Saturday, March 17, 2012

Asal Usul : Telanjang

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung di Tanah Melayu, ada seorang lelaki yang bernama Ujang. Dia menyara ibu dan adik perempuannya dengan mengumpul hasil-hasil hutan. Kadangkala, Ujang akan masuk ke hutan seorang diri, kadangkala bersama dengan ibu serta adiknya. Ujang juga secara part-time menjual majalah Ujang.

Pada suatu hari, sedang mereka bertiga sibuk mencari hasil-hasil hutan, mereka diserang oleh sejenis raksasa yang setinggi pokok durian. Raksasa tersebut tidak menyerupai dinosaur, tapi lebih menyerupai manusia. Cuma agak berbulu, tetapi bulunya tidak pula selebat bigfoot. Jadi, ternampaklah ibu Ujang akan aset raksasa tersebut. Lalu, dengan pantas ibu Ujang menutup mata anak perempuan kesayangannya dengan tangannya.

Raksasa tersebut tiba-tiba mengejar mereka. Mereka berlari menuju ke pinggir hutan untuk masuk ke kampung. Dalam sesi kejar mengejar itu, malang bagi Ujang apabila dia terjatuh akibat tersepak akar pokok apa entah. Lalu, raksasa itu dengan rakusnya menangkap dan memakan Ujang. Ibunya dan adiknya tergamam seketika. Sebelum mati, Ujang sempat menjerit "Jilake punya akar!". Mungkin panas hatinya melihatkan trollface pokok tersebut.

Melihatkan jasad Ujang yang sudah tidak bernyawa, ibu dan adik Ujang meneruskan langkah untuk keluar dari hutan. Agak jauh ditinggalkan raksasa tersebut. Mereka juga tidak sesat mencari jalan keluar, terima kasih kepada GPS Mamago. Namun disebabkan lapar perut yang masih belum tamat, raksasa tersebut meneruskan pengejaran.

Di saat itu, ibu dan adik Ujang sudah sampai ke kampung mereka. Mereka meminta pertolongan orang kampung. "Tolong! Ada raksasa telan Jang!". Orang kampung sudah bersiap siaga dengan senjata. Bila raksasa tersebut masuk ke kampung, dengan bantuan Badang, penduduk kampung beramai-ramai kroyok raksasa itu. Raksasa itu mati di situ. Mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama bangkai raksasa itu untuk dimuat naik ke akaun Firstbook masing-masing.

Kisah itu menjadi perbualan orang kampung dan menggelar raksasa tersebut "Raksasa yang telan jang".  Perkataan 'telan jang' itu terus melekat, dan digunakan untuk orang yang menyerupai raksasa itu, yakni orang yang tidak berpakaian.

P/S: Mohon Dewan Bahasa Dan Pustaka tak cari aku.



Comments
31 Comments

31 Kokokan Suci:

Ryna Adrianna said...

kahkahkahhhh..terbaek!

Ain Norainsyah said...

Haha...boleh buat bedtime story kat bebudak. :)

✿ pink velvet ✿ said...

nangis cikgu bm baca karangan camni, hahaha!

Cik Chokie said...

Haha pasal telan jang ni ibu pernah cite. but ukan pasal haiwan nila . tapi pasal sorang budak ni g klinik sebab demam keterlaluan . n biasa la org nogeri an biasa panggil ujangkan . xsilapla . then doktor tu soh la telan ubt smmbil bekata 'telan jang telan jang' yg ujang ckp xnak xnk . dy cakap malu . hahaha

The legend of telan jang

Syat0za Zai said...

ohhh.. telan-jang! haha


nasik leerr mak! <-- ok xde kaitan

Udinz.com said...

haha...tolol

ABU said...

haha sengalll... sentapla si ujang blogger tu...

cicak papan said...

terbaik... :D

Lya Liyana said...

haha sengal gile la ko ayeem
ni kalau wat karangan mase skolah dah sah2 kena piat telinga ngan cikgu

Mimi Suke Cupcakee said...

hahaha . ape seyh ayeem nieeeeeee :p . lawak toolll . hilang kesedihan sy nie.. XD . TQ Ayeem..haha

NadyaBubble said...

Hilang stress aku kejap :p

aswadz said...

hahaha... bole buat buku citer asal usul perkataan ni. sruh DBP publish kan.

~::Chenta::~ said...

ada jer otak ko ayem ..
lama Chenta tak jenjalan sini ...

IEQAH said...

PERGHHH..begituu upenyeee :)

Boni JLL3 said...

hahahahahaha...baru aku tau sejarah sebenarnya perkataan telanjang ni..hahahaha..macam siott..hahaha

temok said...

hahhahaha..terrbaek....mne dpt ilham ni..hehehe

lisa said...

sangat maju kan ayeem dah ada GPS zaman dulu2?? ;p

Nyamuk Terbang said...

ok lpas nie sp yg telanjang kna pnggl raksasa lah

cik ziqa said...

kemain dia karang ayat. mohon DBP semak semula yee. bhahahahha

EZAN IDMA said...

hahahah. telan jang

Clumsy Boy said...

kalau bogel pulak macamana?

Iyra Monster said...

hahaha. kelakar la cita ni

Rakan Blog said...

klakar share sini gakkk la bro...


jemputan khas:Para bloggers yg kiut miut n encem2 semua....apa kata share N3 u olls kat web ni RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog u olls.Rangkaian bloggers Malaysia.TERHANGAT DAN SEGAR DARI LADANG....hehehehe

ParkAir said...

kau buleh apply menulis kat majalah Ujang macam ni.

miss su_gy. said...

errrrrrrrrrrrrrrrrrr begitu rupanye yer =="

sYafIk-wAy said...

ceisss layan lah kau macam nie . hahaha . ujang jugak terlibat !

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

hhee, raksasa telan janggg. sian jangg;)

Eein Azryn said...

haha. ni kalau cite kat budak2 mau nye dorang percaye.

Scarlett O'Hara said...

Mengarut tapi kreatif.Org bijak je boleh buat entry cam ni.

huda jamil said...

terbaek mu ni ayeem. bole tahan la cite kau, ada potensi untuk percaya. tp hebat makcik tu eah da gune gps.

BOYAA MARADONA said...

karangan zaman bile nie ayam ? adehh . rase mcm nak bertukar jadik bigfoot je aku bace . huwaa !