A - Galas Biasa
Normal saja orangnya, takde apa yang menarik namun jenis suka didakap dari belakang oleh pasangannya
B - Galas Terbalik
Seorang yang berjiwa keibuan/kebapaan dan romantik kerana ingin mendalami dan mengalami perit jerih seorang ibu mengandung
C - Silang Biasa
Baik hati orangnya kerana dengan murah hatinya memudahkan peragut buat kerja
D - Silang Menyilang
Berhati-hati dengan yang ini, jenis suka sailang member punya balak/awek
E - Silang Tengkuk
Buat yang mencari suami/isteri, pilihlah yang jenis ini, alim orangnya. Jenis tak sabar-sabar nak pergi menunaikan haji/umrah
F - Silang Kepala
Jenis yang ini biasanya orangnya nakal-nakal, samseng dan suka main kepala. Sangkut beg kat kepala tu feeling Rambo lah tu kononnya