebut dan dengar iftar sebelum ni, puasa tahun ni ramai pulak guna word iftar instead of berbuka atau break fast.
Okay, berbalik pada berbuka, tadi kita berbuka dengan retis tau. Pada yang tak tahu, retis tu artis lah. Kita berbuka dengan geng-geng fashionista! Teka siapa? Tettt, tamat masa. Tak dapat kiss daripada kita. Hihihi. Jawapannya, kita berbuka dengan fashion designer Hana Tajimon. Jangan jeles! Tadi Hana bawak nenek dia sekali, Hanu Takjimak namanya. Kelas youuu nenek dia. Pakai pashmina lagi you olls.
Tapi kita takde gambar pun. Kita takde kamera lah. Kamera handphone pun setakat 1 megapixel, stok rakam video 3GP je. Baik tak payah kan? Hmmm tak sah lah pulak entry perempuan takde gambar kan. Takpe lah, next time okay? Okay, kita nak tidur dah ni. Dah pakai seksi-seksi dah ni. Bye bye! Muahhh!
P/S: Ni entry merepek, aku mana ada kembar. Ni segmen baru Ayeem Ayam