Aku ni sebenarnya ada bakat menilik. Banyak tilikan aku menjadi benar. Antaranya, aku mampu menilik...
...bila akan hujan
Bila langit dah mendung, guruh dah berdentum, astro dah hilang siaran, tandanya nak hujan lah tu.
...bila sesebuah kenderaan tu nak masuk simpang
Bila kereta itu menyalakan lampu signal, bermakna dia nak masuk simpang. Tapi motor susah sikit nak jangka, sebab motor kekadang lupa nak tutup signal. Haha
...bila aku akan masuk tidur
Bila mulut dah menguap luas sampai menangis, dan mata dah berat macam ada syaiton main gym 50kg atas mata.
...bila pelajar akan kelihatan mewah
Bila duit JPA, MARA, PTPTN atau mana-mana loan/biasiswa lain dah masuk.
...bila seseorang tu dah berasa sunyi membujang
Bila asyik update status Facebook pasal cinta, kahwin, lelaki/perempuan *aku lah tu*.
...bila minyak kereta/motor hampir habis
Bila meter dah dekat-dekat dengan garisan merah 'E'.
...bila jalan kurang jammed di pagi hari
Bila cuti sekolah sudah kembali. Tapi tandas Pavillion pulak yang jammed.
...bila kita akan berak
Bila perut rasa sakit dan rektum rasa penuh. Kalau nak tahu orang lain punya pulak, bila dia nampak gelisah, duduk senget, berpeluh, jari tangan tak boleh duduk senyap.
...bila aku akan rasa meluat
Bila melihat iklan drama hantu bersiri dan iklan krim payudara Ombak Besar di TV3.
...bila ramai pasangan yang dah berkahwin akan masuk tidur awal
Bila malam Jumaat tiba.
P/S: Datang kepada tukang tilik pun dah kira syirik walaupun belum menilik lagi. Jadi, membaca zodiak tanpa niat untuk mempercayainya pun dah boleh jadi syirik.