Sunday, October 07, 2012

Asal Usul : Bahasa Alien

EW
Contoh ayat : "awak marah kew? saya gurau jew lah" "manew adew marah pun"
Asal usul : Bermula dari kesilapan seseorang yang nak taip 'je', tapi tertekan huruf 'w' yang bersebelahan dengan huruf 'e'. So, jadi lah 'jew'. Budak sekolah yang sememangnya manja melihatkan ia sesuatu yang cool, lalu digunakan hingga kini.
UNK
Contoh ayat : "woi, kalaw korunk nak lepark clunk, gitaw taw"
Asal usul : Bermula dari seorang mamat punk tegar yang berasal dari Ampang yang selalu dilempang bapaknya, seorang penari kuda kepang. Kisah hidupnya yang penuh 'pang' diabadikan dalam penulisan hariannya, dan rakan sebayanya terikut-ikut penulisannya lalu tersebar.
OO
Contoh ayat : "thanks app! kamoo jangan combonx k!"
Asal usul : Bermula dari seorang penternak lembu yang sayang lembu dan suka ber'moo' (bercakap) dengan lembu. Akibatnya, dia dah terbiasa menggantikan 'u' dengan 'oo'. Ejaan ini didapati amat cool oleh awek yang suka buat muka duckface kerana ia membuatkan profile picture mereka hidup, seakan menghayati.
AQ
Contoh ayat : "aq sebenarnya benci dgn owg yg suka eja mcm bebudak ni!"
Asal usul : Bermula dari seorang yang pemalas. Dia mengeja 'aku' dengan 'aq' sebab dia pemalas. Bukan saja mengandungi 2 huruf (instead of 3), malah huruf 'a' dan 'q' duduk berdekatan. Jadi, ia menjimatkan tenaga mereka dalam menggerakkan jari. Kemudian, ia diikuti oleh pemalas yang lain.
AD
Contoh ayat : "awak buad saya marah sanad sanad! mencik!"
Asal usul : Bermula dari seorang pengkaji teori konspirasi wanna be yang sangat paranoid dengan simbol mata, tiga segi dan salib. Jadi, dia memang takkan menggunakan huruf 't' kerana ia menyerupai salib. Lalu dia menggantikan huruf 't' dengan 'd' dan malangnya ia diikuti oleh bebudak sekolah yang lain.
P/S: Bebudak sekolah, mohon jangan guna bahasa alien dalam PMR. Goodluck!



Comments
19 Comments

19 Kokokan Suci:

EkaTikah said...

ok, itu dikategorikan bahasa alien erk? hehe.. boleh la tu.. ramai sangat dah gune bahase tu xD

dr 'afifah said...

bhs alien yg merosakkn bhs...
hahaha...geli ah tgk budk2 pkai ejaan cmni..

ade lg..tp xtau la alien ke x:

ko=kao

nurdani said...

haha. kalau ada kawan2 aku text macam tu, memang takkan dilayan. sebab alien.

Keri said...

ew... itew geli sanad sanad.. rasew nak lempunk jew kamoo.. moo moo .. haha

kindergartenlibrary said...

ada kata tu bahasa C-O-M-E-L !
:D

Wijdan Hawani said...

Long time no see?

Weh, header kau mengerikan.

[k]o{q}i[n] said...

aerius annoying ble tgk yg taip mcm tu...

Unknown said...

hahaha..bhs alien rupanya....terer la budak2 skang smpi bhs alien pun tau..hihi

Mila Ahmad said...

macam2 bahasa dah lah ni.

Unknown said...

sila sapa2 terasa....hehe

shida said...

haha..kekadang terguna jugak..:)
mmg annoying pun..haha

keet said...

hahaha..relevan gak penipuan ko ni..hahaha..

p/s : budak2 memang suka main ikut je bhasa alien kt atas 2..bajet comel kot guna bahasa camtu..haha

Namee Roslan said...

sakit jiwa betul nak baca bahasa macam ni. haha. macam mana lah diorang boleh belajar bahasa gini.

a.R said...

yukkk.....

Unknown said...

Seriously sangat tak faham! Bahasa makin teruk sekarang....syorkan tengok Osman Baku kat TV2 hari Rabu :)

Ain Norainsyah said...

wahaha...saya alergik dengan ejaan-ejaan tersebut. :P

Ain Norainsyah said...

wahaha...saya alergik dengan ejaan-ejaan tersebut. :P

aindzaya said...

titew sukew bace belog awak sanad sanad --- wa budak unibesiti

Unknown said...

hehehe aku suka bila ada orang tau baik dan buruk.

seek4stuff